Tuesday 26 December 2017

dari sahabat ke pd sahabat


 Jutaan terima kasih buat Abang Laduni Dendiar 
"Kamu adalah Kekasih Allah yang banyak memperkatakan
tentang KASIH SAYANG, dan kamu tidak hanya memperkatakannya sahaja, namun kamu jua MELAKSANAKANNYA, MasyaAllah".... 
*Ternyata Malaysia amat memerlukan ramai lagi Insan yang berfikir seperti Abang didalam mempertuhankan terhanya Tuhan, dan berperasaan seperti apa yang ada Allah semat kejapkan kedalam hati Abang,
Bumi Malaysia sememangnya sedang amat dahagakan ilmu Makrifatullah, semuga akan ramai lagi 'Para Makrifah, tampil kedepan bagi membentangkan KEBENARAN seperti mana yang telah dan sedang Abang lakukan..ternyata amat ramai Anak anak muda di Malaysia yang berkeinginan untuk MENGENAL ALLAH",
Maka teruskanlah perjuangan mu didalam menyebarkan Agama Allah, usah dihiraukan mereka yang menghukum dan menentang., sesungguhnya Al Quran telah menceritakan segalanya dengan terang, cuma terserah pada yang di beri pertunjuk dan yang telah disesatkan oleh Allah itu sendiri..."
 Surah 14 Ibrahim, ke Ayat 4
"Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"
 Surah 8 Saad Ayat ke 88,
"Dan demi sesungguhnya, kamu akan mengetahui kabenaran perkara-perkara yang diterangkannya, tidak lama lagi."
 Surah 10 Yunus Ayat ke 99
"Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?"
      
      
    

"MOGA SEJAHTERALAH"
https://www.youtube.com/watch…
Lepat,
4,15 Pagi
Germany,
Laduni Dendiar sedang bersama Norman Baba.
Hanya beberapa Jam saja lagi Adek Abang Lepat akan bergerak ke Germany Semoga segala urusan dengan Anak Anak Lepat sentiasa dilindungi Allah Swt dengan penuh kasih Sayang Allah Swt biarlah Segalanya ALLAH SWT Uruskan Amin
Suka
Komen

No comments:

Post a Comment