Sunday, 15 November 2015

Tasawuf

Orang yang sentiasa menilik pandang dirinya sehabis-habis fakir dan hina pada sisi Tuhannya sahajalah yang mendapat sifat tawaduk yang sebenarnya dan dia akan diberi Allah Taala dengan pakaian kemulianNya.                 Syeikh Abdullah Al-Majzub


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

'Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?'

~Al An'aam 6:32

Bermula dunia itu haram bagi ahlli-akhirat dan akhirat itu haram bagi ahli- dunia dan kedua-dua itu dunia dan akhirat haram bagi ahli- Allah.... ُ


Barangsiapa yang tidak
memahami TAUHID yang
merupakan inti ajaran agama
Islam, maka sebenarnya ia
tidak memahami agama
meskipun ia mengakui
mempelajari ilmu ilmu
yang banyak.


Kesudahan syahadah itu diambil daripada Allah secara langsung tampa orang tengah.

Iaitu perhentian para Nabi dan Wali-Wali Allah.

Merekalah penyeru-penyeru manusia kepada mentauhidkan Allah.

Mereka telah ditalkinkan tauhidnya oleh Allah dan mereka diperintah oleh Allah mentalkinkan tauhidnya kepada manusia.

Allah Sendiri yg telah menafikan tuhan selain Dia dan Dia Sendiri yg mengisbatkan Ketuhanan bagi ZatNya.

Tiada Tuhan melainkan AKU(Allah)!

Inilah yg dinamakan hakikat syahadah anugerah kepada sesiapa yg dikehendaki oleh Allah.

Allah Maha Mutlak.

Tiada batas dan syarat bagi anugerah Allah.

WASSALAM

- KALAM QADIM


Sedikit cintamu kepada Allah tetap diperhatikan Allah.

Ahli Tauhid dalam penjara Tuhan, diikat dengan belenggu KeEsaan, ahli Tauhid adalah tawanan Allah, diasingkan batinnya daripada selain Allah dan ditolong dengan rahmatNya.

Bukan engkau yg melempar tetapi Allah yg melempar, bukan engkau yg membunuh tetapi Allah yg membunuh, dibunuhNya segala sesuatu selain Allah dalam hati dan akalmu.

Tiada tuduhan bagi Allah, Dia Maha Tunggal, KeEsaan, Dia sendirian, tiada sesuatu selain Dia, Allah tiada tersentuh pada alam, Dia tiada terikat dengan sesuatu.

Kemuliaan Allah adalah dengan ZatNya, bukan kerana Dia disembah, bukan kerana Dia diEsakan, bukan kerana Dia diisbatkan, bukan kerana Dia dipermuliakan, Dia Qadim, Dia tiada berhajat kepada ciptaanNya, Dia yg menciptakan segala sesuatu, Dia Yg Awal, Dia Yg Akhir, Dia Yg Zahir dan Dia Yg Batin, Dia Allah, tiada Tuhan selain Dia.

WASSALAM

- KALAM QADIM



No comments:

Post a Comment