Thursday, 27 June 2019

Azmi Mie
TERAS YANG AMPUH
137 tahun lalu William Goldstone Perdana Menteri Britain mengarahkan untuk membuat satu program untuk memisahkan Orang Islam dengan Al-Quran.
Tetapi manakah program tersebut??, Sebaliknya hari ini terdapat dari golongan mereka yang memberi bantuan Al-Quran kepada masjid-masjid, malahan memberi peruntukan untuk membina masjid-masjid yang indah. Pernah kah kita renung dan fikirkan mengapa ia nya berlaku?
Apakah sebenarnya yang mahu mereka pisahkan dari Orang Islam ??, Ilmu Al-Quran atau Kitab Al-Quran??
Perhatikan kembali kata-kata beliau"selagi buku ini (Al-Quran) jadi ikutan dan pedoman Orang Islam, kita tidak akan dapat tundukkan mereka". Jelas yang beliau khuatiri pada Orang-Orang Islam yang menjadikan Al-Quran sebagai ikutan dan pedoman.
Betapa ampuhnya pedoman yang terdapat di dalam Al-Quran, tetapi berapa ramai Orang Islam yang membaca Al-Quran untuk mencari pedoman tersebut??.
Tanpa kita sedari hari ini kita diasyikkan membaca Al-Quran dengan syairnya, dengan taranumnya dan dengan tajwidnya, tanpa mengambil intipati yang begitu ampuh untuk dijadikan ikutan dan pedoman yang amat ditakuti oleh golongan lain. Oleh kerana keasyikan kita bersyair, bertaranum dan bertajwidlah mereka sanggup membekalkan Al-Quran dan membina masjid yang indah-indah agar kita terus asyik tanpa mengambil pedoman daripada Al-Quran.
Sampai bilakah kita terus menjadi Orang Islam yang asyik tetapi tanpa pedoman yang ampuh??
Bak kata Tan Sri P. Ramlee " keris DiRaja 13 luk tidak mampu menandingi keampuhan keris Taming Sari yang 7 luk". Dimanakah keampuhan Taming Sari yang hanya 7 luk hingga tidak dapat ditandingi Keris DiRaja yang 13 luk. Kata-kata beliau membawa maksud apalah guna menjadi hafalzan mau pun penyair yang bersuara merdu tanpa digali ampuh isinya.
Mari menjadi Orang Islam yang disegani/takuti kerana Al-Quran bukan Orang Islam yang diasyikkan dengan Al-Quran.
YASSIN:69
DAN KAMI TIDAK MENGAJAR SYAIR KEPADA (MUHAMMAD) DAN SYAIR ITU TIDAK LAYAK BAGI NYA. AL-QURAN ITU TIDAK LAIN HANYALAH PELAJARAN DAN KITAB YANG JELAS
Apakah pelajaran dan kitab yang jelas . Siapa pulak yang layak bersyair???
Jom nyambil2 ngopi
Like
CommentShare
Comments

No comments:

Post a Comment