Wednesday 29 July 2015

Nabi


♨M A R I - B E L A J A R - A S A S - H A K E K A T♨
M e n g e n a l - A h m a d - D i  d l m - M u h a m m a d

Nur Bertanya : "Cantik nama Abu Ahmad Muhammad, cuma boleh tak tuan-tuan sahabat semua bagi pencerahan kenapa di dlm Al-Quran di nukilkan nama Ahmad tapi bukannya Muhammad?

Bismillah : Dalam al Quran ada digunakan nama Ahmad & Muhammad, dua-duanya Allah panggil .. Bagi pentafsiran ilmu zahir, Ahmad dan Muhammad adalah orang yang sama iaitu Baginda Rasulullah SAW.

Tetapi jika "sama", maka mengapakah Allah menggunakan 2 nama sebutan ini? Mustahil Allah tersalah menyebut  dalam berfirman-Nya, kan? Maka tentu ada sebabnya mengapakah Allah menggunakan dua nama ini. Rahsianya, Allah hendak kita mencari jawapannya. Dan jawapan tu tiada di dalam ilmu syariat (zahir). maka hal ini perlu dirujuk pada ilmu hakekat (ilmu batin islam) bagi mencari jawapannya yang lebih tepat.

Kalau disebut di hadapan ahli tarekat yang telah mrndalami tasawuf, sahabat-sahabat semua dah sedia maklum apa yang dimaksudkan dengan "Ahmad" di dalam perbicaraan ilmu hakekat, kita dah biasa dengar "penjelasannya" melalui kitab-kitab Sufi silam atau dengar daripada orang yang ahli dalam ilmu sufi/tasawuf ini, dan hambapun dah pernah mendengar tentang kisah "Ahmad" ni seperti mana tuan-tuan pernah dengar dulu. Ada yang mengetahui melalui bahan bacaannya, ada yang tahu melalui kuliah tasawuf, ada juga yang diajari dari guru syeikh-syeikh tarekat Sufi dan ada juga yang di ajari dari Allah sendiri, tapi jawapan yang kita perolehi tu adalah lebih kurang sama sahaja, iaitu Ahmad itu adalah tentang rahsia diri-Nya Allah sendiri, kan? :-)

Cuma apa yang hamba nak sentuh sini, yang lain dari tu. Kalau nak didetailkan secara mendalam apa tu "Ahmad", maka kita di sini bukan ahlinya bagi hal tinggi-tinggi tu, atas sebab maqam diri kita masih tidak layak untuk membicarakannya, sebab maqam nafsu kita di sisi Allah sangat hina tercela pada pandangan-Nya (insan berdosa berhati kotor) jadi adalah tidak layak bagi kita yang bukan ahli-Nya untuk membicarakannya, ia adalah perbicaraan wali-wali atau syeikh syeikh Sufi yang "tinggi" maqam kesucian hatinya di sisi Allah. Tapi hati kita ni masih kotor dan tak layak untuk membicarakan hal hal hakekat yang tinggi tinggi tu. ia bukan batas ilmu untuk maqam kita lagi.

Yang atas tu baru mukadimah ja :-) ..

Rahsia Ahmad di sebalik Muhammad?

Sebenarnya, Allah SWT telah sembunyikan banyak rahsia-rahsia-Nya di dlm Huruf-Huruf pada alam ini. Baik pada jawi dan rumi. Huruf al-Quran adalah huruf syurga. Huruf rumi adalah huruf dunia. Kedua-duanya tersimpan "rahsia-Nya."

Muhammad  bermula dengan Ahmad .. di dalam kitab kitab silam menyebut Muhammad dengan Ahmed .. kenapa Ahmad tapi bukan Muhammad?
Ataupun disebut Ahmad bagi Muhammad?
Di dalam huruf Ahmad bermula dengan huruf A ..
Di dalam huruf Muhammad bermula dgn M ..
A adalah Allah ... Allah dulu wujud sebelum Muhammad.
Simbol ALIF ( I ) adalah juga bagi simbol Allah ..

Dalam rumi pun I ( i ) menyimpan banyak rahsia-Nya
Iman, Islam, Ihsan, Insan dan i bahasa mat saleh - "AKU"
.. iaitu dalam bahasa (A) arab, "AKU" tu apa? Kan ANA juga yang bermula dengan huruf A .. iaitu Allah maha permulaan.

Huruf "I" juga adalah simbol berdiri dlm solat .. I juga simbol bagi Allah yang "tegak berdiri" Allah maha 1 dan maha tunggal @ Esa atau Satu. Angka 1@I pun bermula dengan 1.

M : Muhammad, Makhluk, Mekah, Madinah, Mulia, Musafir, Mahadi, Masihi, Manusia, Makrifatullah, Mengerti (Faham ilmu) dll..

Dan huruf rumi bermula dengan A (iaitu Allah  maha permulaan)
Dan dalam huruf al Quran pun juga bermula dengan huruf  Alif yakni Allah.

⊙ tafsiran sufinya ..

Allah sembunyikan "Ahmad" di dalam Muhammad..
Ditutup-Nya Ahmad dengan huruf "M" hingga "hilanglah" perkataan Ahmad disembunyikan di dalam Muhammad.

Maksudnya kalau ditafsirkan cara tasawuf : hakekat Ahmad itu adalah "Allah" .. lalu hekekat Allah, telah Allah sembunyikannya di dalam Muhammad (insan)

.. Itulah yang disebut wali-wali silam : "ilmu Allah disembunyikan di dalam ilmu Sufi" .. membawa erti tersembunyi : "hakekat Tuhan disembunyikan di dalam hakekat insan"...

Dalam ayat Sufi tu, asalnya berbunyi :
"ilmu Allah melarut di dalam ilmu sufi" ..
.. ataupun ilmu Allah disembunyikan Allah di dalam ilmu sufi (ilmu insan)

.. Pada ayat di atas ini di sebutkan 2 hal iaitu :
1) ilmu Allah
2) ilmu insan (si sufi yg suci hatinya)..

Ilmu Allah adalah Al-Quran .. dan insan adalah Hadis (Muhammad) ...

Jika di detailkan lagi secara mendalam adalah :
ilmu Al-Quran itu disembunyikan Allah di dalam ilmunya Muhammad iaitu al Hadis (*Rahsia Tuhan disembunyikan di dalam Rahsia Insan). atau rahsia Al Quran di sembunyikan di dalam rahsianya Hadis-Hadis.

.. Membawa maksud :

"ILMU AL QURAN MELARUT DI DALAM ILMU HADIS"
(ilmu Allah tersembunyi di dalam ilmu Muhammad) ?

Al Quran itu adalah kalam-Nya Tuhan, dan Al Hadis itu pula adalah kalamnya Insan iaitu Muhammad (saw)... Nas isi al Quran tidak akan mampu untuk difahamkan makna pengertiannya dan segala kehendak-Nya di dalam Firman-Firman-Nya sekiranya Hadis dari lidah insan (Muhammad) tidak menjelaskan dengan lebih jelas segala isi yang termaktub di dalam Al Quran.

Dan hadis juga adalah termasuk sebahagian dari Kalam Tuhan iaitu "Mesej mukjizat ilmu ilham/Laduni Penjelasan dari Allah SWT yang disalurkan ke dalam akal dan hati Rasulullah SAW secara "terus" atau melalui panduan Jibril a.s hingga terjadinya hadis-hadis nabi SAW bagi disampaikan kepada manusia dengan bahasa manusia (hadis).

Rasulullah bersabda membawa maksud : "tidaklah yang aku sampaikan itu (hadis) dariku sendiri (hayalan rekaan) kecuali ianya adalah dari Allah jua."

 Contohnya dalam hal persoalan solat, al Quran tidak mendetailkan secara lengkap kaedah bersolat dengan tepat sempurna dan adab-adab dalam solat, jadi Hadis Rasulullah mendetailkan secara lebih lengkap cara bersolat dengan benar seperti yang Allah ajari kepada Rasulullah SAW melalui Jibril a.s, begitulah lain-lainnya. itulah dianya ilmu syariat yang timbul dari hadis-hadis dari hukum-hukum Allah yakni al-Quran.

Jika tampa ilmu hadis, maka ilmu syariat tidak akan tertegak atas sebab terlalu sukar untuk mengetahui segala kehendak Allah di dalam Al Quran jika tampa adanya bantuan dari hadis Baginda SAW. Segala rahsia Al-Quran tersimpan di dalam hadis Rasulullah (dan di dalam kitab para Wali-Wali-Nya. Rasulullah cuma menjelaskan rahsia "Zahir" Al Quran, dan para Wali-Wali Allah pula ditugaskan Allah SWT bagi menjelaskan rahsia "Batin" Al-Quran)

♨RAHSIA TERSEMBUNYI DI DALAM "AHMAD" ♨

Di dalam perkataan Ahmad terdapatnya dua suku kata ayat, iaitu (1) AH (2) MAD .... AHMAD .. Siapa Ahmad?

Sebenarnya di dalamnya perkataan AHMAD itu tersembunyi dan tersimpannya dua nama agong yang setiap hari kita sebut di dalam solat tetapi kita kurang "mengenal" akan dua nama agong itu.

Di dalamnya perkataan AHMAD tersimpannya dua nama iaitu AH : iaitu AllaH dan MAD : MuhAmmaD.

Muhammad? Siapa itu Muhammad? MU (kamU) adalah AHMAD .. diri kamu adalah "AHMAD" iaitu Rahsia Allah di dalamnya tubuhnya Muhammad (insan) ..
In English : You (U) are AHMAD .. hakikat diri kamu itu adalah Muhammad.. kamu memikul syariat yang di bawa oleh nabi Muhammad SAW ... setelah Rasulullah SAW wafat, namun kamu tetap wajib memikul amanah syariat Muhammad itu sebagai penerus Muhammad SAW yang telah wafat, tetapi "NUR MUHAMMAD" yang di dalam diri kamu yang bernama AHMAD itu wajib meneruskan kewajipan yang pernah disampaikan ke atas Muhammad SAW .. menjadi taat, menjadi daie, mengajarkan ilmu, amar ma'ruf nahi mungkar, menasihat, berpesan, menyebarkan agama dll..

Tapi umat terdahulu sebelum Rasulullah SAW, mereka cuma ditugas Allah untuk taat hukum Allah semata, tetapi kamu, selain dari taat kepada hukum Allah, kamu WAJIB menjalankan tugas-tugas yang pernah Rasulullah "pikul" daripada amanah Allah SWT, iaitu selain mengajarkan ilmu Syariat (ilmu Hakekat pula adalah tugasnya para Wali), kita juga wajib menyeru umat kafir kepada agama islam ini. Itulah yang dikatakan "amar ma'ruf & nahi mungkar" .. iaitu tugas para nabi yang akan kita pikul setelah "ketiadaan" nabi dan rasul di atas muka bumi ini. Jika rasul telah tiada, maka sumber rujukan kita adalah kepada para Wali-Wali-Nya silam dan yang masih hidup di samping kita. Menafikan wujud adanya para Wali, membawa rosak akidah dan jatuh kafir atas kerana ia adalah termasuk di dalam persoalan iman yang ada dinyatakan di dalam Al-Quran dan Hadis (Wujudnya para Wali-Wali-Nya).


Continue bab "AHMAD"

.... hakikatnya pada Diri kita ini tersimpannya rahsia AHMAD iaitu rahsianya Allah dan Muhammad, iaitu INSAN yang ditugaskan Allah untuk memikul 2 lautan ilmu yang dinamakan Al-Quran dan Al-Hadis yang kita kenalinya sebagai sebagai ILMU SYARIAT yang wajib kita pikul & jalankan amanah-Nya hingga sampai ajal.

Atas sebab dulu kita telah BERJANJI kepada Allah saat di alam Roh di Azali bahawa kita MENGAKU & BERJANJI KEPADA ALLAH UNTUK MEMIKUL "AMANAH" YANG AMAT BERAT INI, hingga gunung ganang yang kuat dan besar itupun "tidak sanggup" untuk memikulnya akan "Amanah" Allah itu iaitu :

1) AMANAH SYARIAT AGAMA SAMAWI
Penjelasan : Mentaati Allah dan Rasul-Nya serta Memikul Kalamullah & Kalam Rasulullah iaitu segala hukum hakam dan syariat-Nya yang di bawa oleh Rasulullah SAW.

2) AMANAH HAKEKAT AGAMA SAMAWI
⊙ Penjelasan : Mentaati para Wali Allah dan mengamalkan apa-apa yang mereka bawa yang bermanfaat pada diri, hati, iman dan agama. Hukum hakekat islam itu adalah kita sentiasa menjaga diri serta berkekalan Menjagai kebersihan Hati, Jiwa, Akal, Roh, Jasad dan "SIR" agar sentiasa kekal di dalam keadaan SUCI dan BERSIH pada pandangan-Nya & di dalam KETAATAN kepada-Nya.

Serta : Mengisi diri dengan ilmu-Nya, Mengenal-Nya, Meng-Esakan-Nya, Membesarkan-Nya, Memuliakan-Nya, Memuji-Nya dan Mencintai-Nya dengan tampa MENSYIRIKKAN-NYA dengan sesuatu apa-apapun pada alam ini dengan DIRI-NYA, baik Lahir Jasad mahupun Batin Hati.

Itulah yang dikatakan mentaati hukum Hakekat islam. Taat syariat agama semata tapi hukum hakekat (hati, jiwa, roh, akal) rosak, maka kita akan tetap dicampakkan Allah SWT di dalam neraka jahanam sekalipun kita tidak pernah tinggal solat, rajin puasa & bersedekah & taat ibu bapa, tapi jika hukum Hakekat Islam hancur tidak dipatuhi, maka diri kita tetap akan celaka dan binasa tiada keselamatan dari-Nya.

3) AMANAH SEBAGAI KHALIFAH BUMI
Penjelasan : iaitu berusaha meninggikan kesucian diri hingga menyamai dan "sampai" (maqam nafsu para Wali Allah) yang SUCI ZAHIR dan BATIN yang taat segala perintah Allah dan Rasul lalu menjadi diri kita seorang Hamba yang paling TERBAIK DI SISI-NYA iaitu seorang yang "INSAN SUCI" pada maqam nafsunya para Kekasih-Kekasih-Nya yang dicintai-Nya.

♨ S e j a r a h - I l m u - A g a m a - I s l a m ♨

Pada permulaan agama Islam, Allah SWT menghantarkan kepada kita para Rasul-Rasul-Nya agar kita "mengenal" akan ilmu SYARIAT AGAMA dan segala HUKUM-NYA.

Lalu Allah SWT menghantarkan kepada kita para Wali-Wali-Nya bagi menyempurnakan maqam iman kita, agar kita "mengenal" akan ilmu HAKEKAT AGAMA dan segala HUKUM HAKEKAT bagi mencapai maqam "kesempurnaan iman" melalui ilmu Ihsan dan kesucian zahir dan batin dalam menuju-Nya, serta menjalankan segala amanah-Nya sebagai seorang KHALIFAH ALLAH yang "perfect" di mukabumi ini seperti mana perjanjian kita kepada Allah semasa Azali dulu : "KAMI DENGAR DAN KAMI TAAT" ..

kita dah setuju untuk memikul amanah sebagai Khalifah Allah dimuka bumi ini. Allah, Rasulullah dan para Sahabat memuliakan Wali-Wali-Nya dengan panggilan "Khalifah Allah" di muka bumi atas kerana "mereka" telah menjalankan semua "AMANAH" Allah dengan sempurna seperti yang disampaikan oleh Rasulullah dan seperti yang dikehendaki Allah... umat muslim dan mukmin yang perfect keislaman dan keimanannya di di sisi Allah SWT.

Imam Ali Bin Abi Thalib berkata kepada Kumail An Nakha’i:
(*dikatakan juga ia hadis yang Saidina Ali mendengarnya dari Rasulullah lalu disampaikan kepada An Nakha'i) :

“Bumi ini tidak akan kosong dari hamba-hambaAllah yang menegakkan agama Allah dengan penuh keberanian dan keikhlasan, sehingga agama Allah tidak akan punah dari peredarannya. Akan tetapi, berapakah jumlah "mereka" dan dimanakah mereka berada? Kiranya hanya Allah yang mengetahui tentang "mereka". Demi Allah, jumlah mereka "tidak banyak", tetapi nilai mereka di sisi Allah sangat mulia. "Dengan mereka", Allah "menjaga agama-Nya" dan syariat-Nya, sampai dapat diterima oleh orang-orang yang 'sama' seperti mereka. Mereka menyebarkan ilmu dan ruh keyakinan. Mereka tidak suka kemewahan, mereka senang dengan kesederhanaan. Meskipun tubuh mereka berada di dunia, tetapi rohaninya membumbung ke alam malakut. Mereka adalah "khalifah-khalifah Allah" di muka bumi dan para da’i kepada agama-Nya yang lurus. Sungguh, betapa rindunya aku kepada mereka.”

AHLI SYARIAT & AHLI FEKAH YANG TERCELA?
Cuma malangnya insan-insan yang ada pada zaman ini majoritynya telah hilang sifat keinsanannya di dalam keimanannya kepada Allah. Sudah tidak kenal "amanah Allah" ... patuh hukum syariat dalam kejahilan .. umat yang taat hukum Syariat tapi "tidak taat hukum Hakekat iaitu para hamba-Nya yang muslim yang tidak menjalankan amanah-Mya selepas mematuhi hukum Syariat, tapi gagal mematuhi hakekat batin islam, zahirnya taat tetapi batin hatinya masih Tercela.

(1) Memikul Syariat & Hakekat (taat Jasad & taat Qalbi)

(2) Menjadi Khalifah Allah yang TERBAIK di atas mukabumi ini. Salah satu sifatnya Khalifah Allah adalah : bersifat "amar ma'ruf dan nahi mungkar" tetapi menjalankannya di dalam adab dan "berakhlak mulia" .. menjadi para daie-daei-Nya dalam menyeru umat kepada cahaya Islam dan Iman.

Seruan Islam bukan hanya untuk orang muslim sahaja. Tetapi yang lebih penting MENYEBARKAN AGAMA ALLAH DILUAR LINGKUNGAN UMAT YANG TELAH BERIMAN KEPADA AGAMA INI IAITU KEPADA GOLONGAN KAFIR YANG MASIH BELUM MENGENAL ALLAH DAN NUR ISLAM DAN IMAN.

Menyeru keislaman atas seorang yang masih kafir adalah jauh lebih baik daripada kamu setiap hari mencela-cela 100 orang pendosa dengan tampa berani kamu menengakkan "amar maruf nahi mungkar" atas mereka dengan adab dan berakhlak mulia seperti yang Rasulullah anjurkan.

Jika kita gagal menjalankan amanah Allah ini, maka kita adalah umat muslim yang "gagal" pada pandangan Allah, malah sifat sifat tercela yang kita pamirkan atas masyarakat awam menjadikan Allah SWT lebih murka kepada kita daripada dipandangnya kita dengan pandangan Rahmat-Nya bila hati kita kotor di dalam ketaatan. Kita menjadi umat-umat yang gagal menjalankan amanah-Nya. Dan Rahsia Allah dan Muhammad yang disembunyikan di dalam diri kita itu sudah tidak lagi mempunyai apa apa lagi ertinya. Tahu rahsia "hakekat Muhammad" tetapi diri dan hati masih kotor tercela, iaitu ilmu-ilmu yang tidak mendatangkan manfaat pada diri dan pada orang lain. Kita bagaikan parasit-parasit yang merosakkan agama pada pandangan-Nya, para hamba-hamba-Nya yang TIDAK BERQUALITY.

Rahsia Ahmad di dalam Muhammad :

Continue : Bab AHMAD Tersembunyinya Rahsia-Nya :
Dalam perbahasan ilmu Tasawuf, perkataan "MANUSIA itu membawa makna pengertian : "DIRI YANG MENGANDUNI RAHSIA" .. Begitu juga dengan namanya AHMAD ..

Bagi orang awam, makna "Ahmad" dan "Muhammad" adalah sama ja, individu yang sama juga, ditafsirkan secara zahir membawa erti, "ahmad" itu adalah nama ringkas panggilan bagi Muhammad SAW... ini kefahaman dari sudut ilmu zahir, ya memang itulah makna pentafsiran menurut ILMU ZAHIRNYA, ahmad adalah panggilan bagi Muhammad ..

Tetapi dari sudut pandangan ilmu batin @ ilmu hakekat, ia membawa maksud yang lebih mendalam (terahsia) dan "sebahagian" dari ILMU BATIN HAKEKAT AGAMA ISLAM ini, ianya adalah ilmu yang tidak wajib diajari dan diberitahu kepada semua "manusia awam", tetapi sebahagiannya lagi dari "ilmu batin islam" ini wajib diajari kepada manusia "awam" contohnya tentang ilmu "Mengenal Allah", "Mencintai Allah dalam ketaatan" dll .. wajib diajari berdasarkan ilmu pengetahuan yang ia ada dan batas kemampuan orang "awam" yang mendengarnya. Ilmu awam khusus untuk orang awam, dan ilmu khusus hanya untuk orang khusus bergantung kefahaman yang ia ada atas kurniaan Allah atas dirinya sendiri bagi disampikan kepada yang lain, begitulah seterusnya ..

Hakekat Ahmad (yakni rahsia Allah) disembunyikan Allah di dalam rahsianya Muhammad.. dengan kata lainnya, Rahsia Tuhan sembunyikan di dalam diri Insan iaitu Rahsia Allah tersembunyi di dalam Qalbu Mukmin - umat Muhammad yang bersyariat di dalam berhakekat.⊙

"Bersyariat di dalam Bertasawuf"
"Mengamalkan Fekah sejalan dengan Tasawuf"

⊙ B i s m i l l ah : Rahsia Hakekat Insan ⊙
Firman Allah SWT dalam Hadist Qudsi :

"Aku jadikan pada tubuh anak Adam itu (manusia) QASRUN (istana), di situ ada SADRUN (dada), di dalam dada itu ada QALBU (hati tempat bolak balik akal), di dalamnya ada lagi FU'AD (jujur ingatannya), di dalamnya pula ada SYAGAF (kerinduan), di dalamnya lagi ada LUBBUN (merasa terlalu rindu), dan di dalam LUBBUN ada  SIRRUN (mesra/rahsia hakekat), sedangkan di dalam SIRRUN ada "AKU".

Semua rahsia-rahsia hakekat agama Islam ini "dibocorkan" Allah SWT kepada para hamba-hamba-Nya yang "berhajat" di dalam Hadis Qudsi, Hadis Muhammad dan Firman-Nya Al Quran .. tujuannya adalah cuma satu, AGAR PARA HAMBA-NYA DAN PARA KHALIFAH-KHALIFAH-NYA "MENGENAL" AKAN DIRI-NYA SENDIRI IAITU ALLAH SWT - "TUHAN MAHA "TERCANTIK" DARI SEGALA-GALA YANG TERCANTIK PADA ALAM INI. AGAR KAMU MENGENAL SIAPAKAH TUHAN DAN SIAPAKAH INSAN AGAR KAMU "MENCINTAI" KEPADA YANG LEBIH HAQ (ALLAH) DARIPADA YANG BATIL (MAKHLUK FANA).

بسم الله الرحمن الرحيم .

♨ Hadis Qudsi :♨

"Aku adalah ' kanzun mahfiyyan ' , Aku ingin ditemukan dan dikenali, (lalu) Ku ciptakan makhluk agar mereka mengenali Ku."

"AKU CIPTAKAN MAKHLUK AGAR MEREKA MENGENALI-KU" ??

... Awalannya adalah MENGENAL dan penghujungnya CINTA iaitu duduknya maqam Kesempurnaan Iman iaitu Mencintai Allah melebihi dari segala-galanya."

"Rabiatul Adawiyah tidak pernah menjelaskan mengapa umat manusia WAJIB MENCINTAI ALLAH SEPERTI DIRI-NYA. Asasnya sudah dijelaskan di atas dengan izin-Nya. Dan Rabiatul Adawiyah telah mencintai Allah "tampa" sebarang sebab. Namun kita wajib berusaha menuju maqam mencintai Allah sekalipun "bersebab", atas kerana telah Rasulullah saw bersabda (hadis sahih) "Maqam kesempurnaan iman duduknya pada MENCINTAI ALLAH melebihi dari segalanya yang ada pada alam ini."

... dan ahli neraka adalah terdiri dari orang-orang yang TIDAK SEMPURNA IMANNYA DI SISI ALLAH SWT. Mungkin saya atau mungkin kamu? Wallahu'alam.

SEKIAN - WASSALAM. 🙏

⊙Dua hadis Qudsi di atas adalah sumbangan ehsan tuan Kalam Qadim dan Al-Haqir Roqani group whatsapp Tauhid Hakekat / Menuju Rahmat Allah.

⊙ Soalan yang diajukan di atas berasal dari group whatsapp Ikhwan Jabal Turki Naqsyabandiah. Penulisan di atas adalah versi suntingan dan tambahan bagi kesesuaian bacaan umum @ awam. maaf atas segala kekurangan & kesalahan dlm penulisannya. mudahan ada pahalanya dan keampunan di sisi pandangan-Nya. aamiin.

⊙abuya⊙penjaga makam sufi 2015◎

No comments:

Post a Comment