Monday 11 December 2017

berdoa menuruti iman

Kita berdoa hanya menuruti akal dan nafsu semata mata, apa yang elok pada nafsu dan akal itulah yang kita doakan. Kita pernah berdoa menuruti iman dan taqwa. Kerana itulah semakin berdoa semakin jauh dari Allah semakin kita tidak kenal Allah. Kerana kita berdoa memaksa Allah bersetuju dengan kehendak nafsu dan akal, kita memaksa agar Allah tunaikan kehendak nafsu dan akal. Bila kita sakit kita paksa Allah sembuhkan kita, kita lupa nabi pun pernah sakiti tetapi nabi tidak pernah minta kesembuhan, bila kita miskin kita minta kaya, kita lupa bukan semua nabi kaya dan nabi tidak pernah minta kaya dan macam macam lagi. Kerana nabi menuruti iman dan taqwa, kita lupa akan takdir, kita lupa apa yang terjadi menuruti apa yang telah Allah tetapkan. Kerana kita menuruti nafsu dan akal maka kita buang Allah jauh jauh, tak nak Allah tak perlu Allah asal dapat apa yang dikehendaki oleh nasfsu dan akal. Orang yang menuruti iman dan taqwa, mereka berdoa agar dapat mengenal Allah agar sentiasa dekat dengan Allah, tak kira apa jua keadaan sama ada keadaan sakit, susah, miskin, merempat atau apa sahaja keadaan mereka hanya berdoa meminta agar mereka semakin dekat dengan Allah dan semakin kenal Allah. Kerana itulah sebenar benar doa.

No comments:

Post a Comment