Wednesday 27 December 2017

fb k


Kenapa semua umat Islam yakin dan terima semua ayat Quran yg dibukukan skrg adalah benar lagi asli tiada edit? Jawabnya kerana Sistem Talaqqi bersanad.
Kalau kita baca sejarah tentang per-sanad-an, maka kita akan dapat mengetahui bahwa Rasulullah SAW telah menerima Al-Quran dari Allah SWT melalui Malaikat Jibril (bertalaqqi), kemudian Rasulullah SAW mengajarkan kepada para sahabatnya, kemudian para sahabat pun mengajarkan Al-Quran kepada tabi’in, para tabi’in pun mengajarkan kepada generasi selanjutnya. Atau dengan ungkapan sebaliknya, seorang yang memiliki sanad saat ini, telah bertalaqqi kepada gurunya yang telah memiliki sanad. Kemudian gurunya juga mendapatkan sanad dari gurunya lagi, hingga sampai pada qari’ dari kalangan tabi’in, para qari’ dari kalangan tabi’in bertalaqqi kepada qari’ dari kalangan sahabat, para qari dari kalangan sahabat ini pun bertalaqqi kepada Rasulullah SAW, Rasulullah SAW bertalaqqi kepada Malaikat jibril, malaikat jibril bertalaqqi langsung kepada Allah SWT.
Rantaian Sistem Talaqqi ini turun dari ALLAH ke Jibril ke Nabi Muhammad SAW ke para sahabat yg huffaz dan terus turun hingga ke saat anda membaca posting ini.
Beribu jaluran rantai talaqqi bersanad ini kemudian sentiasa di cross check setiap masa diseluruh dunia terutama dalam bulan Ramadhan setiap tahun. Di seluruh dunia sewaktu tadarus di masjid2 para huffaz yg tidak kenal satu sama lain sebelum ini dan dari jalur rantai talaqqi yg berbeza beza akan cross check bacaan masing-masing. Cross check ini sentiasa berlaku bukan hanya dibulan Ramadhan. Diseluruh dunia jaluran rantai talaqqi ini bersambung sambung dari guru guru sanad yg berbeza beza.
Walaupun guru talaqqi serta jalur sanadnya berbeza beza namun tidak ada satu pun bacaan al quran itu yg bersalah salahan. Semuanya sama tanpa dikurangi atau ditambah sedikit pun ayat ayat dan surah surahnya. Oleh itu Quran ditangan anda sekarang sememangnya hasil dari cross check para qari dan huffaz yg bersanad ini dan tiada keraguan baginya.
(Tapi Quranist lagi hebat....mereka terima Quran direct dari langit turun sebiji dah siap binding...sebab itu they won't bother utk bertalaqqi bersanad. They won't bother jadi hafiz. Tak seorang pun dikalangan mereka yg hafiz atau pernah talaqqi bersanad)
Sesuai dgn jaminan ALLAH bahawa Quran itu sentiasa dijaga maka para guru talaqqi atau guru sanad ini cukup memenuhi kriteria minimum seperti kuat hafalan, bagus sebutan serta bacaannya dan tidak fasik serta pendapat atau ijtihadnya selari dgn guru sanad di atasnya.
Begitu juga jalur periwayatan hadis melalui jalan yg hampir sama. Berbeza dengan Quran, Hadis tiada jaminan dari ALLAH akan dijaga. Maka dengan sebab itu syarat dan ciri2 para perawi hadis adalah lebih ketat lagi daripada guru sanad Al Quran.

No comments:

Post a Comment