Kuliah Dhuha,Jumaat SYEIKH ABDULLAH AL-MAJZUB kg Petai Bubus, Jalan Jeram, Kuala Terengganu
Kitab Syarah Hikam Tok Pulau Manis r.a
10.01.2017
Dicatatkan oleh Ustaz Kassim
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم..
بسم الله الرحمن الرحيم..
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين..
سبحانك لاعلملنا الا ما علمتنا إنك انت العليم الحكيم..
لاحول ولا قوة الا بالله العلى العظيم.
رب زدنا علما وارزقنافهما..
Berjalan kepada Allah dengan fana daripada segala kaainat dengan melihat mukawwin. Itulah perjalanan yg dituntut dan inilah kesudahan perjalanan orang yg muntaha...
Sabda Rasulullah saw..
Maka barangsiapa yang berpindah kepada Allah dan Rasul Nya maka pindahnya itu kepada Allah dan Rasul Nya.
Maka hendaklah berpegang dan beramal mengikut sebagaimana kehendak Allah dan mengikut jejak Rasul Nya
Hendaklah berjalan kepada Allah dan berpaling daripada selain ALLAH
Barangsiapa yg gugur dan mati dalam hijrahnya kepada Allah maka beroleh lah pahala atasnya
Barangsiapa yang berpindah kepada dunia atas perempuan maka berolehlah dunia dan perempuan
Hendaklah menjadikan himmah yg tinggi dan cita-cita berhijrah kepada Allah dan berpaling hati daripada selain ALLAH
Keluarlah dan berpalinglah daripada selain ALLAH dan berhadaplah kepada Allah
Istiqamah zikir dulu, biar tetap zikir dulu ...kata Syeikh
Pelihara yg fardhu dan tinggalkan maksiat dan peliharalah hatimu daripada kasih kepada dunia dan kasih kepada perempuan, bila datang bala hendaklah sabar dan redha dan syukur atas nikmat
Adalah yg demikian itu diperolehi melainkan dgn empat perkara ..
1. Bersungguh-sungguh warak..
2. Membaiki niat..
3. Ikhlas
4. Ilmu..
Dan tiada sempurna bagimu sekalian nya itu melainkan dgn bersahabat dengan orang yg soleh dan Syeikh yg mampu mendidik dan dapat memberi nasihat
Jangan engkau bersahabat dengan orang yang tidak mendirikan hal dan tidak membawa kepada taat ALLAH dan membawa hampir kepada Allah dan mengenal Allah
Jangan bersahabat dengan orang yang melebihi dirinya atas mu dan orang yang merendah rendahkan dirimu..
Kata Sidi Abdul Salam ..
Barangsiapa yang menunjukkan ia akan dikau atas dunia maka sanya ia memberi kejahatan. Barangsiapa yang menunjukkan akan dikau atas amal kebaikan dan barangsiapa yang menunjukkan ia akan dikau atas ALLAH maka adalah ia memberi nasihat akan dikau
Kata Abu Hassan..
Jangan engkau bersahabat dengan orang yang melebihkan akan dirimu atasmu maka yang demikian itu terlebih sangat jahat. Dan jangan bersahabat juga dengan orang yang melebihkan akan dikau atas dirinya maka yg demikian itu sedikit yg berkekalan dalam bersahabat
Dan kata Syeikh Junaid ra.. apabila dikehendaki ALLAH pada seseorang murid itu kebajikan maka dijatuhkan kepada sufiah dan ditegahkan dengan segala orang yang riak
Dan kata setengah orang yang sufiah.. jangan engkau bersahabat dengan manusia melainkan dgn orang yg membawa bertambah amal kebajikan dan tiada kurang dengan kejahatan
Diceritakan orang bahawasanya Nabi Isa as berkata kepada segala sahabat nya . Jangan kamu duduk dengan orang yang mati kelak mati hati kamu. Maka kata mereka itu mana orang yang mati. Maka katanya orang yang gemar pada dunia dan yang kasih padanya . Dan adalah yg demikian itu membawa kepada redha nafsu . Jangan bersahabat melainkan dgn orang yg arif dengan Allah
Firman ALLAH kepada Nabi Daud As..
Wahai Daud jikalau ada engkau kasih akan Aku maka keluarkanlah olehmu akan kasih dunia daripada hatimu maka bahawasanya kasih kepada Ku dan kasih kepada dunia itu tidak akan boleh berhimpun keduanya dalam satu hati selamanya
Amal Soleh selepas tauhid itu adalah zuhud dan adalah ia besar disisi Allah walaupun sedikit amal sekalipun
Berpalinglah daripada dunia dan buanglah dunia daripada hati dengan mengekalkan zikir dalam hati..
Zuhud itu berpaling hati daripada dunia daripada kebesaran, harta, martabat, pangkat, puji sanjungan dan kesempurnaan..
Dunia tidak ada dalam hati dan fikirannya. Dunia hanya ditangan
Dalil zuhud tidak sayang harta.
Zahid terlebih tinggi daripada warak kerana zuhud itu terputus semuanya sedangkan warak masih ada bahagiannya
Baik segala hal itu adalah kerana makrifat dan mahabbah dan yaqin
Apabila dikehendaki pada hamba kebajikan nescaya akan dilimpahkan ilmu dan pengenalan maka jadi baiklah segala halnya iaitu wasilah kepada baik segala amal..
Maka barangsiapa baik hatinya dengan segala nur daripada ilmu dan makrifat maka sucilah taatnya daripada segala ilat dan barangsiapa telah suci taatnya daripada segala ilat maka baiklah segala amalnya..
Maka segala amal dan segala hal itu hanya kekal apabila kekal wujud zikir pada hati dan lisan dan kesempurnaannya itu dengan hudur didalam hati.
Jangan tinggalkan zikir kerana ketiadaan hudur tetapi zikir dan sebutlah oleh mu akan Allah pada tiap-tiap hal dan masa
وبالله التوفيق والهدايه والله اعلم..
ربنا آتنا فى الدنيا حسنة وفى الاآخرة حسنة وقنا عذاب النار..
آمين يا رب العالمين🌹
No comments:
Post a Comment