Friday 31 July 2015

Tasawuf


Kerana hatimu kotor. Bila hatimu kotor, hatimu terhijab. Bila hatimu terhijab, kamu tidak dapat memandang meski zahir-Nya terlalu nyata!

Justeru, cuci hatimu dengan zikrullah, yang ditalkinkan oleh seorang mursyid, Insya-Allah!


Wahai nabi...suruhlah isteri2 mu dan anak2 perempuanmu serta perempuan2 yg beriman,supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(ssmasa mereka keluar)"
  Surah al -ahzab ayat 59

Hati yg tetap-teguh adalah hati-hati yg bermaqam  di-Hadrat Allah, kerana sesungguhnya ia sudah melihat sebelum "Kun"(jadilah)!

Orang yang sentiasa menilik pandang dirinya sehabis-habis fakir dan hina pada sisi Tuhannya sahajalah yang mendapat sifat tawaduk yang sebenarnya dan dia akan diberi Allah Taala dengan pakaian kemulianNya.                 Syeikh Abdullah Al-Majzub

Dunia ini adalah tempat ujian, akhirat tempat kehidupan hakiki, bersabarlah sesaat didunia, maka Allah menunggumu diakhirat dengan lambaian tanganNya!

Orang yg salik disempitkan oleh Allah rezeki rohnya membelanjakan sekadar kesempitannya dan orang yg wasil diluaskan rezeki rohnya oleh Allah membelanjakan sekadar keluasannya, maka kedua-duanya itu adalah anugerah dan kurniaan Allah untuk manusia!

🌾 ~Duhai orang yang senang memeluk dunia fana, Yang tak kenal pagi dan petang dalam mencari dunia, Hendaklah engkau tinggalkan pelukan mesramu, kepada duniamu itu. Karena kelak engkau akan berpelukan Dengan bidadari di surga. Apabila engkau harap menjadi penghuni surga abadi, maka hindarilah jalan menuju api neraka.

Wahai hambaKU! Engkau akan dipanggil oleh setiap Arif kepada makrifatnya, sedangkan itu adalah hak-KU atasnya, maka janganlah engkau keluar dari makrifatmu berpindah kemakrifatnya, dan itu adalah hak-KU atasmu!

Panggil-lah Tuhanmu sehingga Tuhanmu menyahut panggilanmu dan apabila Tuhanmu menyahut panggilanmu, maka diamlah engkau didalam memandang Allah!

Nabi Ibrahim a.s berkata kepada Jibrail yg datang ingin menolongnya ketika ia dilempar kedalam api yg menjulang tinggi:" Cukuplah Allah bagiku dan Dia Maha Mengetahui hal keadaanku"!


Takutlah kepada Allah seolah-olah engkau sedang melihatNya dan jika engkau tidak melihatNya ingatlah bahawa Dia melihat mu!
- Hadis Riwayat Muslim.
Selesaikanlah hatimu itu daripada segala sesuatu selain Allah, nescaya engkau akan sampai kepada Allah!


Apabila sudah sampai dan sudah dekat dengan Allah tiada perlu lagi lisan baginya, tiada perlu doa dan tiada zikir lagi baginya!

- Syeikh Abdul Qafir Jailani r.a


🎈 Sangat bertuah orang-orang yang dipilih Allah untuk belajar agama, kerana ianua dapat mendekatkan diri kepada Allah

(Abu Hanifah)

No comments:

Post a Comment