BAGAIMANA UNTUK MEMBERSIHKAN HATI?
1. Jalan Tasawuf
-Dengan mengamalkan pelbagai jenis zikir bagi penyucian hati, menghilangkan segala nafsu yang tidak baik seperti ammarah, lawwamah dan mulhamah, serta mengamalkan sifat-sifat mahmudah seperti sabar, redha, dan tawakal di dalam menghadapi pelbagai ujian hidup di dunia.
2. Jalan Makrifat
-Dengan menghilangkan keberadaan @ wujud diri atau pun lebih dikenali sebagai ke-AKU-an diri. Pulangkan semua sifat pinjaman (sifat maani) kepada tuan empunya sifat tersebut iaitu Allah Taala. Maka hati yang telah 'mati' dengan keAKUan diri tersebut akan 'hidup' dengan pancaran Nur Ilahi yang terang.
*Kedua-dua jalan adalah jalan yang benar di sisi Allah.. Jalan juga telah tersedia di hadapan anda.. Terserah kepada kalian bagaimana untuk berjalan.. Semoga selamat tiba ke destinasi yang dituju.. Amiin²
No comments:
Post a Comment