Wednesday, 11 November 2015

Tasawuf kenal


MENGENAL DIRI DAN MENGENAL ALLAH :

Assalamualaikum. Sy misha dari temerloh pahang.
Izinkn sy bertanya... Hadis @ Ungkapan para Aulia silam iaitu "kenal diri kenal allah"

Mohon para ahli group tunjuk ajar sy bagaimana cara untuk mengenal diri kita supaya dpt kita mengenal allah. Terima kasih

〰〰〰〰๐Ÿ”ฑ〰〰〰〰

Selamat datang dik ke group yg tak seberapa ni.
.. terima kasih atas soalan yang adik ajukan tu ..

๐Ÿƒ.. in sha Allah, dengan izin-Nya, nanti nanti adalah yang akan menjawab persoalan adik tu walaupun bukan hari ini .. kami semua pun masih mencari apa yang adik pertanyakan tu .. takpa mudahan Allah "sampaikan" hajat adik tu ... jika tidak di sini, mungkin di tempat lain .. bersabar dik ...

๐Ÿƒ .. bila datangnya 'persoalan' agama di hati, pada hakikatnya persoalan itu hadir di dalam hati atas cetusan ilham daripada Allah jua. Sebelum Allah memberitahu kita jawapan dari persoalan tersebut, diilham-Nya kita untuk bertanya dan jawapannya telah Allah sediakan buat kita. Itulah salah satu cari Allah ingin memberi kita ilmu-Nya (*petunjuk agama).

๐ŸƒContoh jika Allah ingin memberi kita kefahaman ilmu. Jika Allah ingin memberi sesuatu makanan lazat kepada seseorang hamba-Nya (*aiskrim & laksa). Lalu diilham-Nya kita 'mengidam' menginginkan 2 makanan tersebut, lalu kita mendapatkannya. Kita sangka kita memakan 2 makanan ini atas kerana "kita idamkannya" ..

๐Ÿƒ.. Sebenarnya Dialah yang ingin memberi kita "merasai" makanan tersebut. Begitu jugalah dengan persoalan ilmu pengetahuan agama. Pada saat Allah ingin memberitahu kita sesuatu ilmu-ilmu dari-Nya, terlebih dahulu Allah telah mengikhamkan persoalan tersebut di hati kita, lalu Dia jugalah yang menyediakan jawapan dari persoalan yang terwujud di hati kita. Sebenarnya Allah ingin "mengajari" kita tentang Diri-Nya sendiri, lalu diilham-Nya kita untuk bertanya. Segalanya berasal dari Allah jua.

〰๐Ÿƒ〰๐Ÿƒ〰๐Ÿƒ〰๐Ÿƒ〰

๐ŸƒASAS KENAL DIRI DAN KENAL ALLAH (AWAM) :
Kenal diri dan kenal Allah tu ... secara asasnya .. suatu proses menuju Allah taala .. suatu proses untuk "sampai" ke maqam tertinggi di sisi Allah, iaitu mencintai Allah dan dicintai Allah, dengan menempuh dan melalui suatu garis panduan yang telah 'ditetapkan' oleh para Wali Wali silam bagi menuju Allah SWT.

Kenal Diri & Kenal Allah itu juga dikenali sebagai suatu proses "Mencari Tuhan" .. namun akal dan keilmuan kita sangat terbatas untuk mencari-Nya. Usahkan untuk mencari Allah, ingin mencari benda yang hilangpun sangat susah, apa lagi untuk mencari sesuatu yang maha ghaib dari pandangan zahir ini, malah kita tidak pernah berpeluang melihat-Nya sama sekali.

Maka sebelum untuk dapat mencari Allah itu, jika wajib mengenal sifat sifat Tuhan yang kita cari itu. Sebelum kita dapat mencari suami atau isteri, terlebih dahulu kita wajib mengetahui sedalamnya sifat-sifat "Kekasih" yang akan kita cari itu. Kenal sifat-Nya terlebih dahulu sebelum kita "tabalkan" TUHAN yang kita cari itu sebagai "Kekasih" yang dicintai sepenuh jiwa raga kita. Tetapi "cinta" itu tidak akan terbit di sanubari hati selagi mana kita masih belum "mengenali" Diri-Nya dan mengenal akan sifat-sifat yang dimiliki-Nya.

๐ŸƒKita jatuh hati kepada makhluk Allah melalui 4 sumber utama, iaitu :
1) Jatuh Cinta atas kerana SIFAT DIRI-NYA
2) Jatuh Cinta atas kerana KEMESRAAN-NYA
3) Jatuh Cinta atas kerana KECANTIKAN WAJAH-NYA
4) Jatuh Cinta atas kerana si-dia MENCINTAI KITA.

Tapi mungkinkah kita bisa "Jatuh Cinta" kepada makhluk Allah yang memang "langsung" kita tidak pernah 'mengenalinya', tidak pernah kenal sifatnya, tidak pernah terpandang wajahnya? .. Jawapannya sudah tentu tidak, Cinta tidak mungkin akan hadir di hati sekiranya kita langsung tidak mengenal peribadi-peribadi makhluk tersebut. Maka begitulah dengan Allah SWT.

Allah 'tidak mahu' berfirman : "Wahai Manusia Yang Aku Kasihi, Cintailah Aku Tuhan-Mu" ... Allah tidak akan berfirman seperti itu atas kerana Allah maha mengetahui bahawa CINTA itu bukanlah sesuatu "benda" yang boleh dipaksa-paksa agar ia terbit dari hati. :-)

๐ŸƒTetapi Allah cuma memberi "kiasan" isyarat Cinta-Nya dengan diilhamkan pada Lidah para Kekasih-Kekasih-Nya (Nabi & Wali) dengan ayat :
"KENAL(lah) DIRI .. KENAL(lah) ALLAH" ...

๐ŸƒAtas kerana dari KENALLAH akan melahirkan CINTA.
Pepatah melayu ada menyebut :
"JIKA TIDAK KENAL MAKA TIDAK CINTA"

๐ŸƒMENCINTAI ALLAH SETELAH MENGENALI-NYA

... Allah meminta kita mengenali-Nya agar terbitnya rasa Cinta itu kepada-Nya dengan "sendirinya" tampa paksaan. Tetapi jika kita masih lebih 'mencintai' makhluk daripada mencintai Allah .. di sisi ilmu Allah, kita masih di anggap oleh Allah sebagai hamba-hamba-Nya yang masih "syirik" kepada-Nya. Rasulullah bersabda : "Iman kamu masih tidak sempurna selagimana hati masih mencintai makhluk daripada Allah SWT sendiri.

✨(*Status "Tak Sempurna Iman" ni seperti Sabdaan Nabi di atas adalah suatu status hati yang masih tercela pada penglihatan & penilaian Allah & Rasul SAW)

Syirik secara asasnya membawa erti : "Melebihkan makhluk daripada diri Allah sendiri" .. atau "bergantung" hati kepada 'sesuatu' selain daripada Allah taala.


๐Ÿƒ APA ITU KENAL DIRI SECARA ASASNYA?

Kenal diri dan kenal Allah itu susunan bahasa yang benar adalah "Mengenal Allah melalui jalan Mengenal diri sendiri terlebih dahulu .. iaitu belajar mengenali satu persatu sifat-sifat pada diri dan yang ada pada Allah SWT sendiri.

๐Ÿ€ Mengenal sifat-sifat kelemahan dan kehambaan pada diri (Insan) yang tiada pada sifat Zat Allah (Tuhan)
๐Ÿ€Mengenal sifat-sifat Tuhan yang "tersembunyi" pada diri Insan ...
๐Ÿ€Mengenal sifat-sifat Insan yang dipinjamkan daripada sifat-sifat Tuhan.
๐Ÿ€Mengenal sifat-sifat Tuhan yang haram dipakai pada sifat-sifat Insan ..
๐Ÿ€Mengenal sifat-sifat Tuhan yang wajib dipakai pada sifat Insan ..

Proses awalannya adalah pembersihan diri yakni ; Roh, Jasad, Akal dan Hati ..

๐Ÿ€ Atas kerana orang orang yang masih belum 'membersihkan' 4 hal ini, maka terhalanglah ia dari "mengenal Allah" itu ..

๐ŸƒHati yang kotor tidak akan sampai ke tempat yang suci ..
๐ŸƒAkal yang kotor tidak akan sampai ke tempat yang suci ..
๐ŸƒJasad yang kotor tidak akan sampai ke tempat yang suci ..
๐ŸƒRoh yang kotor tidak akan sampai kr tempat yang suci ..

๐Ÿ€ Jika 4 hal ini telah suci dan di bersihkan ... maka Nafsu insanpun akan bertukar dari sifat Haiwan yang buas kepada sifat Kemalaikatan "bagaikan" Malaikat yang tidak mempunyai Nafsu itu ... "kosong nafsu"  .. nafsu sudah tidak mampu mempengaruhi dirinya .. pada saat itu, jadilah nafsu itu sebagai kuda putih yang kita tunggangi, tetapi bukannya kuda hitam (nafsu haiwan) yang menunggani diri kita.

Itulah proses-proses awalan secara asasnya dalam "mengenal Allah" melalui jalan "pembersihan diri" ..
Kenal sifat diri (Insan yang bukan Tuhan) dengan "memakaikan" pada diri dengan sifat-sifat Insan.

๐Ÿ”ฑ Kenali sifat-sifat TUHAN yang HARAM dipakaikan pada diri INSAN.
๐Ÿ”ฑ Dan kenali juga sifat-sifat TUHAN yang WAJIB dipakai pada diri INSAN.

๐Ÿ€ Tetapi majority 95& umat manusia pada zaman ini, MEREKA MASIH "MEMAKAI" SIFAT SIFAT TUHAN YANG DIHARAMKAN DIPAKAI PADA DIRI INSAN. DALAM MASA YANG SAMA, MEREKA MASIH GAGAL DARI MEMAKAI SIFAT-SIFAT TUHAN YANG WAJIB DIPAKAI PADA DIRI INSAN.

๐Ÿ’– SIFAT TUHAN YANG DIHARAMKAN BAGI INSAN :
Mencela
Mengutuk
Menghina
Mengaibkan
Membesar diri
Sombong
Takabur
Bongkak
Riyak
Murka (Marah)
Pencemburu
Berlebihan
Berkuasa
Rasa Berkuasa
Menguasai
Rasa Menguasi
Hebat
Merasa Hebat
Tinggi
Meninggi Diri
Rendah Merendahkan (Makhluk)
Kaya Maha Kaya dll.

*Orang kaya lebih ramai memasuki neraka dari org miskin. Majority manusia yang "Memakai" Sifat Allah .. mereka dibinasakan Allah kesemuanya, penghuni jahanam.

๐Ÿ’– SIFAT TUHAN YANG DIWAJIBKAN BAGI INSAN :
Pecinta
Penyayang
Pengasih
Pemaaf
Pemurah
Pengasihan
Perihatin
Rendah Diri dll

๐Ÿƒ*Allah merendahkan Diri-Nya kepada makhluk-Nya, diizin-Nya kita untuk "mencintai" Diri-Nya TUHAN MAHA AGONG LAGI MAHA TERCANTIK! Orang yang tak cantikpun Allah izinkan 'mereka' untuk mencintai Diri-Nya yang Maha Tercantik! Tidakkah kamu melihatnya betapa Allah merendahkan diri-Nya kepada diri kamu? Maka adakah patut kamu "meninggikan diri" atas sesama makhluk-Nya?

JALAN PANJANG DAN JALAN PENDEK DALAM MENGENAL ALLAH :
๐Ÿ€ Jalan panjang untuk mengenal Allah adalah melalui jalan-jalan "mengenal diri.

๐Ÿ€ Tetapi jalan "pendek" untuk mengenal Allah adalah melalui jalan : Kenal Allah dengan Allah .. yakni Mengenal Allah dengan "bantuan" Allah ... Bukannya atas usaha kita dalam mengenali Dia ... tapi Dia sendiri akan Memperkenalkan Diri-Nya kepada kita melalui pelbagai cara dan jalan-jalan-Nya. Tetapi jalan kedua ini hanya untuk golongan 'khusus' sahaja.

๐Ÿ€Antara jalannya untuk mengenal Allah adalah melalui Jalan Jalan Para Wali @ Jalan yang ditempuh oleh golongan SUFI ... iaitu "kenal Allah dengan Allah", atas kerana jika Allah tidak sudi memperkenalkan Diri-Nya kepada kita, maka tidaklah kita akan mengenali-Nya dengan sebenar-benarnya walaupun sudah ribuan kitab yang kita baca dan sudah ribuan guru yang kita berguru, tapi jika Allah tak izinkan maka kita tidak mampu mengenali diri-Nya.

Kenal Allah bukan dengan Akal tetapi dengan Hati.
Melihat Allah bukan dengan Mata zahir tetapi dengan menggunakan Mata Hati.
Mengetahui tentang Allah bukan dengan ilmu manusia, tetapi mengetahui tentang Allah dengan ilmu dari-Nya - Pengetahuan Laduni yang disiram Allah pada permukaan Hati dengan Cahaya-Nya. Dari Cahaya itulah datangnya "Kefahaman Hati" tentang Diri-Nya Allah. Cahaya Laduni itulah jambatan-jambatan ilmu antara kita dengan Allah. Dari Cahaya itu datangnya pengertian tentang Ketuhanan-Nya Allah hingga timbulnya rasa Cinta kita di hati kepada-Nya.

Awalan proses Kenal Diri ini adalah menjalani proses membersihkan maqam nafsu diri .. dari nafsu Ammarah .. dibersihkan hingga meninggi ke maqam nafsu diri yang lebih tinggi hingga ke maqam nafsu para Wali Wali Allah. Lagi tinggi maqam nafsu diri (kebersihannya) maka lebih dekat kita dengan Allah .. Semasa dlm proses mengenal diri tu, wajib ada ilmu tentang maqam maqam nafsu insan. Jika tampa ilmu pengetahuan, nescaya kita gagal untuk mengenal diri .. maka jauhlah lagi untuk mengenal Tuhan.

Itulah secara asasnya (basic) Kenal Diri & Kenal Allah menurut pandangan para Salafussoleh Wali Wali silam. Hamba sekadar menokok tambah sahaja. Tetapi ilmu ini sudah berkubur diangkat kembali Allah ke langit. wallahu'alam.

〰๐Ÿƒ〰๐Ÿƒ〰๐Ÿƒ〰๐Ÿƒ〰
Note : .. Telah munculnya pada hari ini ilmu-ilmu Kenal Diri "versi moden" yang dicop sebagai ilmu Hakikat (*ilmu mengakui diri tu adalah hakekat Ketuhanan - Recycle dari ilmu Wahdatul wujud), padahal ia menyimpang dari jalan-jalan yang dilalui oleh para Salafussoleh Wali Wali silam. Pada mereka, "itulah" ilmu hakekat mengenal diri & mengenal Allah, tapi sebenarnya ia adalah ilmu-ilmu yang menyimpang dari petunjuk Nas al Quran dan Hadis.. itulah Ilmu hakekat benih-benih ajaran batiniah syiah yang menyesatkan @ ilmu berteraskan akal semata hingga mereka MEMPERTUHANKAN SAIDINA ALI DAN BASYAR ARSYAD DI SYIRIA - itulah ilmu ajaran batiniah versi Syiah yang dicedok pakai oleh sebahagian ahli hakekat kita. Sesat di dalam cahaya.

Ilmu Hulul Al Hallaj & ilmu Wahdatul Wujud Ibnu Arabi tetapi cuba ditafsifkan dengan akal oleh golongan "awam" yang tidak sampai maqam Wali Wali ... Seumpama Budak Darjah 3 yang cuba-cuba menduduki peperiksaan Ijazah/PHD di university (?) ... apakah mereka mampu menafsirkan ilmu-ilmu tinggi Wali Wali itu menggunakan "ilmu Akal" mereka yang terbatas itu sedangkan mereka bukan bermaqam wali wali Allah lagi? Wallahu'alam.

.. bersambung di lain waktu adik, in sha Allah .. aamiin.๐Ÿ”ฑ

No comments:

Post a Comment