GOLONGAN ANTI TASAWUF
Antara hujah yang tidak masuk akal yang dikemukakan oleh kelompok Pseudo-Salafi (Wahabi) dalam menolak Tasawuf adalah umat Islam tidak memerlukan Tasawuf kerana apa yang diajarkan dalam Tasawuf iaitu tazkiyah al-nafs telah ada di dalam al-Qur'an dan as-Sunnah. Justeru umat Islam hanya perlu mengikuti al-Qur'an dan as-Sunnah bukan Tasawuf.
Tasawuf sebenarnya satu ilmu yang dikembangkan oleh para ulamak muktabar untuk mengubati penyakit hati dan penyakit rohani. Kita belajar Matematik meskipun tanpa ilmu itu seseorang masih boleh mengira, kita belajar Fiqh meskipun asas-asasnya ada dalam al-Qur'an dan as-Sunnah, mereka juga belajar ilmu hadis meskipun ilmu itu tiada dalam al-Qur'an dan al-Sunnah.
Mengikut definisi mereka ini adalah bidaah, semua ilmu ini penting untuk perkembangan dan kesejahteraan manusia. Sikap seperti ini adalah sikap anti ilmu yang bertentangan dengan kehendak al-Qur'an dan as-Sunnah.
Prof. Al-Attas mendefinisikan Tasawuf sebagai "the practice of Syari'ah at the station (maqam) of ihsan", pengamalan Syariah pada maqam ihsan. Orang yang menolak Tasawuf adalah orang yang menyempitkan Syariah hanya sebatas hukum hakam.
No comments:
Post a Comment