PERBEZAAN ROH MANUSIA DAN MALAIKAT
Ruh manusia tidak serupa dengan Ruh malaikat, kerana Ruh manusia boleh naik ke peringkat-peringkat dan tahap yang lebih tinggi seperti Alam Jabarut dan Alam Lahut. Malaikat tetap pada tempatnya.
Pada malam peristiwa Mikraj, Jibril a.s. berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai menjawab permintaan Nabi s.a.w. supaya menemani beliau untuk naik lebih tinggi lagi dari Sidratul Muntaha.
"Jika saya terbang serambut lagi, Cahaya Keagungan Allah akan membakar sayapku." Jawab malaikat Jibril kepada Rasulullah s.a.w.
Ruh manusia ialah satu rahsia ketuhanan, satu misalan dan perbatasan Allah s.w.t. di dalam rahsia Ana (Aku) Ruh. Misalan di sini membawa maksud kepada hakikat itu sendiri.
No comments:
Post a Comment