Monday, 20 July 2015

Tasawuf panjang


👆🍀Perkongsian audio tentang Akhlak (zahir) dan Adab Baginda Rasulullah SAW oleh : Habib Agil Bin Husin Syekh Abubakar

⊙N a s i h a t - N a s i h a t - K e r o h a n i a n :
⊙Khusus Buat Para Penyeru Akhir Zaman⊙

♨➰♨➰♨➰♨➰♨➰♨
1) TAZKIRAH AKHLAK ZAHIR (LUARAN JASAD)
2) SEJARAH RINGKAS ILMU TASAWUF SUFI.
3) SIFAT MENINGGI DIRI ATAS ILMU ALLAH.
4) NASIHAT ADAB DLM MENYAMPAIKAN ILMU.
5) PESANAN BUAT PARA ALIM AGAMAWAN.
6) KENALKAN UMAT KEPADA TUHAN-NYA.
7) DIDIK UMAT AGAR MENCINTAI TUHAN-NYA.

⊙Ilmu Sunnah ◎ adalah berisi ilmu Akhlak Zahir.
⊙Ilmu Tasawuf◎ adalah berisi ilmu Akhlak Batin.
(Namun asalnya Tasawuf itu adalah dari hadis jua)

⊙ Bismillah : Di dalam hadis Nabi SAW ada juga menjelaskan tentang ilmu akhlak batin ini (bukan sekadar tentang akhlak zahir semata seperti rakaman audio di atas).. Hadis hadis berkenaan ilmu "akhlak hati" tersebut telah dikumpul dan disaring oleh Sahabat Nabi SAW bernama Huzaifah Al Yamani r.a (guru kepada imam Sufi/Tasawuf Hassan Al Basri), beliau telah mengumpul dan meminta daripada Rasulullah SAW hadis hadis berkenaan hal hal yang menyebabkan kerosakan amal soleh, jiwa, hati dan hal hal yang meretakkan ikatan hubungan antara seorang hamba dan Tuhannya..

Lalu rahsia "batin" hadis hadis ini telah Hasan Al Basri terjemah dan rungkaikan secara mendetail dan mendalam perkara perkara rahsia yang menyebabkan hati dan amal soleh seseorang hamba Allah yang muslim menjadi "ROSAK" hingga menyebabkan Allah SWT menolak amalannya dan menjauhkan diri-Nya dari diri si hamba yang malang lagi tercela jiwanya dalam "Pandangan Allah SWT" itu, padahal mereka (golongan alim, abid ahli "ilmu zahir") tidak mengetahui akan hal hal tercela ini yang tersembunyi di dalam hati mereka.

Maka, bermula dari ilmu hadis tentang hal hal yang "merosakkan amal soleh ini (dari Huzaifah Al Yamani inilah) lalu diteruskan oleh anak muridnya Sufi Hasan Al-Basri (dll) .. hingga terbentuklah ilmu "baharu" dari ajaran nabi SAW yang bernama ilmu Tasawuf, dan orang-orang yang membawa dan menyebarkan ilmu "akhlak hati" ini ataupun disebut sebagai ilmu "batin Islam", mereka dikenali sebagai ahli Sufi ataupun selepas 150 hijrah mereka dikenali sebagai orang-orang Tasawuf @ ahli Tasawuf iaitu suatu golongan yang menuju Allah SWT melalui JALAN "PEMBERSIHAN JIWA DAN PENJAGAAN HATI DARI SIFAT SIFAT TERCELA YANG DIBENCI OLEH ALLAH SWT..

.. Pada awalan 150 - 200 hijrah ia lebih dikenali sebagai ilmu KEROHANIAN ISLAM (ilmu batin islam) dan pelopor pembawa ajaran ini dikenali sebagai KAUM SUFI .. ia adalah ilmu yang bersanad secara batin kerohanian, bermula dari sanad hadis Rasulullah sendiri, dari Rasulullah, Huzaifah al Yamani r.a, Imam Sufi Hassan al Basri (dan anak muridnya), Imam Sufi Junaid al Baghdady, Imam Sufi Sahal Abdullah At Tustari, Imam Sufi Malik Bin Dinar, Imam Sufi Sufian Ats Tsury, Imam Sufi Ibrahim Adham dan ramai lagi .. mereka ini dikenali sebagai Sufi Salafussoleh (Wali-Wali berkaramah silam) generasi terawal 100 - 200++ hijrah yang telah mendirikan zawiyah-zawiyah (pondok) kesufian bagi menyebarkan ilmu Tasawuf ini kepada masyarakat awam dan "khusus".

Anak murid dari zawiyah-zawiyah Kerohanian Imam-Imam Sufi ini beratus dan beribu orang "newbie Sufi" & "arifbillah Sufi", yang dikhususkan bagi mendidik ilmu ilmu Kerohanian (ilmu batin islam semata) disamping mereka tidak mengabaikan ilmu fiq, al quran dan hadis islam.

Pada zaman imam imam Sufi di atas inilah juga lahirnya Imam-Imam bagi Ilmu Fekah (Fiq) atau lebih dikenali sebagai ILMU SYARIAT ISLAM (ilmu Zahir) yang dikususkan bagi persoalan ilmu-ilmu amalan zahir islam @ syariat agama dari Nas Al Quran dan Hadis-Hadis "zahir" Nabi SAW.

Imam-Imam ilmu Fekah inilah yang dikenali sebagai imam Mazhab seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam As Syafie, Imam Hambali ... tapi mereka ini hanya berkearifan ilmu Zahir Syariat Islam semata .. dan Imam-Imam Sufi di atas yang "sezaman" dengan imam 4 mazhab ini, adalah dikususkan Allah SWT bagi mereka untuk menyebarkan ilmu "Batin Islam" @ Ilmu Kerohanian (Tasawuf Sufi & Fekah Syariat).

Agama islam membangun dan berkembang "HIDUP" bersumber dari 2 buah lautan ilmu di atas ini (ilmu Syariat dan Tasawuf). Dan dua lautan ilmu ini (ilmu Fekah dan Tasawuf) sumber utamanya adalah al-Quran dan Hadis-Hadis Nabi SAW + (extra : Laduni Sufi). Jika tiada Al Quran, maka tiadalah ilmu Fekah. Dan jika tiada Hadis SAW, maka tiadalah ilmu Tasawuf. Dan kedua-dua ilmu ini Wajib dikuasai bagi setiap umat islam yang ingin menjadi "mukmin sejati" yang diredhai Allah SWT.
Nak tak nak, ia wajib belajar.. Jika tak belajar fekah, maka jadilah jahil fekah sampai tua. Dan jika tak belajar tasawuf, maka jadilah jahil tasawuf sampai mati.

Imam-Imam Mazhab dan imam Sufi di atas ini saling berguru sesama mereka, dan diantara guru guru Imam Malik dan As Syafie adalah terdiri dari Imam Imam Sufi yang sezaman dengannya atas kerana "ilmu Kerohanian" islam yang "tinggi-tinggi" ini hanya dikuasai dan dipelopori oleh kaum Sufi semata.

Sebijak bijak Musa a.s (ahli syariat), Allah SWT memintanya berguru dengan keilmuan Khidir a.s (ahli kerohanian batin islam), dan sebagai seorang muslim yang beriman (*para imam-imam Mazhab dan para alim ulama silam), mereka tidak pernah merasai pada diri mereka : "merekalah" yang paling bijak arif dalam segala hal hal ilmu agama. Tetap mereka selalu merendah diri dengan ilmu-Nya, tidak mencaci-caci makhluk dengan menggunakan ilmu@hadis@nas - sebagai "senjata" .. ini namanya salah guna ilmu pengetahuan.

Cukuplah kisah Musa a.s yang merasa "bijak" itu dijadikan pedoman buat kita baik yang awam ataupun golongan alim agamawan agar sentiasa bersifat "merendah diri" dengan keilmuan yang telah Allah beri atas diri mereka, kerana setiap ilmu darinya adalah PINJAMAN-NYA, jika meninggi diri, berkat ilmu akan hilang, ilmunya kita "dapat" tapi tiada "manfaat" pada dirinya, bagaikan unta yang memikul kitab ilmu.

 DIA yakni Allah SWT menurunkan keilmuan tersebut mengikut SUKATAN-SUKATAN YANG TELAH DITENTUKAN-NYA BAGI DIRI KAMU ATAU SESIAPA SAHAJA YANG DIKEHENDAKI-NYA, dan terdapatnya ilmu-ilmu "DARI-NYA" yang TIDAK ALLAH WARISI KESELURUHANNYA kepadamu atau hanya pada sesuatu golongan sahaja, tetapi ilmu 'tersembunyi' tersebut ditumpahkan Allah SWT kepada para hamba-hamba-Nya yang dikehendaki yang "lebih berhak" memilikinya daripada dirimu sendiri mengikut sukatan-sukatan yang telah "ditetapkan" oleh-Nya atas setiapa para hamba-hamba-Nya.

Jadilah diri kamu seorang insan yang beriman dengan ilmu pemberian dari-Nya sama ada secara terus atau melalui insan lain yang ditugaskan untuk disampaikan "khususk untuk diri kamu semata (mustahil Allah akan menjelmakan diri utk mengajarkan ilmu tersebut secara "nyata", lalu DIA "mengirimkan" kamu bayang-bayang-Nya sebagai "penyampai Kalam"). Redhalah setiap ilmu-ilmu-Nya dan sabar atas ilmu-ilmu-Nya yang belum diizinkan-Nya untuk dirimu memiliki dan menguasainya.

 Ilmu-ilmu Allah yang Tinggi Tinggi itu tidak akan ditumpahkan cahayanya oleh Allah SWT ke dalam hati-hati para hamba-Nya yang masih ada sebesar debu sifat "meninggi diri" dengan ilmu-ilmu yang telah dikurniakan-Nya atas diri kamu bagi menguji hatimu sejauh mana kamu mampu untuk memikul beban lmu-ilmu yang telah 'ditumpahkan-Nya' sedikit di dalam hatimu sebelum ini. Jika tahu bersyukur, Dia akan memberinya lagi dan lagi. Tetapi janganlah mudah "terpesona" atas ujian-Nya .. kerana Ayahmu si Azazil itupun dulu lebih hebat kealimannya, ilmunya, ibadahnya, maqamnya tetapi saat dia "diuji Allah" ... dia "gagal" ... adakah kamu mengetahui mengapa Azazil menjadi terlaknat?

... tahu tak? ... oh bukan  atas sebab dia melakukan "dosa zahir" atau berdosa atas kerana dia berbogel seperti adam dengan hawa.. tetapi dia menjadi "Tercela" hingga "Terlaknat" atas kerana adanya sifat hatinya yang "MENINGGI DIRI" dan "MEMANDANG RENDAH" Adam a.s yang dirasanya hina tidak sebagus alim dirinya.

Ketahuilah bahawa 2 sifat tercela ini yang masih "membaluti" hatimu itu, pada asalnya adalah dari sifat ayahmu si Azazil a.s ... Adam a.s hanya akan menjadi "bapamu" setelah kamu membuang 2 sifat warisan Azazil laknatullah ini dari terus membaluti hatimu.

Cukuplah kisah Musa (meninggi diri) dan Azazil (meninggi diri) ini menjadi sebagai pedoman kita semua dalam mengharungi kehidupan yang fana ini ..

.. dan binasalah kamu dan saya jika sebarang kurniaan pinjaman Allah tersebut menyebabkan diri menjadi sombong, angkuh meninggi diri dikalangan insan-insan yang masih belum mengetahui. Ilmu Allah itu bukanlah mutlak milik kita, tetapi ia adalah "milik" para hamba-hamba-Nya, dan kamu hanya "diamanahkan" untuk menyampaikannya kepada mereka-mereka yang "berhak memilikinya." Hanya orang tolol sahaja yang "meninggi diri" dengan "barang-barang" PINJAMAN ALLAH : baik ilmu, pangkat, darjat, maqam, wajah, harta, wang, status diri, kaya, raja, alim, ulama, wali-wali, jubah, serban, kopiah, songkok dll .. semua itu adalah "barang pinjaman-Nya" yang bukan milikmu "selamanya ... ... alangkah bodohnya kamu jika kamu meninggi diri (riyak) atas kerana "barang-barang fana" itu hingga dirimu dicampakkan oleh Allah di dalam jahanam. Nauzubillah'minzalik!!

"Berlindunglah kami dengan Allah dari sifat sifat tercela yang membinasakan ini! Ya Allah, lingdungilah kami dengan hijab-hijab kehinaan agar tidak manusia memandang kami tinggi dan mulia sehingga kemuliaan dan pujian itu menjadikan diri dan hati kami binasa kerna tewas dalam menjagainya. Berilah kami "pakaian-pakaian" kehinaan silam hingga ia menutup ruang hati kami dari rasa "ketinggian" dari segala pinjaman-pinjaman-Mu ... hanya pada-Mu kami berlindung hati - aamin.

note : Mesej buat para alim ulama abid sufi wali wali agar menjaga diri dari sifat sombong diri & uljub ilmu, status, serta "amal soleh" .. Azazil itu lebih hebat amal solehnya dari kamu, tapi "dia dibinasakan Allah" atas kerana buruk "akhlak hatinya" pada pandangan Allah SWT.

Ilmu yang diberikan-Nya bukanlah untuk dibangga-banggakan ... *hati berdesing : "oh akulah pewaris anbia" ... akulah alim, akulah ulama, akulah wali yang Allah muliakan itu? tapi umat yang kamu didik bertahun tahun, mereka itu tidak juga menjadi se-alimmu(dimana silapnya?), padahal Rasulullah menyebarkan ilmu-Nya hingga menjadikan semua para Sahabat menjadi "sama bijak" dan "sama arif" .. mereka semua adalah Ulama yang mampu beristihad dengan ilmu yang Rasulullah tumpahkan di dalam dada dada mereka.

Tetapi berbeza zaman ini, pada saat kita menurunkan ilmu-Nya kepada masyarakat awam bawahan, namun 'ego' tersembunyi "kemuliaan diri" yang dipakaikan Allah pada diri kamu (sebagai alim) masih tidak kamu "turunkan" sama pada saat kamu menurunkan ilmu-ilmu-Nya atas para hamba-hamba-Nya. Maka masyarakat awam (audian) lebih melihat "ketinggian kamu" daripada 'ketinggian' ilmu yang kamu sampaikan kepada diri mereka

... Sangat berbeza wali wali silam, mereka kelihatan "rendah" dan hina, tetapi menyampaikan ilmu-ilmu yang sangat bermanfaat pada hati, jalan "keselamatan umat" dari kebinasaan Nar. Tetapi jika sebaliknya berlaku, maka orang-orang hanya akan lebih mengingati 'ketinggian' diri kamu daripada ilmu yang kamu sampaikan kepada mereka. Demi Allah, apa yang kamu sampaikan kepada umat itu masih tidak mencukupi! Sudah sampai masanya untuk kamu "memperkenalkan" mereka dengan Tuhan yang mereka sembah. Ajari mereka agar mencintai Allah - kenalkanlah mereka dengan sifat Keindahan & Kecantikan Allah SWT agar dengannya hal itu hati mereka bisa dididik agar mencintai Allah, inilah lagu-lagu para Wali-Wali silam. maka dari situlah kuncinya "ketaatan" dalam ibadah dan "rahsia khusyuknya" solat serta terzahirnya sifat Iklas di dalam ketaatan. Yang dikejar mereka bukan lagi upah Syurga, tetapi Allah yang Maha Terindah! (lihatlah kiasan-Nya wajah wajah manusia). Jangan "nyanyikan" umat dengan lagu-lagu yang "sama" .. taatlah, solatlah, puasalah, bersedekahlah, takut neraka dll ... semua ini "telah mereka TAHU tampa perlu kamu memberitahu mereka. Ajari dan didiklah mereka dengan sesuatu yang belum pernah mereka "dengari" ... lagu-lagu baru dari "zaman silam" .. syair silam Wali-Wali Pahlawan Tuhan ... (adakah kamu tidak pandai menyanyikan lagu silam itu? Kan kamu pewaris anbia?) Kemana hilangnya "tinta-tinta" para Aulia silam pada lidahmu? Adakah ia telah "hilang" dari hatimu? Atau Allah telah mencabutkannya dari hati kamu hingga kamu jadi para alim yang buta tuhan di akhir zaman? Tanya diri kamu, selama mana kamu ingin membiarkan umat buta Tuhannya? mereka lebih "kenal" kalam Al Quran daripada "kenal" Tuhan kepada Al Quran itu sendiri? Tidakkah kamu "melihatnya" jika kamu memang benar mempunyai mata hati yang "celek" ?

Kemana hilangnya para Imam Imam Tasawuf silam? Masih adakah yang masih tersisa pada zaman ini? Adakah yang keluar di kaca kaca TV setiap hari itu adalah para Imam-Imam kutub ilmu yang buta Tuhannya? Mengapa kamu berasa malu mengatakan tentang "Ketuhanan Allah" pada khalayak awam? sedangkan Allah tidak pun barasa malu meninggikan maqammu sebagai para ulama yang dimuliakan umat dikhalayak awam? Begitukah tandanya kamu mengucapkan syukur atas nikmat-Nya itu? Allah maha "Terindah" dan maha "Tercantik" ... janganlah malu membicarakan tentang Allah dihadapan para makhluk-Nya. mengapa kamu harus malu atau takut? Bagaimana umat bisa taat kepada Tuhannya dengan penuh "IKLAS" sedangkan mereka tidak "MENGENAL" APA YANG MEREKA SEMBAHKAN ITU? Orang yang buta, kamu paksa dia agar patuh saat (atau cinta) kepada sesuatu yang ia tidak "kenal" .. jika adanya taatpun, namun iklasnya tiada. "Tidak sempurna iman seseorang itu sebelum mana Allah dan Nabinya "lebih" ia cintai dari segala-galanya." (*Siapakah yang akan mendidik umat agar mencintai Allah melebihi dari "segalanya" ? Tugas siapa? )

Mengapakah para alim pada zaman ini gagal memperkenalkan umat kepada Allah, jauh sekali untuk mendidik umat agar "mencintai" Allah?.. Ini berpunca daripada sikap hatimu dalam menyampaikan ilmu-ilmu-Nya. Ilmu Allah yang kamu "turunkan" atas masyarakat itu pada saat "kesombongan batinmu" masih lagi tidak kamu "diturunkan sama" ... suara lidahmu merendah halus tetapi suara hatimu keras meninggi diri. maka menjadi ilmu yang disampaikan itu kurang memberi "kesan" pada hati-hati yang mendengarkan nasihat-nasihat yang kamu sampaikan (nasihat sama). Allah hilang dari hati bila sekiranya diri masih meninggi .. maka gagallah kamu untuk membicarakan tentang Allah dan tentang Cinta-Nya kepada para hamba-hamba-Nya.

Rendahkanlah dirimu pada saat ilmu-Nya disebarkan atas umat yang menjadi tanggungjawab di bahumu. Kami sekadar insan-insan hina yang tidak layak memberi pesan kepadamu, maka siapakah lagi yang akan memberi nasihat ini kepadamu selepas ini? janganlah sombong dalam mendengarkan nasihat, nanti celaka kesalahanmu akan berganda 2 kali lagi.. aduhai ...

Diiberi-Nya kamu ilmu dari-Nya agar kamu menyebarkannya kepada para hamba-Nya yang belum mengetahuinya dari pesanan-pesanan silam (Wali-Wali).. moga-moga mereka menjadi "lebih alim" dari dirimu sendiri. Itulah ajaran ilmu yang disampaikan oleh Imam Malik hingga Imam As Shafie dididik menjadi lebih alim daripada dirinya sendiri. Inilah para ulama yang iklas menyebarkan ilmu Allah, mereka tidak takut atau berasa terhina sekiranya anak murid mereka lebih bijak dan alim dari diri mereka sendiri. Dan atas kerana itulah Rasulullah "berjaya" melahirkan ramai Wali Wali Syariat dan Wali Wali Hakekat.

.. selagi mana masih ada lagi insan insan alim yang seperti sifatnya Musa a.s itu (agamawan yang meninggi diri secara Sir), maka selagi itulah Allah SWT tidak akan bosan untuk "mengirimkan" insan-insan seperti sifatnya Khidir a.s sebagai "penasihat" bagi golongan yang bersifatnya seperti sifat "hatinya" Musa a.s itu. Mereka tidak akan pupus selamanya dalam memberi "pesan" sekalipun nasihat itu tidaklah begitu dihargai serta bosan didengari ..

.. namun itu semua tidak penting. Tugas penyeru cuma "menyampaikan" pesanan-pesanan Allah semata, lalu mereka mengutip pahala-pahala kebaikan itu sebagai bekalan mereka di alam barzah kelak.

"Selagi mana adanya "batu" Kebatilan di atas muka bumi ini, maka di situ juga Allah SWT akan meletakkan "air" Kebenaran-Nya dari langit tinggi bagi melekukkan permukaan batu-batu yang masih lagi keras membatu. (Buat hati yang inginkan Peringatan dari langit).

Tazkirah Syawal - Penutup Ramadan 2015

Note:®maaf pada yang tersinggung hati, tidak berniat ditujukan buat sesiapa, disebarkan secara rambang di mana-mana - penulis bukan ustaz, jadi maaf atas segala kekurangan dlm penulisan sebagai insan awam biasa. maaf jika isinya merepek sikit :-) namun, berpesan-pesan adalah hal yang berpahala di sisi-Nya. Islam itu agama nasihat ... "ubat doktor" biasanya pahit, tetapi pahit yang "mengubati" .. husnuzon (the end) wslm. 🙏

⊙penjaga makam sufi⊙™ ^_^

No comments:

Post a Comment