KALIMAH TAUHID LA'ILAHA'ILLALLAH
Memahami itu lebih utama dari menghafalnya
Kalimah LA'ILAHA'ILLALLAH sebenarnya ialah kalimah tauhid iaitu kalimah mengESA akan Allah. Hakikat kalimah ialah menyata akan Allah. Bagaimana hendak menyata akan Allah? Sedangkan bila diucapkan kalimah itu tidak mengandungi inti patinya dan kemahuan kalimah itu sendiri, tanpa ada rukun dan syaratnya.
Melafazkan kalimah itu sah dengan tiga rukun, iaitu pertama lafaz di lidah, kedua tasdik di hati dan ketiga laku dengan perbuatan.
Lafaz di lidah,
siapa-siapa pun tahu dan dapat melafazkan dengan lidah atau mulut, kecuali orang-orang bisu. Laku dengan perbuatan, iaitu menunaikan tuntutan kalimah itu sendiri.
siapa-siapa pun tahu dan dapat melafazkan dengan lidah atau mulut, kecuali orang-orang bisu. Laku dengan perbuatan, iaitu menunaikan tuntutan kalimah itu sendiri.
Tasdik di hati,
Di sinilah yang akan diperbincangkan dengan panjang lebar, kerana di sinilah matlamat dan hakikatnya kalimah. Apakah yang dimaksudkan dengan tasdik di hati? Benarkah sebagaimana kefahaman kebanyakan umat Islam kini, yang dimaksudkan tasdik di hati itu menterjemahkan atau mengalih bahasakan dari bahasa Arab ke bahasa Melayu (Jawi)? Benarkah tasdik itu TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH?
Di sinilah yang akan diperbincangkan dengan panjang lebar, kerana di sinilah matlamat dan hakikatnya kalimah. Apakah yang dimaksudkan dengan tasdik di hati? Benarkah sebagaimana kefahaman kebanyakan umat Islam kini, yang dimaksudkan tasdik di hati itu menterjemahkan atau mengalih bahasakan dari bahasa Arab ke bahasa Melayu (Jawi)? Benarkah tasdik itu TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH?
Maksud sebenar tasdik di hati itu ialah membenarkan di hati, yang terkandung di dalamnya nafi dan isbat, bukanlah dengan mengalih bahasakan atau menterjemahkan bahasa. Sekiranya benar seperti apa yang difahamkan oleh kebanyakan umat Islam kini, iaitu menterjemahkannya, bagaimana pula bangsa Arab sendiri yang melafazkan kalimah, dan bagaimana pula mereka hendak mentasdikkan dihati? Sedangkan kalimah itu bahasa Arab, apa pula yang hendak diterjemahkan oleh bangsa Arab?
Misalnya kita yang berbangsa Melayu, apabila kita sebut "ayam makan padi" apa pula yang hendak kita terjemahkannya atau hendak di alih bahasakannya? Sedangkan kita sudah faham dengan perkataan tersebut. Begitulah juga dengan bangsa Arab yang menyebut "LA'ILAHA'ILLALLAH" yang sudah pun mereka faham maksudnya, dengan apa pula yang hendak mereka tasdikkan?
Rukun syahadah yang tiga seperti yang tersebut di atas, bukanlah sahaja tertakluk kepada bangsa Melayu atau selain dari bangsa Arab, malahan rukun yang tiga itu tertakluk kepada sesiapa sahaja yang mengaku beragama Islam. Tidak tahulah pula kalau-kalau ada petua yang mengatakan rukun syahadah yang tiga itu, dua kepada bangsa arab dan tiga kepada selain dari bangsa arab?
Maksud sebenar apa yang dikatakan tasdik di hati itu bukanlah alih bahasa, tetapi membenarkan di hati. Tidak sah kalimah jikalau sekadar alih bahasa. Kebanyakan orang-orang Islam pada hari ini nafi berhala dan isbat tuhan (Allah) kerana ekoran dari terjemahan atau alih bahasa tersebut. Sayugia diingatkan tidak sah kalimah seseorang itu jika beliau nafi berhala, kerana berhala itu tidak ada langsung sifat-sifat ketuhanan dan alangkah lekehnya jika diperbandingkan berhala untuk dinafikan dengan ZAT Allah s.w.t.
Pada hakikatnya lafaz di lidah dan laku dengan perbuatan itu sendiri tersimpul di dalam tasdik di hati. Jadi tasdik di hati itu mengambil peranan penting di dalam mengesahkan kalimah tauhid. Salah tasdik, nauuzbillah, berkecailah kalimah itu, tidak sah kalimah, tidak sah Islam.
Jadi bagaimana pula kalimah tauhid itu hendak dijadikan kalimah mengESA? Iaitu dengan mengetahui syarat dan rukun tasdik itu, iaitu NAFI dan ISBAT. Nafi itu maksudnya menolak dan Isbat itu maksudnya menerima. Apakah yang kita hendak nafi dan apa pula yang hendak kita isbat? Sebenarnya kita nafi HAK MAKHLUK dan isbat HAK ALLAH. Kita nafikan apa yang berlaku di makhluk itu bukan HAK MAKHLUK, dan kita isbatkan barang apa yang berlaku di makhluk itu HAK ALLAH.
Dalil firman Maksudnya;
"Padahal Allahlah yang menjadikan/menciptakan kamu dan segala perbuatan kamu“
(Al Shaffat: 96).
Kesimpulan dalil naqli di atas ialah, Allah menegaskan bahawasanya DIA (Allah) menjadikan kita dan segala apa yang kita lakukan, yakni segala apa yang tengah berlaku, sedang berlaku, dan akan berlaku.
Kesimpulannya, kita nafikan yang dalam (tengah dok jadi) itu bukan HAK KITA (MAKHLUK) dan kita isbatkan yang dalam (tengah dok jadi) itu adalah HAK ALLAH. Terutamanya pada sifat maani yang tujuh, yang dalam proses (tengah dok jadi) di kita itu bukan HAK KITA (MAKHLUK), tapi HAK ALLAH, yang berlaku itu hanya lalu atau terupa sahaja di kita, sedangkan pada hakikatnya kita pun tidak ada, hanya tengah dok jadi.
Itulah sebabnya jikalau kita perasan atau dakwa yang berlaku di kita itu HAK kita, wajib kena atas syirik. Bukan setakat meletakkan pada diri kita sahaja, tapi kena meletakkan nafi dan isbat (kalimah) itu pada tiap-tiap sesuatu, setiap waktu dan setiap ketika, barulah sebenar ESA (bukan satu). Matlamat yang kita nafi di makhluk dan isbat di makhluk, kerana makhluklah yang menyata akan Allah (NYATA ALLAH) yang tidak nyata. Dengan itu hakikat kalimah ialah untuk mengESA akan Allah.
No comments:
Post a Comment