Monday, 6 March 2017

SYARIAT DAN HAKIKAT

SYARIAT DAN HAKIKAT
Janganlah kamu hanya mengambil setakat apa yang ada di dalam kitab-kitab sahaja tanpa berguru, maka kamu akan sesat.
Sebagaimana kata hadis ini: "Sesiapa yang tidak ada baginya Guru (Syeikh), maka gurunya syaitan".
Sebab itu kamu harus berhati-hati agar jangan menjadikan perkara ilmu itu dengan mengambil jalan mudah sahaja, tentu kamu akan menyesal nanti.
Siasat, pantau, dan selidik dulu baik-baik. Ini kerana kebanyakan Guru Fekah yang tidak tahu langsung, yang tidak mengerti (jahil / bodoh) tentang Hakikat dan langsung tidak mengambil peduli dan mengendahkan Jalan Hakikat ini, maka janganlah kamu tuntut dan belajar dengannya.
Tujuan kamu berbuat demikian adalah kerana ia akan membawa kamu ke arah was-was dalam hatimu, sehingga menjadi fitnah kepada yang lain dengan sebab tidak ada kebijaksanaan (bahalul / tolol) tentang Hakikat.
Ini kerana orang sedemikian hanya leka di luar kulit sahaja. Lihat dan renungilah di sini, sebagaimana kata As-Syeikh Abdul Qadir Al- Jailani ra:
"Setiap Hakikat yang tidak diperteguhkannya Syariat maka iaitu zindiq, dan setiap Syariat yang tidak diperteguhkanya Hakikat maka iaitu munafiq (bohong dan dusta)."
Ini kerana Syariat Nabi SAW Yang Maha Suci itu tidak sekali kali mengajar sebelah pihak sahaja, yakni Syariat tanpa Hakikat.
Demikian juga Baginda SAW tidak hanya mengajar perkara yang ghaib sahaja tanpa nampak nyata Syariat melainkan mengajar kedua duanya sekali, umpama:
* Ghaib dengan Nyata
* Kasar dengan Halus
* Putih dengan Hitam
* Zahir dengan Batin
* Dunia dengan Akhirat
Sedutan 'Kitab Najmul Huda'
via Syeikh Amdan Maulana

No comments:

Post a Comment