Sunday, 12 March 2017

SOLAT KERANA TERPAKSA?

SOLAT KERANA TERPAKSA?
SOLAT TETAPI TIDAK IKHLAS?
Solat kerana terpaksa itu, adalah seburuk-buruk perlakuan.. Ini kerana Allah Maha Tahu apa yang ada di dalam hati hamba-hambaNya.. Solat kerana terpaksa itu, adalah kerana takutkan balasan dan azab neraka, bukan kerana sayang dan cintakan Allah..
Solat yang dirasakan terpaksa itu, adalah solat orang yang tidak mengenal Allah.. Apabila kalian telah mengenal Allah, 24 jam sehari semalam di dalam hidup kalian adalah di dalam keadaan bersolat.. Inilah yang dinamakan "Solatul Daim" @ "Solat Yang Berkekalan"..
Gerak kalian adalah solat.. Diam kalian juga adalah solat.. Ingat dan menyatakan Allah itu, seharusnya berlaku setiap detik dan saat, bukan hanya 5 kali sehari semalam.. Setiap helaan nafas dan denyut nadi kalian itu, adalah untuk menyatakan Allah, Tuhan sekalian alam..

No comments:

Post a Comment