Monday 11 December 2017

fb d a

Bismillahirrahmanirrahim..
Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahu Akhbar..
Bersyukur kerana dikurniakan lagi satu peluang untuk kita semua mengecapi nikmat kehidupan pada hari ini bersama insan yang tersayang.Maka senyumlah..
Saudaraku..teruskanlah kehidupan kita semua dengan kasih sayang dan saling membantu di atas kerja kebaikkan.Janganlah kita menjadi seorang yang berlagak sombong kerana kita semua harus tahu setiap hembusan nafas dan denyutan nadi yang berlalu itu semua akan dipertanggungjawabkan.
Sedarlah hari yang hebat adalah hari yang kita jalani akan ia dengan minda yang sihat(positif).Dan.. hari ini adalah satu lagi peluang yang terbaik untuk kita beriktiar merubah nasib diri.Kita berhak melepaskan belenggu yang tidak diperlukan lalu menukarkan ia menjadi satu ukiran senyuman tanda kepuasan.
Jadilah sebaik-baik insan.Biarpun tidak kaya harta namun jadilah yang kaya jiwa.Hidup penuh adab lagi berpendirian teguh sebagai seorang disenangi.Biarpun tidak berilmu namun masih berakhlak mulia dan cuba memilikki sekeping hati yang bersih murni itulah salah satu cabang tanda kita menghargai erti sebuah kehidupan kurniaan Ilahi.
Saya menyeru kepada diri sendiri terutamanya pada pagi ini kita semua perbanyakkanlah istighfar dan selawat ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W dengan harapan hati menjadi lebih tenang.Selain itu jangan lupa juga untuk kita sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibu-bapa yang begitu ikhlas menjaga kita selama ini.
Salam ceria dari saya Awe Salik di alam maya dengan harapan setiap penulisan yang baik memberi kesan positif berpanjangan.Inn shaa Allah...
-Awe Salik-

No comments:

Post a Comment