Tuesday, 14 March 2017

hakikat tauhid

Assalamualaikum, kekasih-kekasih Allah..
Ketahuilah, bahawa Allah Azzawa Jalla itu bersifat dengan sifat Ar-Rahman & Ar-Rahim.. Dan Allah amat suka dan sayang kepada hamba-hambaNya yang sering menyatakan sifat-sifat tersebut di dunia ini..
Kasihilah sekalian makhluk, kerana semuanya merupakan pentajallian Allah bagi menyatakan akan perihal diriNya, dan bagi menceritakan mengenai diriNya.. Baik pun dari Allah, buruk pun dari Allah.. Tiada yang berkuasa untuk mencipta perlakuan baik dan buruk, melainkan Allah.. Inilah sebenar-benar pengertian Tauhid..
Bagi golongan Makrifah, mereka memandang segalanya sebagai Allah.. Tidak mereka melihat akan sesuatu itu, melainkan Allah-lah yang meliputinya.. Dan lagi kata-kata Arifbillah, setiap yang memandang tanpa memandang Allah, maka pandangannya itu adalah sia-sia..
Maka itu, berbuat baiklah sesama makhluk, baik manusia, binatang, tumbuhan, dan apa sahaja.. Balaslah setiap perbuatan baik itu, dengan perbuatan yang lebih baik.. Dan balaslah setiap perbuatan yang buruk itu, dengan perbuatan yang baik.. Inilah sifat Rasulullah..
Ingatlah wahai sahabat-sahabatku, hanya redha dan cinta Allah yang kita dambakan, dan kehidupan yang kekal abadi di sisi Sang Kekasih.. Amiin²

No comments:

Post a Comment