Kuliah Dhuha,Jumaat SYEIKH ABDULLAH AL-MAJZUB kg Petai Bubus, Jalan Jeram, Kuala Terengganu
Kitab Syarah Hikam Tok Pulau Manis r.a
17.03.2017
Dicatatkan oleh Ustaz Kassim
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
اعوذ بالله من الشيطان الرجيم..
بسم الله الرحمن الرحيم..
الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين..
سبحانك لاعلملنا الا ما علمتنا إنك انت العليم الحكيم..
لاحول ولا قوة الا بالله العلى العظيم.
رب زدنا علما وارزقنافهما..
Perihal Zikir...
Berzikir kepada Allah adalah satu ibadah yang mulia, paling besar dan utama, jalan bagi menghampirkan diri kepada Allah..
Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 152:
فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُواْ لِي وَلاَ تَكْفُرُون
Ertinya:
"Oleh karena itu, ingatlah kamu kepada Ku, niscaya Aku ingat (pula) kepadamu (dengan memberikan rahmat dan pengampunan)”. (QS. Al-Baqarah : 152).
يٰۤـاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوا اذْكُرُوْا اللّٰهَ ذِكْرًا كَثِيْرًا ۙ
Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya;
[QS. Al-Ahzab: Ayat 41]
وَاذْكُرْ رَّبَّكَ فِيْ نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَّخِيْفَةً وَّدُوْنَ الْجَـهْرِ مِنَ الْقَوْلِ بِالْغُدُوِّ وَالْاٰصَالِ وَلَا تَكُنْ مِّنَ الْغٰفِلِيْنَ
Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.
[QS. Al-A'raf: Ayat 205]
اَلَّذِيْنَ اٰمَنُوْا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوْبُهُمْ بِذِكْرِ اللّٰهِ ؕ اَ لَا بِذِكْرِ اللّٰهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوْبُ ؕ
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
[QS. Ar-Ra'd: Ayat 28]
Abu Darda’ berkata, Rasulullah SAW bersabda :
“Maukah aku khabarkan kepada kalian amal yang paling baik bagi kalian, paling suci di hadapan penguasa kalian, paling tinggi dalam derajat kalian, lebih bagus dari pada infaq emas dan perak kalian, serta lebih baik dari pada kalian berperang sehingga kalian membunuh mereka atau mereka membunuh kalian?”. Para sahabat menjawab : “Mau ya Rasulullah”. Rasulullah saw bersabda kembali: “Dzikir kepada Allah”
(HR. Turmudzi).
Maksud Hadis
Perumpamaan orang berzikir dgn orang yg tidak berzikir seumpama dgn orang yg hidup dgn orang mati atau seperti daun yg hijau dgn daun yg kering...
Jangan kamu meninggalkan zikir kerana ketiadaan hadirmu serta ALLAH kerana bahawasanya kelalaianmu ketika tidak berzikir lebih jahat dan lebih bahaya daripada lalai hatinya kepada Allah ketika berzikir...
Segala amal dan segala hal itu hanya sanya kerana wujud zikir dalam hati.. dan kesempurnaan zikir itu hadir hati serta ALLAH
Tidak berzikir langsung terlebih parah dan terlebih bahaya daripada berzikir tapi lalai.. tak berzikir dan lupa pada Allah tanda jauh daripada Allah. Berzikir tanda masih dekat dgn ALLAH walaupun tidak hadir serta ALLAH
Zikir lalai dapat 10 pahala dan zikir yg hadir itu 70 pahala
Bila berzikir akan bergerak segala anggota dan tidak zikir tidak bergerak anggota
Zikir meskipun lalai tapi ia menghiasi anggota dgn ibadah..
Jika tidak berzikir maka menghilangkan hiasan ibadah pada anggota
Kata Washoty ra. Lalai daripada menyebut akan ALLAH adalah terlebih sangat bahaya dan buruk daripada lalai dalam zikirmu
Dikata orang kepada Abi Uthman al nahdi ra. Kami berzikir kepada Allah tetapi tiada kami dapat akan manis dan hudhur maka katanya puji lah kamu kepada Allah kerana menghiasi anggota daripada segala anggota dengan ketaatan..
Kena sebut juga ALLAH walaupun lalai dan tidak hadir hati kepada Allah
Zikir la Ilaha illallah sebut dgn lidah dan pasang makna dalam hati( tiada Tuhan melainkan Allah )... adab yg paling penting kata Syeikh
Syukurlah kepada Allah kerana dikurniakan lisanmu untuk menyebut ALLAH meskipun belum hudhur hati serta ALLAH. Sebutlah Allah dengan lisanmu bersungguh-sungguh nescaya akan hudhur hatimu dgn Allah
Bila zikir pasang makna... baru mujarab ... kata Syeikh...
Bila sebut la Ilaha illallah..dalam hati kata tiada Tuhan melainkan Allah...
Kata Syeikh
Mudah-mudahan diangkat ALLAH daripada zikir yang lalai kepada zikir yg disertai hudhur dan sedar terhadap Allah. Daripada zikir lisan kepada zikir hati
Dan berpindah daripada zikir serta jaga dan sedar kepada zikir hudhur serta ALLAH dan akan berpindah kepada zikir yg ghaib daripada sesuatu selain Allah
Bila ghaib zikir kita barulah terbit dan datang zikir dari Allah
Zikir lisan adalah zikir orang yang ahli ghaflah atau zikir orang awam..
Zikir lisan serta dgn hati adalah maqam zikir ahli suluk..
Zikir hudhur dalam hadrat mazkur itu maqam zikir al khawas
Zikir ghaib dalam mazkur daripada zikir adalah zikir maqam khawasul khawas atau orang yang ahli fanaul fana..
Fana tak sedar diri fana itu fana..
Fana nak tunjuk fana itu tipu daya...
Kata Syeikh
Barangsiapa yang menyebut la ila ha illallah dgn ikhlas terbuka pintu langit dan sampai kepada arasy
Syeikh kami zikir La Ilaha illallah sehingga bergoncang arasy dan melambai-lambai bidadari
Zikir لا اله الا الله serta ikhlas bagi menjaga hati daripada lalai dlm zikrullah..
Zikir الله الله الله itu mengeluarkan engkau daripada jaga dalam zikir kepada hudhur serta ALLAH dalam zikir..
Zikir هو هو هو bagi mengeluarkan barang yg lain daripada Allah
Zikir la Ilaha illallah itu Afdhal bagi orang nafsu amarah...
Zikir ALLAH, ALLAH afdhal bagi orang nafsu lawwamah...
Syeikh zikir aqal, alhaq al hayyu
Kata sesetengah ahli Zikir...
Zikir لا اله الا الله itu pembuka hati dan makanan hati..
Zikir الله الله الله pembuka dan makanan roh..
Zikir هو هو هو itu adalah pembuka dan makanan sir
Bermula zikir itu 5 martabat..
1. Zikir lisan tiada dgn hati..
2. Zikir hati tiada dgn lisan..
3. Zikir dgn aqal..
4. Zikir Sir..
5. Zikir ainul mazkur.. datang zikir dari Allah dan disini tempat khatam zikir ini adalah tempat sampai
وماذلك على الله بعزيز
Tiadalah yang demikian itu malainkan dengan qudrat, iradat, fadhlu dan rahmat Nya dikurniakan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya
Zikir la Ilaha illallah satu sahaja tetapi keluar pelbagai kurniaan seperti satu benih yg menumbuhkan sepohon pokok yg byk berdahan dan bercabang dan mengeluarkan pelbagai bunga dan buah yg pelbagai warna dan rasa
Tanam benih dulu, baru terbit pohon dan keluar bunga dan buah yg byk
Kata Syeikh kami
Zikir itu adalah ibadah yg sangat dituntut dan tidak ada had batas waktu, masa dan tempat bersalahan dgn ibadah yg lain
Sabda Rasulullah SaW..
Perbanyakkan oleh kamu akan zikir sehingga dikata kamu gila..
Syeikh kami byk zikir sehingga orang kata gila dan sampai org nak berubat....
Tersebut dalam sebuah kitab
Ditanya orang sejak bila kamu mengenal Allah..
Katanya sejak dikata orang aku gila...
Hendaklah perbanyakkan zikir dalam semua hal dan jangan sekali-kali meninggalkan zikir selagi ada aqal atau lalai dalam zikir sekali pun
Meninggalkan zikir itu adalah satu perkara yg sangat jahat dan sangat bahaya..
Hadis Qudsi..
Aku selalu mengikuti sangkaan hamba Ku terhadap diri Ku dan Aku selalu menyertai nya ketika ia berzikir kepada Ku
Antara alamat dan tanda mati hati iaitu tidak merasa sedih, dukacita dan susah hati kerana tertinggal amal kewajiban dan kebaikan serta tidak menyesal jika terjatuh dalam dosa dan maksiat
Alamat iman dan orang mukmim terasa suka dan gembira bila berbuat amal taat dan kebaikan. Terasa sedih, dukacita dan menyesal bila terjatuh dlm dosa dan maksiat
Perbaharui lah iman kamu!
Bagaimana kami nak perbaharui iman kami..
Perbanyakkan menyebut la Ilaha illallah
Bila hati hidup dgn iman, pasti rasa sedih dan dukacita bila terluput amal taat dan rasa menyesal bila terjatuh dlm dosa dan maksiat
Kata ibnu Mas'ud ra..
Bermula orang-orang yang beriman itu melihat ia akan segala dosanya seperti bukit takut jatuh ia atasnya. Dan orang yang derhaka itu melihat segala dosanya seperti lalat yg jatuh atas hidungnya
Tanda mukmim itu yg baik dikatakan baik dan yg jahat dikatakan jahat..
Barangsiapa yang tidak rasa dukacita dan sedih tika terluput amal fardhu dan ketaatan dan tidak rasa menyesal atas dosa dan maksiat, itu petanda mati hati.
Amal yg baik adalah tanda redha Allah dan amal yang jahat tanda benci ALLAH
Bila hati hidup dgn iman maka bertambah lah kuat dan bersungguh-sungguh dalam mengerjakan amal ketaatan dan rasa takut dengan menjauhi amal kejahatan
Ubat dan penawar bagi hati adalah dengan mengamalkan wafizah dan Zikrullah
Ubat bagi hati juga dgn mendengar peringatan, amaran dan hukuman bagi ahli maksiat serta dengan membanyakkan hadir dan mendengar pengajaran yang menipiskan hati
Orang-orang yang telah dijamin syurga tetap rasa menyesal kerana kurang zikir tika didunia dan kurang amal kebajikan
Orang-orang arif tidak berjabat dan bergantung kepada amal kerana amal itu adalah makhluk
Jgn kiranya besar dosamu menyebabkan buruk sangka kepada Allah..
Jgn buruk sangka kepada Allah dgn mengatakan Allah tidak akan ampun dosa-dosanya.. itu adalah tanda tidak mengenal Allah
Orang-orang arif itu bila terjatuh kepada dosa maka segera ingat Allah dan beristighfar serta baik sangkanya kepada Allah
Barangsiapa yang mengenal ALLAH nescaya dipandang karim nya Allah dan maha belas kasihan dan keampunan Allah maka kecillah dosa...
Barang siapa yang mengenal ALLAH dgn memandang jalal, qahhar dan keras nya ALLAH maka dipandang besarlah dosa...
Jadikan dirimu dalam takut dan harap dan jangan berputus asa daripada rahmat Allah
Jgn kamu berputus asa daripada rahmat Allah kerana Allah maha pengampun dan akan mengampunkan segala dosa-dosa
Tidak jadi kecil dosa bila dibentangkan keadilan Nya dan tidak jadi besar dosa bila berhadap dgn fadlu dan karim Nya
Terzahirlah sifat fadhlu Nya pada orang yg dikasihinya walaupun besar dosanya sekalipun
Kata Yahya bin Muaz... jika dihantar atas mereka itu keadilan nescaya tidak tinggal apapun kebajikan dan jika diperoleh fadhlunya nescaya tidak tinggal lagi kejahatan
Sidi Abu Hassan As Sazali ra. Berdoa...
Hai Tuhanku jadikan segala kejahatan orang yang Tuhan kasih dan jangan jadikan segala kebajikan kami akan kebajikan orang yang Tuhan murka
Ilmu ini ilmu halus dan tinggi.. kena zikir banyak dulu.... kata Syeikh kami
وبالله التوفيق والهدايه والله اعلم...
ربنا آتنا فى الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار..
آمين يارب العالمين..🌹
No comments:
Post a Comment