Ada sebab kenapa Islam melarang pertunangan tu dihebahkan.Antaranya ialah, seandainya pertunangan itu terputus di tengah2 jalan, pasangan tersebut tidak menanggung malu, lebih2 lagi bagi pihak wanita. In sya Allah , nanti adalah pula lelaki lain datang meminang.
Tapi dlm dunia hari ini, pasangan yg sedang bercinta bukan sahaja tak malu mendedahkan gambar2 dan cerita2 peribadi kpd tatapan umum, malahan berbangga berbuat demikian. Kononnya nak tunjuk betapa "sweet"nya mereka.
Cerita2 "sweet" ni, bagi pasangan yg sah jadi suami isteripun tak manis jika didedahkan secara keterlaluan di media sosial, apatah lagi bagi pasangan yg belum berkahwin. Sesuci manapun niat pasangan tersebut tapi mereka masih lagi bukan muhrim. Jangan berbangga melakukan perkara2 yg tidak halal dan jangan menghalalkan perkara yg haram di sisi-Nya.
Tak salah kenal mengenali antara satu sama lain kerana tak ingin tersilap memilih pasangan hidup. Tapi caranya perlulah diredhai Allah.
In sya Allah kalau jodoh tak ke mana. Takkan lari gunung dikejar, hilang kabus nampaklah ia. Semoga dipermudahkan segala urusan yg baik. Selamat pengantin baru kpd semua yg ingin melangsungkan perkahwinan dlm musim cuti sekolah ini.

No comments:
Post a Comment