Kuliah Dhuha,Jumaat SYEIKH ABDULLAH AL-MAJZUB kg Petai Bubus, Jalan Jeram, Kuala Terengganu
Kitab Syarah Hikam Tok Pulau Manis r.a
03.3.2017
Dicatatkan oleh Ustaz Kassim
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم..
بسم الله الرحمن الرحيم..
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين..
سبحانك لاعلملنا الا ما علمتنا إنك انت العليم الحكيم..
لاحول ولا قوة الا بالله العلى العظيم.
رب زدنا علما وارزقنافهما..
Jika tiada berbaik sangka mu kepada Allah , maka perbaikilah sangkamu kepada Allah dalam muamalah dan berurusan Nya denganmu dengan memberi pelbagai nikmat kepadamu
Allah itu bersifat dengan jamal dan tiadalah berbuat Allah melainkan yang baik2. Maka bersangka baiklah kepada Allah..
Putuskanlah hati mu dengan selain Allah.
Putuskan lah memandang selain Allah. Dan tidak ada yg memberi dan menolongmu melainkan Allah
Barangsiapa yang menilik sifat kesempurnaan sifat Allah dan amat besar ihsan Nya maka kuatlah iman nya dan baik sangkalah kepada Allah
Barangsiapa yang tidak memandang akan kesempurnaan sifat Allah kerana terhijab dengan segala athar dan berserta dengan agyar maka hendaklah memandang pada nikmat kurniaan Allah kepadamu dan perbaikilah sangka mu kepada Allah .
Barangsiapa yang mengenal Allah, nescaya akan disaksikan Allah kepada sesuatu
Pandanglah kepada kurniaan Allah yg amat besar kepadamu. Nescaya nyatalah sifat kesempurnaan sifat Allah
Pandang lah dengan mata kepala ciptaan Allah dan mata hati memandang sifat Allah dan hati membenarkan Allah
Apa yang ada pada mu adalah milik Allah dan pemberian Allah.
Apa yang dikurniakan Allah itu adalah langsung daripada Allah tiada perantaraan sebab dan kembalilah kepada Allah dan jangan bergantung kepada sebab dan ilat
Semua pemberian dan nikmat Allah kepadamu itu adalah ihsan Allah
Kata Syeikh Abu Hassan al Sazali..
Tidak lah kami lihat yang membaiki melainkan Allah. Maka tiadalah kami kasih kepada lain dan kami perbaiki sangka kepada Allah .
Barangsiapa yang membaiki baik sangka kepada Allah nescaya beroleh nurul yaqin .. baik sangka kepada Allah itu maqamul yaqin
Manusia itu ada dua bahagi..
Orang khas ..orang yg sentiasa membaiki sangka kepada Allah bagi segala sifat yg maha tinggi..
Orang awam.. orang yg membaiki sangka kepada Allah atas segala nikmat Allah
Manusia itu ada dua bahagi..
Orang khas ..orang yg sentiasa membaiki sangka kepada Allah bagi segala sifat yg maha tinggi..
Orang awam.. orang yg membaiki sangka kepada Allah atas segala nikmat Allah
Manusia itu ada dua bahagi..
Orang khas ..orang yg sentiasa membaiki sangka kepada Allah bagi segala sifat yg maha tinggi..
Manusia itu ada dua bahagi..
Orang khas ..orang yg sentiasa membaiki sangka kepada Allah bagi segala sifat yg maha tinggi..
Orang awam.. orang yg membaiki sangka kepada Allah atas segala nikmat Allah
Sabda Rasulullah Saw..
Dua perkara tiada diatas keduanya sesuatu daripada kebajikan iaitu baik sangka kepada Allah dan baik sangka kepada segala hamba Allah.. dan dua perkara tiada atas keduanya itu daripada kejahatan iaitu jahat sangka kepada Allah dan jahat sangka kepada hamba Allah
Terlebih ajaib mengambil yg kurang daripada yg sempurna dan terlebih baik dan memilih yang fana atas yg kekal dan sibuk pada yg bathil dan berpaling daripada Tuhan kepada makhluk
Kata Sulaiman Ad darani ra. Jikalau dipilihkan aku antara dua rakaat dan antara masuk syurga firdaus nescaya memilih aku dua rakaat kerana bahawasanya syurga firdaus itu dari nafsuku dan dua rakaat itu daripada hak Tuhanku..
Qalbu atau hati itu melihat dengan cahaya iman maka apabila kuat cahaya iman maka berolehlah cahaya mata dan jadilah hamba itu baik penglihatannya
Bila kotor hati dan buta matahati maka lemah dan terpadamlah cahaya mata
Firman Allah. Maka bahawasanya tiada buta segala penglihatan mata mereka itu tetapi buta segala hati yg berada didalam dada mereka
Tersangat Ajaib bagi orang yang beraqal yang lari ia daripada Allah dan orang yg lalai yang berhadap atas syahwat nafsunya
Kebanyakan manusia hari ini berhadap kepada makhluk dan jarang yg berhadap kepada Allah
Ramai orang yg tidak berminat utk mencari jalan dan Orang yg dapat menunjukkan jalan kepada berhadap kepada Allah..
Tiga sebab buta mata hati itu 3 perkara.. kata Syeikh Abu Hassan al Sazali..
1. Buat maksiat..
2. Pura2 buat taat..
3. Tamak kepada makhluk..
Apabila buta mata hati maka berhadaplah kepada makhluk dan berpaling daripada Allah..
Janganlah kamu berjalan daripada satu kun kepada satu kun seperti mengerjakan amal demi menuntut kelebihan dan darjah yg tinggi dan maqam yg tinggi
Barangsiapa yang mengerjakan amal kerana menuntut darjah yang tinggi pada dunia dan akhirat adalah seperti berjalan himar yg mengisarkan gandum
Hendaklah engkau berjalan daripada kun kepada pencipta kun dengan mengangkat himmahmu
Jadikanlah himmah itu terhenti kepada Allah yang mengadakan kun.
Firman Allah:
Dan kepada Tuhanmu lah tempat kesudahan..
Kepada Tuhan adalah tempat kembali dan tempat tamat perjalanan..
Maksud dan tujuan amal ibadah adalah Allah
Jadikanlah dirimu itu hamba bagi Allah bukan hamba yg lain
Perjalanan itu ada 3 bahagi..
1. Berjalan daripada perangai dan sifat mazmumah kepada perangai yg mahmudah..
2. Berjalan daripada suatu keadaan yg kurang kepada yang lebih..
3. Berjalan daripada suatu keadaan amal yg hasanah kepada suatu balasan hasanah dengan beberapa darjah dan sekalian itu adalah naqis.. kurang
Berjalan kepada Allah dengan fana segala kaiinat dengan melihat mukawwin nya iaitulah jalan yang dituntut dan adalah kesudahan perjalanan orang yang sampai....
والله اعلم..
وبالله التوفيق والهداية..
ربنا آتنا فى الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار..
آمين يارب العالمين🌹
No comments:
Post a Comment