Perkongsian dari Ismail Ariffin Lepat
“Tersebutlah kisah kononnya pada suatu Hari ada Seorang lelaki telah membeli seekor lembu, dan dia tidak pernah membela Lembu sebelum ini atau tidak biasa berurusan di dalam perihal Lembu.
Untuk di pendekkan cerita. Ketika dia cuba untuk membawa pulang Lembu itu, dia pun cuba mengheret lembu itu dengan memegang di bahagian tanduk Lembu tersebut dan lembu itu seakan tidak bersetuju untuk menurut, maka berlakulah suasana yang agak kurang selesa di mata para manusia yang lalu lintas di kawasan itu, Jelas sekali lelaki ini adalah baru di dalam perihal Lembu.
Lembu itu mahu kembali pergi ke rumahnya atau ke kandangnya, Jelas sekali Lembu itu tidak bersetuju dengan Tuannya yang baru, dapat dilihat bahawa Lembu itu amat berkeinginan untuk kembali kepada Tuannya yang lama.
Dan di satu sudut yang berdekatan dengan suasana pergelutan itu, berdiri seorang Ahli Sufi yang telah tua usianya.
"Assalamualaikum Saudara ku, keadaan yang sedang berlaku di depan mata ku ini telah menyakinkan akal ku bahawa kamu tidak langsung memiliki apa apa pengetahuan tentang Lembu.., Dan apa yang kamu lakukukan ini adalah tidak kena pada cara sebenarnya!, ini bukanlah cara yang betul..” – Tegur si Ahli Sufi
"Wahai Orang Tua, Apa yang perlu saya lakukan?, kerana saya bukanlah orang yang kuat!, nyatanya sekali Lembu lebih ini kuat!, lihatlah!, sekarang ini Lembu ini sedang mengheret saya!, dan saya sudah hampir kehilangan daya untuk menahan!" – Balas jawab si Pembeli Lembu kepada Ahli Sufi.
Mendengar akan itu, Ahli Sufi itu menarik beberapa rumput liar yang segar lagi panjang menghijau, Lalu Ahli Sufi itu menghulurkan rumput yang di cabutnya kepada si pembeli Lembu itu,
"Lepaskanlah tanduk Lembu itu.., Ambillah rumput ini, dan halakanlah ke arah mulut lembu itu, hadapan beliau. Pastikan rumput sangat dekat dengan mulut Lembut itu, tetapi janganlah membenarkan Lembu itu makan rumput yang di tangan mu itu, Setiap kali Lembu itu merapatkan mulutnya dengan Rumput itu, maka undurlah kamu setapak ke belakang, Percayalah Lembu itu akan terus bergerak setapak ke hadapan ke arahnya rumput yang di tangan mu itu” – Tegur ajar si Ahli Sufi.
Maka setapak demi setapaklah Lembu itu mengikuti Tuannya yang baru, sehingga di akhirnya sampailah jua ke rumah tuannya yang baru itu.
“Lembu itu datang kerana rumput yang begitu rapat dan yang begitu hijau segar. Dia terlupa semua tentang Tuannya yang lama dan Kandang nya yang asal.., masalah yang serta merta timbul di dalam otak Lembu itu adalah ‘bagaimana untuk mendapatkan rumput itu!?’ sedangkan dia sudah begitu amat dekat, jelas berada di depan matanya. Tetapi di keranakan pemilik Lembu yang baru itu telah bergerak perlahan-lahan, lalu jarak antara lembu dan rumput telah menjadi kekal dengan jarak yang sama. Setapak Lembu itu ke depan, setapak jualah pemiliknya mengundur setapak ke belakang, sehinggalah Lembu itu berjaya di masukan ke dalam kandang di sebelah rumah pemiliknya baru, dan dengan tenangnya dia menutup pintu kandang lembu itu.
Sahabat FB ku yang ku kasihi,
"Sesetengah ‘PARA AGAMAWAN’ dan ‘PARA AHLI POLITIK’ telah pun berjaya menggantungkan ‘JANJI-JANJI MANIS MEREKA’ di depan mata fikir kita. Namun segala janji janji mereka tidaklah boleh diharapankan, kerana ianya tidak akan dipenuhi!, ianya terhanyalah janji-janji kosong. Nescaya kita pasti tak ubah akan menjadi bak seekor lembu yang hanya ‘mengikut’ disebabkan oleh ‘RASA TERLIURNYA’ kepada RUMPUT yang di tangan pemiliknya yang baru".
"Sesetengah ‘PARA AGAMAWAN’ dan ‘PARA AHLI POLITIK’ telah pun berjaya menggantungkan ‘JANJI-JANJI MANIS MEREKA’ di depan mata fikir kita. Namun segala janji janji mereka tidaklah boleh diharapankan, kerana ianya tidak akan dipenuhi!, ianya terhanyalah janji-janji kosong. Nescaya kita pasti tak ubah akan menjadi bak seekor lembu yang hanya ‘mengikut’ disebabkan oleh ‘RASA TERLIURNYA’ kepada RUMPUT yang di tangan pemiliknya yang baru".
“Dan janganlah terhanya MEMPERTUHANKAN AGAMA semata-mata, berlajarlah ilmu bagi untuk ‘MEMPERTUHANKAN TERHANYA TUHAN YANG MAHA NYATA’, Kenalilah SIAPAKAH DIRI MU yang sebenar-benarnya.”
No comments:
Post a Comment