Thursday, 9 March 2017

Ws

Kita sebenarnya dapat banyak kebaikan dari musibah yang menimpa kita. Dan kita hanya menyedari kebaikannya selepas suatu tempoh yang agak lama.

Hanya orang yang berlapar yang tahu betapa nikmatnya kenyang.

Hanya orang yang sakit, tahu betapa beruntungnya ada nikmat sihat.

Hanya apabila kita sibuk, kita akan menghargai masa lapang.

Bila kita dalam kesusahan, barulah kita sedar nikmat kesenangan.

Sebenarnya dengan musibah, kita belajar untuk lebih bersyukur dan menghargai apa yang kita pernah ada.

Kerana musibahlah, kita belajar banyak perkara dalam hidup ini.

Sungguh, musibah adalah pelajaran yang sangat berguna.

No comments:

Post a Comment