Wednesday 27 December 2017

Hakikat waktu solat

Hakikat waktu solat
Waktu subuh menyatakan wujud Allah.
Waktu dzohor menyatakan wujudnya af'al Allah
Waktu asar menyatakan wujudnya qauli
Waktu maghrib menyatakan wujudnya insani
Waktu insya' menyatakan wujudnya rasuli
Waktu itu tidak sama akan rakaatnya kerana mengikut kejadian alam ini. Tiada dijadikan Allah dengan serentak . Melainkan berperingkat peringkat.
Ketahuilah bahawasanya tatkala asal waktu itu , diibaratkan tatkala embun tunggal setitik gugur ke bumi menandakan adanya satu waktu dua rakaat yakni subuh. Maka tatkala asal manusia pun dari satu yakni Adam . Inilah sebabnya subuh dua rakaat . Menyatakan ia rakaat pertama itu kalimah tauhid
Rakaat kedua itu kalimah rasul
Kalimah tauhid itu asal daripada ibu sekalian amalan dan amalan tauhid juga asal daripada bapa, yakni bapa sekalian ilmu laduni.
Maka adapun kalimah tauhid itu nyata ia adanya Nur Muhammad iaitu Dzat Wajibal Wujud Kholiqul'alam.
Dzohor
Rakakaat pertama menandakan wujudnya Dzat Allah
Rakaat kedua menandakan wujudnya sifat Allah
Rakaat ketiga menandakan wujudnya Asma' Allah
Rakaat keempat menandakan wujudnya Af'al Allah
Asar
Rakaat pertama menyatakan kedudukan di alam roh
Rakaat kedua menyatakan kedudukan di alam mithal
Rakaat ketiga menyatakan kedudukan di alam ajsam
Rakaat keempat menyatakan kedudukan di alam insan.
Maghrib
Rakaat pertama menyatakan hal keadaan diri azali
Rakaat kedua menyatakan hal keadaan diri terperi
Rakaat ketiga menyatakan hal keadaan diri terdiri.
Insya'
Rakaat pertama menyatakan bersifat wujud , mengesakan Dzat Allah
Rakaat kedua menyatakan bersifat ilmu, mengetahui akan sifat Allah
Rakaat ketiga menyatakan sifat Nur , menyatakan ia akan asma' Allah
Rakaat keempat menyatakan sifat syuhud , ma'rifat akan Af'al Allah
Sesiapa yang mengerjakan amalan dengan tiada mengetahui akan amalan itu, maka dia telah syirik semata mata.

No comments:

Post a Comment