Monday 27 July 2015

Tasawuf taubat &wali

Maksiat yg merasa hina dirii kepada Allah adalah terlebih baik daripada taat yg merasa wujub kepada diri sendiri!

Dosa adalah kenderaan menuju kepada Allah dan ramai pendosa yg  bertaubat akhirnya menjadi kekasih Allah!


MEMBALAS FATWA SESAT MENYESAT DR.MAZA

By : Tuan Nizam Group Malaysia Cinta Rasul.

BERHATI-HATILAH DENGAN GOLONGAN YANG MENDAKWA MEREKA BERPEGANG MENGIKUT AL-QURAN DAN HADITH SEPENUHNYA SEHINGGA MENOLAK,TIDAK INGIN BELAJAR,MEMPERTIKAIKAN KITAB-KITAB ULAMA YANG TERDAHULU HANYA BERPEGANG KEPADA AL-QURAN DAN HADITH SEMATA-MATA TANPA MERUJUK KEPADA KITAB-KITAB ULAMA BAHKAN MEMPERTIKAIKAN DAN MERENDAH-RENDAHKAN ULAMA-ULAMA TERDAHULU

CARILAH,BELAJARLAH DAN TUNTUTLAH ILMU AGAMA ITU DARIPADA MEREKA YANG AHLINYA GURU-GURU YANG BERSAMBUNG SANAD KEILMUANNYA YANG BAIK AKHLAK DAN BUDI PEKERTINYA DAN YANG LEBIH PENTING TERUTAMA SEKALI ADALAH YANG BENAR AKIDAHNYA MENGIKUT PEGANGAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH

Hari ini antara punca yang menjadi keliru di dalam akidah adalah kita tak tahu yang mana kitab Ahli Sunnah Wal Jamaah.Bahkan di masa kita setaro ini menjadi masa kelam kabut di mana masa menjadi "Nasi Kerabu" tak kenal dah yang mana Ahli Sunnah yang mana bukan Ahli Sunnah sehingga feqah pun tak tahu yang mana feqah Syafie yang mana feqah Hanafi kerana berpunca daripada terpedaya dengan slogan,terpedaya dengan ucapan pendakwah-pendakwah kata "KITA TAK PAYAH BELAJAR DARI KITAB-KITAB ULAMA,KITA KENA KEMBALI TERUS KEPADA AL-QURAN DAN HADITH."

Terpedaya dengan perkataan inilah kita tak tahu yang mana Ahli Sunnah tak tahu yang mana Ahli Punah,Ahli Fitnah.Perkataan kembali kepada Al-Quran dan Hadith itu merupakan suatu perkataan yang bagus perkataan yang baik yang tak boleh kita nak tolak sama sekali tetapi perkataan yang seperti itu adalah perkataan yang zahirnya baik,zahirnya betul.

Akan tetapi sebelah dalamnya adalah keliru dan sesat.Berkeadaan yang betul tapi dikehendaki dengan dia suatu perkara yang palsu.Akan timbul kepalsuan yang banyak dengan perkataan yang palsu.Kenapa saya kata begitu?

Cuba kita tinjau kepada Ulama-Ulama yang menjadi tokoh di dalam Islam yang menjadi Hujjatul Islam yang jadi Imam-Imam Mazhab ikutan orang Islam.Kalau kita mari kepada Mutaakhirin turun kepada Mutaqaddimin sampai kepada Salafunassoleh.

Mutaakhirin Imam As-Sayuti,Imam Ibnu Hajar,Imam Ramli,Imam Shalah,Imam Nawawi terus sampai kepada Imam Syafie sampai kepada Imam Malik sampai kepada Imam Abu Hanifah Rahimahullah.

Tidak ada seorang pun daripada Ulama-Ulama yang belajar Agama terus daripada Kitab Al-Quran dan Sunnah.Kesemua Ulama itu belajar daripada Kitab Ulama bermulanya sehingga Imam kita As-Syafie Rahimahullah.Beliau belajar dengan Imam Malik Rahimahullah.

Tak belajar daripada Al-Quran terus.Dia hafal Kitab Imam Malik.Imam Malik tulis kitab ambil daripada Ulama.Imam Abu Hanifah tulis kitab.Itu bererti dia tidak mengarahkan tidak mengajak manusia semuanya mari kita faham daripada Kitab Al-Quran dan Hadith sendiri.

Kesan apabila kita kembali kepada Al-Quran terus tanpa bimbingan,tunjuk ajar yang betul maka boleh kita tengok ini buah,natijah,kehasilannya yang ada pada kita pada hari ini.Apa terjadi?Pembohongan tambah dalam Agama perkara bidaah di dalam Agama sebesar-besar bidaah.Jadi
membahasakan kepada Al-Quran membahasakan kepada Hadith Baginda Rasulullah ﷺ perkara yang bukan Agama.

Maaf banyak-banyak sebagai contoh kita tengok Ulama letak hukum kalau dalam bab solat.Di dalam solat bila kita sembahyang ramai hari ini yang kembali kepada Al-Quran dan Hadith.Dia sembahyang "Ketika nak bangkit daripada sujud dia tumbuk bumi."Ramai buat begitu kenapa?

Kalau kita tengok ramai kebiasaannya yang mengatakan kembali kepada Al-Quran dan Hadith.Ada orang sembahyang menggerak-gerakkan jarinya kerana kembali kepada Al-Quran dan Hadith.Walaupun perkara itu kalau kita kata Khilaf Ulama.Kalau Khilaf Ulama kenapa kita kembali kepada Al-Quran dan Hadith?

Jangan kata Khilaf kalau kembali kepada Al-Quran dan Hadith mesti kita kena pakai Al-Quran dan Hadith maka di manakah,bagaimanakah hadith yang sabit betul-betul daripada Baginda Rasulullah ﷺ buat seperti demikian.

Akan tetapi berbeza memang kalau kita belajar Kitab-Kitab Ulama.Ulama mengatakan "Ketika bangkit daripada sujud kita pertekan di atas tapak tangan kita terus naik.Ketika turun kita turun dengan mendahulukan lutut kita kemudian baru 2 tangan kita."

Akan tetapi bagi orang yang mengatakan mereka itu berpegang dengan Al-Quran dan Hadith.Dia menurunkan tangan dahulu kemudian baru lutut.Berbeza kalau kita belajar.Bila kita check balik apa yang dihurai yang disampaikan oleh Ulama kita itu adalah SUNNAH Rasulullah ﷺ.

Apa yang dibuat oleh orang yang mendakwa bahawasanya itu SUNNAH itu perkara yang DIREKA-REKA di dalam Agama.Kalau kita terus kepada Al-Quran dan Hadith tapi kita tak belajar kitab-kitab Ulama,tak duduk bersama dengan Para Ulama maka kita tak akan tahu apakah istilah dia.Bagaimana kita nak faham hadith?Bagaimana kita nak tahu cara-cara mentafsir dan memahami Al-Quran?

Maka kesannya nanti kita akan dikelirukan dan kita akan menjadi sesat.Itu yang sangat-sangat bahaya tetapi kita tak sedar perkara itu bahaya iaitu orang yang mendakwa,
orang yang mengajak kepada Al-Quran dan Hadith terus.Dia kata tidak boleh kita nak mengerjakan apa yang tidak dikerjakan oleh Rasulullah ﷺ.

Ini punca dia nak kembali kepada Al-Quran dan Hadith.Buah hasil natijah kembali kepada Al-Quran dan Hadith kita tidak boleh buat apa yang tidak dikerjakan oleh Baginda Rasulullah ﷺ.Ini sangat-sangat bahaya boleh membawa kepada kekufuran boleh membawa kepada cacat Agama,rosak Agama tapi kita tak sedar.

Bahayanya bila kata tidak boleh buat apa yang tidak dibuat oleh Rasulullah ﷺ

1)Dia membahasakan kepada Al-Quran dan Hadith ada kekurangan

2)Dia membatalkan apa yang ada di dalam Al-Quran apa yang ada di dalam Hadith apa yang disebutkan di dalam Al-Quran dan di dalam Hadith.

Ini sangat-sangat bahaya.Bagaimana yang dia boleh faham boleh dia masukkan di dalam akal dia kata salah satu daripada sumber Agama iaitu kita bersumber kepada apa yang tidak dibuat oleh Baginda Rasulullah ﷺ.Apa yang tidak dibuat oleh Baginda Rasulullah ﷺ adalah bidaah adalah perkara yang salah.

Di mana dia ambil?Tidak ada seorang pun Ulama kita kalau kita belajar dalam Kitab-Kitab Islam.Tidak ada pun Ulama kita buat kaedah buat hujah kata satu daripada perkara yang salah di dalam Agama adalah buat,mengerjakan apa yang tidak dikerjakan oleh Baginda Rasulullah ﷺ.Tidak ada!!!!!!

Ini berpunca daripada orang yang mendakwa ikut Al-Quran dan Hadith kerana dia tidak ada "Stering" untuk dia nak pusing.Dia tiada bimbingan dan hala tuju yang betul.

Di dalam Al-Quran dan Hadith Rasulullah ﷺ menggalakkan kita untuk membuat kebaikan.Hendaklah kamu berbuat kebaikan nescaya kamu akan berjaya kalau kamu buat kebaikan.

Allah سبحانه  وتعالى suruh buat kebaikan.Kemudian ada orang yang mendakwa tidak boleh buat apa yang tidak dibuat oleh Baginda Rasulullah ﷺ.Tak boleh buat kebaikan.Kita nak berzikir selepas solat tak boleh,kita nak buat tahlil baca yaasin malam jumaat tak boleh,kita nak buat maulid tak boleh,kita nak berkumpul berselawat beramai-ramai tak boleh,kita nak berdoa tak boleh dan sebagainya.
Semuanya tak boleh dan salah.

Ini dia kata Allah سبحانه  وتعالى kata haram sedangkan Allah سبحانه  وتعالى
tidak kata haram.Baginda Rasulullah   ﷺ tak mengharamkan tapi dia mengharamkan.Rasulullah ﷺ tak pernah pun di masa hidup Baginda mengharamkan buat,melarangkan buat apa yang Baginda ﷺ tak buat.Tak ada!!!!!Itu sunnah Rasulullah ﷺ

Sunnah Rasulullah ﷺ adalah bila Para Sahabat buat apa yang Baginda ﷺ tak buat.Ada kalanya Baginda terima bila betul dengan cara yang dibenarkan di dalam Agama.Akan tetapi ada perkara yang dibuat oleh Para Sahabat yang tidak dibuat oleh Baginda ﷺ yang bertentangan dengan cara Agama itu baru Rasulullah ﷺ tolak.

Hari ini mari orang yang mendakwa ikut Al-Quran dan Hadith dia tolak kesemuanya.Itu tak betul dengan sunnah Rasulullah ﷺ.
Itulah yang kita katakan dengan berkat Para Ulama Alhamdullilah kita belajar,mengaji bersama dengan Ulama maka Allah taufikkan hidayah kepada kita,Allah taufikkan kita ke jalan yang benar.

Tidak lain adalah kerana barokah mereka itu.Alhamdullilah mereka nak menulis kitab.Kalau kita baca kitab di awal permulaan kitab dan di akhir kitab Ulama yang barokah yang karomah mesti dia akan berdoa kita masuk di dalam doa dia.Di awal kitab dia berdoa semoga Allah taufikkan hidayah,minta kitab dia menjadi sebab bagi mendapatkan kemenangan membimbing membawa orang kepada jalan yang lurus yang benar bagi orang yang membaca bagi orang yang belajar.

Sesudah itu dia berdoa pula di akhir kitab dia.Alhamdullilah inilah rahsia yang Allah سبحانه  وتعالى tunjukkan kepada orang yang belajar melalui Ulama yang bersanad lebih-lebih lagi Ulama-Ulama yang sangat barokah seperti Imam Nawawi,Imam Al-Ghazali dan mereka yang lainnya.

Agama Islam ini adalah Agama yang benar.Baik dari segi amalan mahupun baik dari segi akidah.Yang menjadikan ANAK KUNCINYA adalah AKIDAH.Kalaulah akidah kita itu salah dan silap segala amalan kita tidak diterima tidak dihisab.Budi pekerti kita tidak ternilai tidak terhisab juga.Baik macam mana sekali pun seseorang itu kalau pegangan akidahnya itu adalah pegangan yang salah ataupun akidah yang kufur dengan Allah yang syirik dengan Allah سبحانه  وتعالى.

Ilmu akidah ini adalah satu ilmu yang sangat-sangat penting kerana ianya adalah ibarat ANAK KUNCI SYURGA kerana bila silap akidah kita maka kita akan kecewa selama-lamanya.
Kita tidak akan berjaya selama-lamanya.Kita akan terus ke Neraka sebab kalau kita silap dalam akidah kita akan jadi kufur dengan Allah,kita akan menjadi murtad,kita akan jadi syirik dengan Allah.

Kita sedia maklum siapa yang murtad,siapa yang dalam keadaan kufur.Orang itu termasuk dalam golongan orang yang paling rugi di Akhirat,orang yang kekal di dalam Neraka Allah سبحانه  وتعالى tapi orang awam kita tak ambil berat ilmu akidah sehingga bila di check akidah masing-masing.

Ternyata dia tak berapa kemah tak berapa faham dengan akidahnya hampir-hampir dengan Agama Asing.Orang agama kristian,orang yang agama hindu,orang yang agama buddha.Kalau kita tanya dia tentu dia tak faham apa akidah dia.Hanya ikut-ikutan sahaja.

Kita sebagai orang yang beriman kepada Allah سبحانه  وتعالى tak faham Agama seperti mereka maka kita sehampir-hampir mereka.
Walaubagaimana pun sama-samalah kita berdoa kepada Allah minta Allah menurunkan kita,menunjukkan kita,memudahkan kita berpegang kepada akidah yang betul,membimbing kita menuju jalan yang lulus jalan yang benar.

Sebab itu kita kena mari mengaji duduk dengan Para Ulama hadir majlis ilmu supaya kita dapat memahamj Agama kita dengan betul dan benar Janganlah kita membaca kitab-kitab ataupun mentafsir Al-Quran dan Hadith mengikut kemampuan akan fikiran kita semata-mata tetapi hendaklah kita belajar melalui guru mendapatkan bimbingan guru yang ahlinya bukannya sewenang-wenangnya kita belajar.

#MutiaraKata[TUAN GURU HJ.GHAZALI AHMAD AL-FATHONI @ BABA LI HAFIDZOHULLAH]

#MuhasabahDiri
#JomKitaJadikanMasjidSebagaiTempatKesukaanKita
#JomKitaSolatBerjemaah
#JomKitaHadiriMajlisIlmu
#JomKitaMengambilIlmuSecaraBersanadBertalaqqiDudukBersamaParaGuru
#JomKitaJagaAkhlakDanAdabKita
#JomKitaPuasaEnamJanganLupa
#PeringatanBuatDiriSendiri
#YangSeringLekaDanLalaiMengingatiAllah
#PeringatanBersamaSecaraUmumnya
#MaafAdaPenambahanPenguranganPerubahanDanKesilapanAyatDalamPenulisan
#SemogaMendatangkanMcanfaatkanBuatDiriSayaTerutamanyaDanKepadaSemuaYangMembacanya
#SalingIngatMengingatkan
♨I L M U - P A R A - W A L I - V S - W A H A B I ♨
M e n g e n a l - S i a p a k a h - M u s u h - A l l a h
Y a n g - M e m u s u h i - P a r a - W a l i - A l l a h ?

⊙ Bismillah : hamba akan ceritakan sikit di sini mengapa jika keislaman kita (umat hari ini) akan menjadi tidak sempurna bilamana kita hanya berpegang dan cuma merujuk kepada al Quran dan Hadis semata.

⊙ Memandangkan ramai yang berada di sini adik adik muda belia lagi yang masih melimba ilmu Allah ini (syariat & hakekat), hamba harap apa yang hamba sampaikan ini dapat diingati selamanya. Jika adik-adik ditakdirkan Allah menjadi ustaz dan alim ulama suatu masa nanti, maka sebarkankah hal ini pada yang belum mengetahui jika berhadapan dengan golongan yang menyatakan bahawa ; umat islam itu cukuplah dia cuma berpegang kepada al Quran & sunnah semata seperti wasiat hadis nabi SAW tu agar tidak tersesat, maka kata mereka, kita umat islam tidak perlu merujuk kitab-kitab para ulama silam dah, terutamanya kitab kitab imam Tasawuf Sufi di zaman salaf iaitu para wali-wali Allah.

⊙ Di atas ini adalah "alasan" mereka (wahabi) dengan dalil hadis agar berpegang kepada al-Quran dan Sunnah, dan menolak kitab-kitab silam. Kata mereka, Rasulullah minta berpegang kepada Quran & Sunnah sahaja.

⊙ Kitab-kitab silam yang dibenci oleh kaum wahabi adalah kitab-kitab para Ulama Sufi iaitu imam-imam Tasawuf silam era salafussoleh, iaitu umat yang selalu bermimpikan Rasulullah dan umat yang diberi Allah dengan ilmu Laduni atas kerana kebersihat hati-hati mereka di dalam ketaatan. Umat hari ini hatinya penuh dengan kekotoran & tiap hari penuh dengan maksiat pandangan (*maksiat di TV, maksiat di fb, maksiat di cyber, maksiat di wasap :-) mencela mengumpat buruk sangka menghina dll) maka ilmu Laduni dari Allah telah terputus dari jatuh ke dalam hati yang "kotor" tercela seperti hati-hati kita pada saat ini.

⊙ Kita hari ini mampu untuk menulis nota agama & kitab ilmu agama dengan kaedah mengkopi, meniru dan edit. Tapi kita dah "tak mampu" dah ntuk mengarang kitab dan ilmu agama dengan "bantuan" Cahaya Allah seperti umat-umat silam salafussoleh yang mengarang kitab ilmu dengan berpandukan "Cahaya Allah" (ilmu Laduni), isi kitab mereka adalah penuh dengan ilmu "asli" yang bukan ditiru dari kitab, tetapi ilmu yang diambil terus dari Allah yang dikenali sebagai ilmu Laduni, dan dengan ilmu Allah inilah, mereka mampu mengajarkan umat islam silam dengan ilmu-ilmu yang disebut ilmu hakekat iaitu ilmu tentang rahsia-rahsia "batin" bagi Al-Quran dan Hadis.

⊙ Dari situlah wujudnya ilmu akhlak dan ilmu "mengenal Tuhan" yang dikenali sebagai ilmu Tasawuf karangan para ulama Sufi di zaman keemasan Islam, iaitu awalan 300 hijrah yang Rasulullah sabdakan sebagai zaman "ILMU ISLAM MASIH TERPELIHARA KEASLIANNYA" .. inilah zamannya ilmu Tasawuf hidup dari para ulama Sufi yang dikenali sebagai para Wali-Wali Alllah. Wali-Wali inilah yang membawa ajaran ilmu Tasawuf iaitu ilmu tentang pembersihan Qalbi dan ilmu mengenal Allah melalui kebersihan hati dan jasad serta berakhlak mulia demi meraih kecintaan Allah.

⊙ Pada zaman salaf lah iaitu awalan 300 hijrahlah imam imam Sufi mula dikenali melalui kitab dan ajarannya. Para ulama Fekah cuma mengajari ilmu syariat. Tapi para ilmu Sufi, disamping mengajari ilmu syariat agama, tetapi yang lebih mereka "fokus utamakan" adalah tentang ilmu pembersihan hati dan ilmu Mengenal Allah, hingga ibnu Taimiyah pun kagum dan menghormati imam-imam Sufi dan kitab-kitab karangan mereka (tertulis di dalam kitab fatwa ibnu Taimiyah).

⊙ karangan kitab-kitab Sufi (para aulia@wali-wali) yang hebat hebat adalah berada pada awalan 300 hijrah dan diikuti 200 tahun selepas 300 tahun hijrah yang disebarkan oleh anak-anak murid dari imam Sufi awalan 300 hijrah.
Maksudnya, pada awalan 300 - 500 hijrah, inilah zamannya tersebarnya kitab-kitab karangan para wali-wali Allah dimuka bumi ini.

⊙ Ilmu-ilmu ini hanya di ajari oleh para ulama Sufi sahaja, dan merekalah para imam-imam Tasawuf yang dikenali sebagai Para Aulia Allah salafussoleh yang mengarang kitab-kitab Tasawuf DENGAN BERPANDUKAN DARI ILMU-ILMU CAHAYA ALLAH - LADUNI. ilmu ini tiada di dalam kamus hidup para ulama wahabi. :-) MALAH WAHABI SANGAT ANTI DAN MEMBENCI AYAT PERKATAAN INI :

1) SUFI
2) TASAWUF
3) ILMU HAKEKAT
4) MAKRIFATULLAH
5) WALI ALLAH
6) KERAMAH PARA WALI
7) ILMU LADUNI :-)
8) TAREKAT SUFI :-)
9) PARA WALI BERJUMPA RASULULLAH SECARA JAGA.

⊙ Tuan-tuan carilah mana-mana kuliah agama oleh ustaz-ustaz (maaf tulis) ustaz wahabi di youtube yang pernah membicarakan dan syarahkan 9 hal ilmu di atas ini? Kalau adapun, itu semua ilmu copy dari kitab ilmu kaum Sufi wali-wali Allah silam yang dibenci mereka. Semuanya anti dengan 9 hal di atas ini, semuanya menolaknya dan dianggap sebagai ajaran sesat dari kaum Sufi silam. Dan atas sebab itulah golongan wahabi "melarang umat" dari merujuk kitab-kitab para ulama silam atas sebab mereka "kuatiri" umat muslim berjumpa dengan kitab-kitab karangan para wali-wali silam yang banyak membicarakan 9 hal yang dinyatakan di atas ini : ilmu-ilmu yang disampai oleh para WALI-WALI silam..

⊙ Padalah Allah telah berfirman dalam hadis Qudsi :
"Barang siapa yang memusuhi Wali-Wali-Ku,
maka AKU istihar perang ke atas mereka."

(Faham tak maksud hadis Qudsi di atas ini?)

⊙ Allah sangat membenci dan MEMUSUHI golongan yang "Anti Para Wali"(*majoriti PARA WALI adalah kaum Sufi salafussoleh - 100% mereka adalah kaum Sufi) merekalah Hasan al Basri, Imam Junaid al Baghdadi, imam Malik Bin Dinar, Imam Abdullah Sahal, Imam Ibrahim Adham dan ramai lagi ... dan MEREKA INILAH para Wali Allah yang dimaksudkan yang mengajarkan atas umat islam akan ilmu "Mengenal Allah" dan "Cinta Allah" melalui jalan pembersihan jiwa dan hati hingga qalbu hati seseorang muslim itu mencintai Allah dan Allahpun mencintai kepada mereka - Wali-Wali.

⊙ Maka golongan yang ANTI WALI ini adalah musuh Allah dan Allah istihar "perang" atas mereka yang memusuhi Wali-Wali-Nya, atas kerana "mereka" ingin menghalang umat manusia daripada "kenal Allah" & "cinta Allah" sedangkan Allah SWT telah mengajari para Wali-Wali-Nya dengan ilmu Laduni (ilmu makrifat dan hakekat) bagi disampaikan ke atas umat manusia.

⊙ Maka sesiapa yang membenci dan memusuhi wali-wali Allah dan ajaran "kitab ilmu" yang mereka bawa atas umat manusia, maka secara automatiknya mereka adalah "Musuh Allah" dan Musuh Rasulullah berdasarkan fakta hadis, hadis Qudsi dan Firman-Nya.

⊙ Siapakah golongan yang Allah maksudkan sebagai golongan "MEMUSUHI WALI-WALI-KU" (???)
.. demi Allah mereka adalah golongan W a h a b i.

⊙ Dari Amru Ibnul Jammuh, katanya:“Ia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Allah berfirman: “Sesungguhnya hamba-hambaKu, wali-waliKu adalah orang-orang yang Aku sayangi. Mereka selalu mengingatiKu dan Akupun mengingai mereka.”

⊙ Dari Said ra, ia berkata : “Ketika Rasulullah saw ditanya: “Siapa wali-wali Allah?” Maka beliau bersabda: “Wali-wali Allah adalah orang-orang yang jika dilihat dapat mengingatkan kita kepada Allah.”

⊙ Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya di dalam kitab Auliya’ dan Abu Nu’aim di dalam Al Hilya Jilid I hal 6.

⊙ “Pada suatu kali Umar mendatangi tempat Mu’adz ibnu Jabal r.a, kebetulan ia sedang menangis, maka Umar berkata: “Apa yang menyebabkan engkau menangis, wahai Mu’adz?” Kata Mu’adz: “Aku pernah mendengar Rasulullah saw bersabda: “Orang-orang yang paling dicintai Allah adalah mereka yang bertakwa yang suka menyembunyikan diri, jika mereka tidak ada, maka tidak ada yang mencarinya, dan jika mereka hadir, maka mereka tidak dikenal. Mereka adalah para imam petunjuk dan para pelita ilmu.”

⊙ Hadis riwayat. Al Mafakhiril ‘Aliyah hal 104“Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya sebahagian hamba Allah ada orang-orang yang tidak tergolong dalam golongan para nabi dan para syahid, tetapi kedua golongan ini ingin mendapatkan kedudukan seperti kedudukan mereka di sisi Allah.” Tanya seorang: “Wahai Rasulullah, siapakah mereka dan apa amal-amal mereka?” Sabda beliau: “Mereka adalah orang-orang yang saling kasih sayang dengan sesamanya, meskipun tidak ada hubungan darah maupun harta di antara mereka. Demi Allah, wajah mereka memancarkan cahaya, mereka berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya, mereka tidak akan takutdan susah.” Kemudian Rasulullah saw membacakan firman Allah yang artinya: “Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.”

⊙ Hadis riwayat Abu Nu’aim dalam kitab Al Hilya jilid I, hal 5“Ada tiga sifat yang jika dimiliki oleh seorang, maka ia akan menjadi wali Allah, iaitu: pandai mengendalikanperasaannya di saat marah, wara’ dan berbudi luhur kepada orang lain.”Rasulullah saw bersabda: “Wahai Abu Hurairah, berjalanlah engkau seperti segolongan orang yang tidak takut ketika manusia ketakutan di hari kiamat. Mereka tidak takut siksa api neraka ketika manusia takut. Mereka menempuh perjalanan yang berat sampai mereka menempati tingkatan para nabi. Mereka suka berlapar, berpakaian sederhana dan haus, meskipun mereka mampu. Mereka lakukan semua itu demi untukmendapatkan redha Allah. Mereka tinggalkan rezeki yang halal kerana akan amanahnya. Mereka bersahabat dengan dunia hanya dengan badan mereka, tetapi mereka tidak tertipu oleh dunia. Ibadah mereka menjadikan para malaikat dan para nabi sangat kagum. Sungguh amat beruntung mereka, alangkah senangnya jika aku dapat bertemu dengan mereka.” Kemudian Rasulullah saw menangis kerana rindu kepada mereka. Dan beliau bersabda: “Jika Allah hendak menyiksa penduduk bumi, kemudian Dia melihat mereka(Wali-Nya yang mencintai-Nya), maka Allah akan menjauhkan siksa-Nya. Wahai Abu Hurairah, hendaknya engkau menempuh JALAN mereka (*JALAN SILAM JALAN PARA WALI melalui jalan ilmu Sufi), sebab siapapun yang menyimpang dari penjalanan mereka (menyimpang dari jalan petunjuk para wali), maka ia akan mendapati siksa yang berat.”

⊙ Imam Ali Bin Abi Thalib berkata kepada Kumail An Nakha’i: “Bumi ini tidak akan kosong dari hamba-hambaAllah yang menegakkan agama Allah dengan penuh keberanian dan keikhlasan, sehingga agama Allah tidak akan punah dari peredarannya. Akan tetapi, berapakah jumlah "mereka" dan dimanakah mereka berada? Kiranya hanya Allah yang mengetahui tentang "mereka". Demi Allah, jumlah mereka "tidak banyak", tetapi nilai mereka di sisi Allah sangat mulia. "Dengan mereka", Allah "menjaga agama-Nya" dan syariat-Nya, sampai dapat diterima oleh orang-orang yang 'sama' seperti mereka. Mereka menyebarkan ilmu dan ruh keyakinan. Mereka tidak suka kemewahan, mereka senang dengan kesederhanaan. Meskipun tubuh mereka berada di dunia, tetapi rohaninya membumbung ke alam malakut. Mereka adalah "khalifah-khalifah Allah" di muka bumi dan para da’i kepada agama-Nya yang lurus. Sungguh, betapa rindunya aku kepada mereka.”

⊙ Mereka senang bermunajat di akhir malam.Imam Ghazali menyebutkan: “Allah pernah memberi ilham kepada para siddiq: “Sesungguhnya ADA hamba-hamba-Ku yang mencintai-Ku(*kaum sufi) dan selalu merindukan Aku(*kaum sufi) dan Akupun demikian. Mereka suka mengingati-Ku(*kaum sufi) dan memandang-Ku dan AKUpun demikian. Jika engkau menempuh jalan mereka (*jalan Sufi menuju kewalian melalui jalan pembersihan hati & cinta Allah), maka AKU mencintaimu (*setelah KAMU mencintai-Nya). Sebaliknya, jika engkau berpaling dari jalan mereka(*jalan sufi kaum pecinta Tuhan), maka Aku murka kepadamu (*sebab tidak cinta dan tidak kenal Allah)”

⊙ Tanya seorang siddiq : “Ya Allah, apa tanda-tanda mereka?” Firman Allah: “Di siang hari mereka selalu menaungi diri mereka (*uzlah), seperti seorang pengembala yang menaungi kambingnya dengan penuh kasih sayang, mereka merindukan terbenamnya matahari, seperti burung merindukan sarangnya. Jika malam hari telah tiba tempat tidur telah diisi oleh orang-orang yang tidur dan setiap kekasih telah bercinta dengan kekasihnya, maka mereka berdiri tegak dalam solatnya (*rajin bertahajud). Mereka merendahkan dahi-dahi mereka ketika bersujud, mereka bermunajat, menjerit,menangis, mengadu dan memohon kepadaKu. Mereka berdiri, duduk, ruku’, sujud untukKu. Mereka rindu dengan kasih sayangKu. Mereka AKU beri tiga kurniaan: Pertama, mereka AKU beri cahaya-Ku di dalam hati mereka (*ilmu Laduni), sehingga mereka dapat menyampaikan ajaranKu kepada manusia (*ilmu cinta Allah melalui jalan makrifatullah). Kedua, andaikata langit dan bumi dan seluruh isinya ditimbang dengan mereka, maka mereka lebih unggul dari keduanya. Ketiga, Aku hadapkan wajahKu kepada mereka. Kiranya engkau akan tahu, apa yang akan Aku berikan kepada mereka?” ««« (*dapat menatap WAJAH ALLAH lebih lama "berpanjangan" melebihi dari ahli-ahli syurga yang 'lain', dan lain-lain anugerah-Nya yang tidak kita ketahui daripada-Nya - wallahu'alam)

⊙ Selain al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan kita, kita juga "memerlukan" ilmu-ilmu dan nasihat dari para Wali-Wali Allah yang silam yang telah meninggalkan kepada kita "mutiara" ilmu Laduni dari Allah SWT yang mereka "simpan" di dalam kitab-kitab ilmu karangan mereka. Di dalam kitab-kitab tersebut tersimpannya Rahsia-Rahsia "BATIN" Al-Quran dan Al Hadis Nabi SAW.

⊙ Al Quran adalah bahasa Kalam Allah SWT yang hanya Rasulullah SAW @ Kekasih-Nya sahaja yang "memahaminya". Lalu Rasulullah "mendetailkan" rahsia-rahsia ilmu Syariat yang terkandung di dalam Al-Quran hingga lebih "jelas" difahami oleh sesiapa sahaja yang membaca hadis baginda SAW.

⊙ Segala rahsia ilmu syariat dan hukum hakam-Nya telah Rasululullah jelaskan. Mana-mana yang tidak jelas sebelumnya, maka telah "dijelaskan" oleh para Sahabat hal hal ilmu syariat yang kabur, mereka menjelaskan apa-apa yang kabur atas sebab mereka hidup disamping Rasulullah & mereka tahu apa apa yang Rasulullah lakukan, lalau mereka menceritakan ilmu syariat yang mereka lihat & dengar dari Rasulullah SAW.

⊙ Dan generasi selepas para Sahabat wafat yang kita kenali sebagai para Ulama Salafussoleh Wali-Wali para Imam-Imam Sufi awalan 300 hijrah, DENGAN ILMU YANG ALLAH BERI DI DALAM DADA-DADA MEREKA (ILMU LADUNI), mereka telah membuat lebih LEBIH PERINCIAN DAN PENDETAILAN SECARA "DALAM" (TERHAKIKAT) dari apa-apa yang Rasululullah SAW dan Para Sahabat r.a telah jelaskan "secara simple" (masih kabur), lalu para imam-imam Salafussoleh telah membuat "perincian" secara lebih tepat apa apa yang dah Rasulullah SAW sampaikan itu secara "umum" ringkas (TIDAK MENDETAIL) agar mudah umat "awam" mengerti secara asasnya.

⊙ Tetapi Rasulullah TAHU apa yang baginda sampaikan atas umat itu walaupun dah baginda sampaikan "kesemuanya" tetapi Baginda TAHU apa apa yang Baginda dah sampaikan tu "TIDAK MENDETAIL TERPERINCI" masih ada hadis-hadis yang telah Baginda "sampaikan" itu ataupun "Nas-Nas" Al Quran yang Kabur kurang jelas dsn samar-samar. Rasulullah tahu hal "situasi" ini.

⊙ Maka atas kerana itulah Rasulullah sabdakan kemudiannya : "Para Ulama Adalah Pewaris Nabi" .. maksud Baginda pada hadis ini adalah ; Para Ulama selepas aku wafat akan mengambil alih dan "tanggungjawab" bagi meneruskan, untuk membuat "PENDETAILAN" secara lebih mendalam apa apa yang telah aku sampaikan semasa aku hidup, atas sebab Baginda tidak sempat membuat "perincian" dari apa-apa yang telah Baginda sampaikan kepada kita.

⊙ Maka "tugas pendetailan" ilmu yang Rasulullah sampaikan tu, di amanahkan kepada para Ulama-Ulama SILAM YANG BERADA DI ZAMAN KEEMASAN ISLAM IAITU AWALAN 300 TAHUN HIJRAH yang Rasulullah SAW sabdakan sebagai zaman "ILMU ISLAM MASIH TERPELIHARA DAN ASLI" ...

⊙ Maka itulah Allah menghantar Wali-Wali-Nya yang agong pada Zaman tu bagi tujuan "pendetailan" segala macam ilmu yang pernah Rasulullah SAW sampaikan atas umat, iaitu ilmu Al Quran dan ilmuHadis, hingga terlahirnya ribuan Kitab-Kitab Ilmu Agama karangan para Sufi Wali-Wali para Imam Tasawuf dan imam Syariat pada awalan 300 - 400 hijrah DENGAN TUJUAN YANG "SATU" IAITU : "MEMBUAT PENDETAILAN ILMU APA APA YANG TERDAPAT DI DALAM AL QURAN DAN HADIS DENGAN LEBIH TERPERINCI DAN "MENDALAM".

⊙ Apa-apa yang mereka (Wali-Wali Silam) sampaikan itu bukanlah ilmu yang LUAR DARI QURAN DAN HADIS, melainkan semua tu adalah ILMU TENTANG AL QURAN DAN HADIS "DAN" ILMU ILMU BARU YANG "DICEDUK" DARI PENDETAILAN AL QURAN DAN HADIS hingga timbullah ilmu-ilmu "baharu" yang bersumber dari al Quran dan Sunnah/Hadis yang kita kenali hari ini sebagai ilmu FEKAH, TAUHID, TASAWUF, SYARIAT, TAREKAT, HAKEKAT, MAKRIFAT, MAHABBAH dll .. semua ilmu-ilmu ini timbulnya dari ajaran Wali-Wali pada zaman Salafussoleh @ awalan 300 hijrah, lalu a berkembang dan berkembang .. dari sebuah ilmu yang tiada "nama" kepada ilmu-ilmu yang diberi nama FEKAH, TAUHID, TASAWUF dll semuanya ditimba dari sumbernya Al Quran dan sunnah yang didetailkan secara terperinci oleh Wali-Wali Allah yang kita kenali sebagai ULAMA GENERASI SILAM SALAFUSSOLEH!


⊙ Tapi ulama yang ada zaman hari ini, majoritynya BUKAN WALI ALLAH dah! Sebahagian besarnya adalah Wali-wali Iblis yang bertopengkan agama, dengan imej para ulama (bersongkok, berkopiah, berjubah, berjanggut dan "BERSIJIL" iaitu para alim Ulama yang "diangkat" mereka menjadi ulama) tetapi mereka membawa ajaran menyesatkan yang menyebabkan umat islam "LEBIH JAUH DARI ALLAH" WALAUPUN MEREKA MENYERU UMAT KEPADA AGAMA ALLAH" itulah para ulama wahabi yang Anti ilmu Wali-Wali Silam.

⊙ Mereka membenci Sufi, membenci Tasawuf, membenci Tarekat, membenci ilmu "Mengenal Allah", membenci kitab-kitab para wali-wali silam yang BANYAK MEMBICARAKAN TENTANG ILMU HAKEKAT ISLAM. Atas kerana itu mereka menyeru umat agar krmbali kepada al Quran dan Hadis "SAHAJA" (demi Allah) DENGAN TUJUAN AGAR TUAN-TUAN DAN UMAT ISLAM SELURUHNYA "DIJAUHKAN" DARI KITAB-KITAB ILMU "HAKEKAT" DARI KARANGAN-KARANGAN PARA ULAMA WALI-WALI SILAM YANG TELAH ALLAH SWT "KURNIAKAN" DI DADA-DADA MEREKA DENGAN ILMU "LADUNI" DARI ALLAH!

⊙ ATAS KERANA ITU MEREKA MEMBENCI KITAB-KITAB KARANGAN IMAM AL GHAZALI, ATAS KERANA LAHIRNYA KITAB "IHYA ULUMUDDIN" ITU ADALAH HASIL DARIPADA PENGGALIAN IMAM AL GHAZALI KEPADA KITAB-KITAB ULAMA SUFI & IMAM TASAWUF DARI ZAMAN SALAFUSSOLEH SEBELUMNYA. IMAM AL GHAZALI MEMANG SANGAT DIKENALI SEBAGAI SEORANG SUFI YANG SANGAT MENDALAMI ILMU HAKEKAT-HAKEKAT ISLAM SILAM

*Sila baca Risalah al Laduniah dll. Sekian wassalam.

K e n a l i l a h - k a m u - a k a n - m u s u h - A l l a h
T a n d a - U t a m a - D i r i - M e r e k a - A d a l a h :
M e m u s u h i - W a l i - A l l a h - d a n - i l m u - S u f i ,
M e r e k a - i t u l a h - W a h a b i - P r o x y - Y a h u d i
N a s i h a t - K a m i - A d a l a h - N a s i h a t - A l l a h
S a m a - S e p e r t i n y a - N a s i h a t n y a - P a r a
U l a m a - i a - A d a l a h - N a s i h a t - D a r i - A l l a h

⊙a b u y a ® p e n j a g a - m a k a m - s u f i ⊙

No comments:

Post a Comment