Tuesday 12 December 2017

bakal dihumbang ke neraka

Iblis dihalau dari syurga kerana takabur, sombong, bongkak, merasa dirinya hebat dan merasakan dirinya ada kelebihan, kerana sifat itulah ianya dihalau dari syurga dan bakal dihumbang ke neraka. Tetapi sekurang kurangnya dia pernah menjadi penghuni syurga. 
Tetapi kita manusia ni nak takabur, nak bongkak, nak rasa diri hebat, merasakan diri lebih atas dasar apa, syurga pun belum pernah masuk dah nak rasa bangga, kenapa suka sangat nak jadi ahli neraka ke, iblis tak apa sekurang kurangnya dia pernah mendiami syurga, kita bau syurga pun tak pernah. Tetapi awal awal dah isi borang ahli neraka tak ke bodoh namanya tu.

No comments:

Post a Comment