Difahamkan dalam satu sesi Town Hall Menteri Kesihatan bersama lebih 800 pengamal perubatan am swasta, doktor-doktor klinik swasta ini 'mengamuk' disebabkan selama 27 tahun kerajaan BN enggan menaikkan caj konsultansi yang dikenakan kepada pesakit.
Dan ada juga doktor yang mahukan kerajaan PH ini menutup terus Klinik 1Malaysia atas alasan menjejaskan pendapatan mereka ini.
Guys, selama 27 tahun kerajaan BN telah pastikan rakyat marhaen tidak dieksploitasi oleh mana-mana pihak dalam soal kesihatan. Saya ulang, 27 tahun! Tak cukup dengan itu, DSN perkenalkan pula Klinik 1Malaysia untuk pastikan rakyat terus menikmati akses untuk rawatan kesihatan tanpa dimonopoli oleh klinik-klinik swasta yang rata-rata mengenakan caj melebihi rm40 untuk satu sesi.
Kini, dalam masa setahun berkuasa PH semacam sudah mahu akur dengan kehendak2 doktor klinik swasta ini. Jika akur maka akan ada kenaikan tiga kali ganda daripada apa yang akan dicaj sekarang.
Itulah, kufur nikmat. 27 tahun kebajikan kamu dilindungi dan hari ini kamu hadaplah kecelakaan PH ini!!
No comments:
Post a Comment