Sunday, 15 November 2015
Tazkirah
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه.
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:
TAZKIRAH HARI INI UNTUK RENUNGAN BERSAMA.
(Shah Alam, 6 November 2015).
5 PENYAKIT HATI KERANA DORONGAN HAWA NAFSU.
Manusia dalam menjalani kehidupan, tidak dapat melarikan diri dari pada ujian dan cubaan Allah SWT.
Adapun tujuan ujian ini bukanlah untuk menjauhkan manusia dari rahmat-Nya bahkan sebaliknya mendekatkan diri manusia kepada Allah SWT jika dia berjaya melaluinya dengan penuh kesabaran.
Hati yang bersih membentuk corak pemikiran yang baik manakala kekuatan akal yang sihat dapat membimbing hati ke arah kebenaran.
Adapun jauhnya hubungan manusia dengan Allah SWT disebabkan kerana nafsu Jika ia tidak dikawal dengan baik maka ia akan menimbulkan pelbagai jenis penyakit hati atas dorongan nafsu:
Adapun jenis penyakit hati kerana dorongan hawa nafsu di antaranya adalah:
1. Melakukan dosa yang berterusan (fasik).
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Hashr, ayat 19:
وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّهَ فَأَنسَاهُمْ أَنفُسَهُمْ أُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
Ertinya:
"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah SWT, lalu Allah SWT menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. mereka itulah orang-orang yang fasik". (QS. Al-Hasyr:19)
Fasik merupakan penyakit hati yang sangat bahaya kerana bukan sahaja ia terkesan pada hati seseorang itu bahkan pada amal zahirnya.
Bahkan kefasikan ini akan membawa manusia terus-menerus melakukan dosa-dosa yang lain jika tidak diubati dengan segera. Akhirnya, sukar untuk manusia melakukan perubahan kerana hati telah menjadi gelap gulita.
2. Menolak kebenaran yang disampaikan (sombong)
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Mu’min, ayat 35:
الَّذِينَ يُجَادِلُونَ فِي آيَاتِ اللَّهِ بِغَيْرِ سُلْطَانٍ أَتَاهُمْ كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ وَعِندَ الَّذِينَ آمَنُوا كَذَٰلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ
Ertinya:
(Iaitu) orang-orang yang memperdebatkan ayat-ayat Allah SWT tanpa alasan yang sampai kepada mereka, amat besar kemurkaan (bagi mereka) di sisi Allah SWT dan di sisi orang-orang yang beriman. Demikianlah Allah SWT mengunci mati hati orang yang sombong dan sewenang-wenangnya. (QS. Al-Mu’min :35).
Kesombongan merupakan suatu sikap yang sangat dibenci oleh Allah SWT. Syaitan dan iblis terdahulu juga diseksa bukan kerana mereka jahil terhadap Allah SWT, tetapi disebabkan kesombongan mereka.
3. Hilang pertimbangan akal (zalim).
Zalim yang dimaksudkan di sini adalah apabila manusia tidak meletakkan sesuatu pada tempat yang hak dan sepatutnya akibat hilangnya pertimbangan rasional akal kerana suka mengikut kehendak hawa nafsu.
Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an surah As-Saff, ayat 7:
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَىٰ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُوَ يُدْعَىٰ إِلَى الْإِسْلَامِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ.
Ertinya:
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah SWT sedang dia diajak kepada Islam? dan Allah SWT tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim.(QS. As-Saff :7).
4. Banyak melakukan maksiat.
Apabila manusia memiliki sifat-sifat ini maka mereka mudah terdorong untuk melakukan maksiat. Hal ini kerana hati manusia sudah gelap untuk menerima cahaya lebih lagi untuk membedakan antara kebaikan dan keburukan.
Allah SWT berfirman dalam surah Al-Mutaffifin, ayat 14:
كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Ertinya:
"Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka". (QS. Al-Mutoffifin:14).
5. Keseronokan yang melalaikan.
Kenikmatan dan keseronokan hidup di dunia sering membuat seseorang hamba itu lalai. Akhirnya, ia mengalami kebimbangan dalam hidupnya.
Firman Allah SWT dalam al-Qur’an :Surah Al-Araf, Verse 179:
وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِّنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لَّا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَّا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لَّا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَٰئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَٰئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ.
Ertinya:
"Dan sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan daripada jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah SWT) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah SWT ), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah SWT), mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai. (QS. Al-A’raf :179).
Ya Allah jauhkan diri kami dari berbagai penyakit hati. Tunjukkan kepada kami ya Allah jalan kebenaran iaitu jalan yang Engkau redhai. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!
Wallahu A'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam USM. (Ustaz Sihabuddin Muhaemin).
Catatan:
ILMU ITU HANYA MILIK ALLAH SWT UNTUK DISEBARKAN.
SILA KONGSIKAN DENGAN SESAMA SAUDARA.
Mudah-Mudahan bermanfaat Untuk Semua.
Di Dunia Dan Di Akhirat Nanti. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!
Kritik Dan Saran Yang Membina Sangat Dialu-alukan.
Sila tlp/sms kami, USM (012-6653988).
Atau layari laman facebook:
USM - Sihabuddin Muhaemin.
TERIMA KASIH.
(Shah Alam, 24 Muharram 1437 H).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment