Tuesday, 14 March 2017

ILMU RAHSIA

ILMU RAHSIA
Para wali, penyebar agama Islam di tanah Jawa sangat menyedari bahawa Ilmu Ma'rifat tidak boleh diberikan kepada orang yang dirasakan masih belum mampu untuk menganutinya. Salah langkah boleh menjadi maut akibatnya.
Contoh yang nyata daripada peristiwa ini ialah tragedi pembunuhan terhadap Syeikh Siti Jenar yang dianggap penceroboh agama kerana telah mengajar Ilmu Tinggi yang menekankan dengan cara penyampaiannya yang bukan pada tempatnya.
Sebab itu Abu Hurairah ra berkata:
"Aku terima daripada Nabi Muhammad SAW dua (2) bejana ilmu: Satu aku boleh ceritakan dan yang satu lagi aku simpan / tidak aku zahirkan. Sekiranya aku ceritakan ilmu yang satu lagi itu, sudah tentu kepalaku akan dipotong orang."
Sehubungan dengan itu juga Saidina 'Ali berkata: "Ya, Rabb! Kiranya aku ceritakan segala yang indah yang ada dalam hatiku nescaya orang akan membunuhku kerana mengira perbuatan membunuhku itu adalah suatu kewajipan."
Itulah yang terjadi kepada Syeikh Siti Jenar yang tersalah atas keghairahannya mengajar masyarakat di tempatnya dengan ilmu yang belum bersedia lagi untuk diterima oleh masyarakatnya.
Sebab itu berkata Nabi SAW:
"Kami para Nabi disuruh oleh Allah berkata kepada manusia sejajar dengan hal yang boleh diterima oleh akal mereka. Adakah engkau mahu bahawa Allah dan RasulNya diperolok- olokkannya?
Mudah-mudahan engkau ya Muhammad, meninggalkan sebahagian daripada apa yang Aku wahyukan kepadamu."
Atas dasar inilah Rasulullah SAW sangat berhati-hati dalam menyampaikan ilmu Hakikat ini kepada umatnya.

No comments:

Post a Comment