Wednesday, 15 July 2015

Tasawuf hurai


Soklan : tuan Kalam tulis ayat yang tak faham :
Bismillah : bagus soalan buat adik2 di atas yang ajukan tu, iklas dalam bertanya dan tidak berniat memperleceh "penyampai ilmu-Nya" (*tahu menjaga adab diri dlm majlis ilmu dengan "menjaga lidah" tidak mencela dlm majlis yang dimuliakan Allah ini : Allah "turut membaca" sama apa yang ditulis di sini) ...

Begini adik, bahasa tuan Kalam tu adalah dikenali sebagai bahasa orang-orang Tasawuf/Sufi ataupun ayat-ayat bahasa qalbu orang-orang yang sedang mendalami ilmu tasawuf dlm mendekati diri dengan Allah SWT.

Bahasa orang orang yang sedang bertasawuf (hati sufi yang sedang "terbang" menuju Tuhannya) .. bahasanya ringkas tapi ia bersumber dari ilmu "laduni" dari Allah (*diilhamkan dari "sentuhan Allah" ke dalam hati seseorang insan yang dikehendaki-Nya)..

.. ayat-ayat tu "terbit" dari qalbu hati tampa dirancang susunan ayatnya, ia spontan "terbit dari hati" lalu terpancar dari bibir si hamba Allah yang sedang "asyik" "berdua-duaan" dengan Allah @ saat kusyuk berzikir di qalbu & bertafakur/bermuraqabah ... ayat tu "terbit" dengan sendiri dengan kehendak Allah. (Orang yg duduk dlm panggung wayang takkan dapat "bahasa hati" bisikan ketuhanan ni, melainkan ahli maksiat diberikan "bisikan syaitan" ilmu berbuat kejahatan). Begitu lah sebaliknya.

Bahasa ayat qalbu yang datang dari "sentuhan Allah" ni biasanya ayat ayat ringkas, tetapi mengandungi ilmu-ilmu "hati" yang sangat berharga, biasanya ia ilmu untuk menajamkan akhlak hati antara "kita dengan Allah SWT" ... sebab bila Allah telah "menyukai diri" seseorang, maka ALLAH akan memberi padanya "ilmu" didikan hati (*pendidikan Rohani dari Allah sendiri) bagi "lebih memperelokkan" akhlak hatinya dengan Allah, atas sebab, siapa paling tinggi akhlak hatinya, maka dialah yang akan lebih berhak mendapat kasih sayang dari Allah, Cinta Allah, Rahmat Allah, Kerinduan Allah dll.

Wali wali Allah silam ada menyebut : "
jika Allah berkehendak memberi Cinta-Nya kepada seseorang hamba-Nya, maka yang pertama sekali Allah akan "mengajarinya" ilmu akhlak dan adab hati" (Didikan Qalbi secara khusus) kepada insan tersebut" ...

"Bahasa bahasa hati" ini (hingga terbentuk ayat perkataan) ni dikenali sebagai "Bisikan ketuhanan" (bila "angin bertiup", maka pohonpun bergoyang tampa dilihat wujudnya "angin" yakni Allah si "pembisik rohani hati"), walaupun ia bahasa yang ringkas susunan ayatnya, tetapi boleh diterjemahkan dengan 100 tafsiran "berbeza" mengikut tahap kefahaman masing masing yang Allah izinkan. Tapi jika tak faham hari ini (ayat tuan Kalam tu), bukan bermakna kita takkan faham selamanya ... ia bersifat sementara sahaja.

Kalau tidak faham, itu bukan bermakna apa yang disampaikan tu tak betul, atau guru tak bijak mendetailkan makna tersirat, ataupun bahasa terlalu tinggi menyusahkan orang untuk faham ... tapi itu sebenarnya isyarat dari Allah kepada kita yang "tak faham" (susah nak faham tu) agar kita berusaha untuk "mendalami" ilmu tasawuf ni lebih mendalam dan mengikut saluran yang betul (berguru tarekat Sufi).

Bahasa hikmat tasawuf tu, sebenarnya bagaikan umpan dari "Allah" agar kita tertarik hati untuk mengetahui "rahsia" makna tersembunyi disebalik dari ayat ayat tu.

😎Itulah cara Allah, nak manarik "hati" para hamba-Nya mendekati ilmu Sufi/Tasawuf ini. Pada mulanya, kita di bawa kedalam group Tasawuf Sufi ini.. Kemudian DIA memperkenalkan kita dengan ahli-ahli Tasawuf-Nya(sama sama kongsi ilmu yang ada, sama sama meratah ilmu-Nya).. Lalu DIA memperkenalkan "kita" dengan "bahasa" para Wali-Wali silam (Al Hikam @ Kalam Nur) ..

... DIA beri kita "peti harta karun" menarik(ayat ayat hikmat tasawuf Sufi) tapi tampa disertai kunci peti (tak faham makna tersirat).. maka hati kita akan terasa 'rindu' tertatik untuk mengetahui makna tersembunyi disebalik setiap ayat ayat tu walau tak faham tapi "hati" ingin sangat untuk TAHU).. maka kita akan mencari "JALAN" untuk belajar  sampailah kita "faham" apa apa yang kita tak faham tu dengan tampa di ajari sesiapapun kecuali Allah lah sendiri yang memberi "faham" tu dengan jalan iktiar belajar dan mendalami ilmu Sufi/Tasawuf ini.

...  Inilah rahsianya ilmu para wali wali Allah dan bahasa wali wali silam - hati akan kecanduan untuk mengetahui makna yang tersirat  disebalik setiap ayat Kalam Kalam-Nya melalui Kalam Makhluk-Nya .. (Wakil Allah di bumi bagi menyampaikan "pesan nasihat" setelah KETIADAAN PARA NABI DAN RASUL) ... inilah yang dikatakan sebenar-benarnya "Pelita ilmu" ... Pewaris ilmu "BATIN" para Nabi dan Rasul silam.

Pintu kerasulan telah ditutup selamanya, maka tiada lagi syariat syariat baru .. Namun adanya Berita berita perkhabaran gembira dari Allah setelah tertutupnya pintu kerasulan ... walaupun tiada lagi ilmu Syariat yang baru .. tetapi Ilmu-ilmu BATIN ISLAM SILAM yang "hidup" ini akan berterusan turun dari Langit (cicak berbunyi) melalui ilmu ilham, ilmu mimpi, dan ilmu "Laduniah" ... (maksud hadis) "mimpi benar dari para muslimin itu adalah sebahagian dari (ilmu) kenabian." ... itu jika dari muslimin awam, tapi untuk tinggi sikit dari awam, diberi ilham, tinggi lagi kesucian hati, akan diberi ilmu Laduni .. Seperti mana maqam nafsu adanya bertingkat tingkat, maka ilmu batin yang ghaib dari Allah inipun bertingkat tingkat juga..

maqam ilmu ini diberi mengikut maqam ilmu seseorang dalam mempelajari ilmu silam ni dan "kebersihan" hatinya..

Mempelajari ilmu silam para Wali-Wali ini (ilmu Sufi@tasawuf) adalah fardhu ain - Wajib belajar tasawuf sama sepertinya wajib belajar solat. Jika tak belajar, akan menanggung dosa kejahilan sampai mati.. dua dua ilmu ni Wajib belajar dan berdosa besar jika ditinggalkan (*belajar syariat tapi tasawuf abaikan - jadik fasik dlm dlm menjalani syariat/fekah).

Bahasa tuan Kalam tu ada masanya dah cecah tahap "pertengahan" & "ending" ... so memang buat adik adik yang masih belum ada "basic" tasawuf tu akan rasa tertekan untuk faham (ini normal). Sebenarnya ayat tuan Qalam tu bukan ditujukan untuk umum "awam" .. tapi khusus buat yang telah menjalani tarekat Sufi .. sebab yang dah adalah tarekat Sufi ni, bermakna dia dah ada "basic pengetahuan ilmu tasawuf Sufi", walaupun tidak tak faham secara jelas, tapi dia dah boleh faham "sikit-sikit" dgn ayat-ayat tinggi tinggi ni..

Bukan bermakna adik yang tak faham tu tak bagus, tapi "masa" untuk adik faham tu masih belum "sampai" .. ia perlukan masa tertentu .. perlu sabar menuntut ilmu-Nya.

Jadi pada adik adik yang tak mengerti makna tu, ia bersifat "sementara" sahaja (sy pun dulu sama ja), tapi jika ada iklas nak "mempelajari" dan "mendalami" tu, azamlah dalam hati : "Ya Allah, berilah aku kefahaman ilmu yang bermanfaat, dan tunjuklah jalan sampai untuk "faham" dari ilmu-ilmu-Mu yang tersembunyi dari pengetahuanku, lapangkan lah dadaku untuk ilmu-ilmu-Mu ya Allah Tuhan yang maha mendidik Nabi yang buta huruf" (Rasulullah bersabda, semuanya bahasa bahasa ilmu yang datang dari Allah swt jua). In sya Allah, suatu masa nanti akan faham sendiri juga tampa dijelaskan maknanya ...

ADAB-ADAB DALAM MENUNTUT ILMU-NYA :

Untuk mendapat "berkat ilmu" dlm sesuatu majlis ilmu, contohnya dlm wasap ini ... cuba elakkan lah dari "mencela-cela" dalam hati dari setiap ilmu dari penyampai ilmu tu.. elakkanlah dilintas dlm hati : "eleh, cakap mcm bahasa al hikam wali wali, tah tah diapun tak paham ape tah, syok sendiri ke ni?" ... (*ini sebenarnya adalah bisikan iblis laknatullah yang "masih" mendiami hati kita, jadi ilmu Tasawuf ni sebagai anti virus "gangguan" jahat dari iblis ni, sebab tu wajib dipelajari bagi membaikkan hati dari kerosakan iblis)

Ayat ni "terzahir" pada permukaan hati berpunca dari sikap "AKHLAK HATI" yang buruk dan tercela (pengaruh iblis dan qarin jiwa yang masih "liar buas" tidak terdidik)... dan inilah salah satu sebab utama Allah swt tidak beri kita "kefahaman" yang kita cari tu, sebab bila lintasan hati kotor, maka "ilmu Allah" yang tinggi tu gagal "melekat"  sampai kepada kefahaman hati kita, Allah tak izin "cahaya Suci-Nya(ilmu)" ditempatkan pada hati yang kotor.

Guru Sufi berpesan : kalau nakkan kefahaman ilmu Allah yang tinggi tinggi, jagalah kebersihan hati, jangan sesekali mencela guru yang menyampaikan ilmu, dia beri kita nasihat ilmu untuk menjadikan kita "insan baik", sedangkan kita membalas dlm hati kepada guru ilmu dengan "sangkaan buruk" untuk kondem merendahkan guru yang "iklas" memberi kita "cahaya ilmu" ...

Kata Imam Al Ghazali : "ilmu tasawuf ini bukanlah untuk orang orang yang jahat yang jahat hatinya, tetapi ia adalah ilmu untuk orang orang baik untuk membaikkan hatinya."

Kita akan dianggap jahat jika sang guru memberi kita ilmu yang baik, tapi kita membalasnya dengan kejahatan (sangkaan tak baik, mencela dll) inilah yang imam Al Ghazali maksudkan di atas tu.

Kefahaman dlm bahasa bahasa tasawuf ini datangnya dengan dua cara ... (1) belajar asas tasawuf, (2) kemudian "dibantu Allah" untuk faham (*faham ilmu tasawuf dengan Allah, tapi bukan hati bertawakal pada makhluk untuk datangnya kefahaman tu). Kalau Allah tak izin untuk faham, belajar 100 kitab pun dan berguru 100pun, tetap tak faham juga...

... Tapi iktiar untuk faham dengan berguru tak salah, tapi yang salahnya bila "hati" bergantung pada guru untuk sampaikan kefehaman tu, itu namanya syirik tersembunyi dlm menuntut ilmu. Kita seolah "rasa" gurulah yang "penyebab" datangnya faham tu.

*(Contoh bertawakal hati dgn 'kuasa makhluk') "terima kasih guru, kalaulah sy tak jumpa guru, tentulah sy jahil selamanya, terima kasih kerana didik sy ... padahal Allah lah yang menghantarkan guru tu kepada kita sampailah hati kita faham sesuatu ilmu dari-Nya .. dan DIA jugalah yang "mendidik" kita "melalui" bekas "pengganti diri-Nya (guru, mursyid, wali wali-Nya).

... Hakikatnya, tugas guru cuma "menyampaikan" sahaja "amanah-Nya"(ilmu), tapi Allah lah yang mendidik kita "disebalik tirai" hijab alam. Tapi kalau hijab alam tu disingkapkan, maka kita dah tak berhajat atas ilmu ilmu tersembunyi tu. Jadi, Allah cuma hantarkan wakil-Nya bagi menjelaskan tentang DIRI-NYA sendiri.. dan nasihat-Nya..

sy ada terjumpa satu bait sajak dlm kitab Ana al Haq. Sajak tu 10 tahun sy cuba "faham", dipaksa paksa akal, cari dlm kitab lain maksud poem tu, tetap tak faham .. tapi rupanya lepas minta dari Allah sendiri untuk faham, mengaku depan Allah bahawa diri sangat jahil, maka baru kefahaman tu datang beransur ansur dari Allah. Rupanya kefahaman ilmu Allah ni tak datang kepada hati yang masih tersimpan "sifat meninggi diri" (sombong ilmu, riak ilmu, buruk akhlak hati dan malas belajar), Allah hanya "mengajar" ilmu pada orang orang yang sudi "merendahkan dirinya" untuk belajar ilmu. Malas belajar, dan lebihkan ilmu duniawi, maka kejahilan tu akan kekal selamanya pada diri kita.

Mulakan dengan "langkah pertama" dalam pendakian .. siapa iklas, menjaga syariat dengan tawaduk menghina diri, baik akhlak hatinya dalam memandang dan suci hatinya, maka dialah para tetamu ke taman Allah.

.. sekadar perkongsian, maaf jika melalut ke laut .. mudahan ada yang faham sikit sikitpun okey la tu.. 💚

Bunyi berdentum disangkakan kilat,
Kilat berdentum disangkakan kiamat,
Bangunlah Kuntum untuk bersolat,
Di dalam Solat tersembunyinya Hakekat.


"Di dalam ayat hakekat tersembunyinya "maklumat"
Maklumat2 terpenting tentang ilmu makrifat ..
Ilmu makrifat tentang rahsia-rahsia "solat" ...
Jalan Wali Keramat pembawa "selamat" ..

"Neraka wail buat orang yang bersolat tapi lalai..
Sedangkan ilmu wali wali ini kunci utamanya
Untuk mendatangkan khusyuk lebih dari maqam
Kusyuk muslim awam yang binasa dlm neraka wail.
Beza Wali dan muslim awam.
Wali tahu apa yang ia sembah dan siapa yang dia sembah tu (Kekasih) maka jika adanya "cinta" pada Allah, maka khusyukpun datang.
Sedangkan awam tidak tahu apa yang ia sembah walaupun dia tahu tuhannya bernama Allah, namun bila tidak kenal siapa yang ia sembah tu, maka dia tidak anggap Allah tu sebagai "Kekasih", maka "rasa Cinta" pun tiada dihati, disembahnya Allah secara "tawar hati", maka kusyukpun hilang, bila terbayang "kekasih makhluk" di dalam solat, terbayang duit, terbayang boss handsome, terbayangkan wife org kat opis sangat seksi gedik bergetah, terbayangkan suami dah ada kekasih baru dll

... semua ni berpunca atas sebab hati "masih" lagi ada cinta kepada selain dari Allah ... tapi orang yang ada "rasa" cinta kepada Allah, solatnya "lazat", sujudnya "nikmat", maka kusyuk dlm solatpun "terpelihara" dengan cinta kepada Allah ... bila dah ada "rasa cinta" .. maka dalam solat dah tak terbayang dah "benda lain" kecuali terbayangkan betapa "hebatnya kecantikan" Allah ... bersujud penuh nikmat bagaikan dirasa mendakap memeluk dan "mencium Wajah Allah" ....(Allahuu'akbar) .. inilah maqam Solatnya para Wali-Wali Allah silam.. Bila Cinta Insan Kepada Tuhan semakin berkurangan ... Kusyuk para hamba-hamba-Nya pun semakin berkurangan ... tiada "Quality Pada Solat Kita" ...Rokok dan Sujud yang "tawar", rasa menyampah ja nak sujud akhir lebih dari 5 minit untuk "berbisik bisik" hati dengan Allah ... (*Aku paling hampir dengan HambaKu pada saat sujud) ... apa kaitan Wajah Allah yang "tercantik" dan "terhampir saat sujud" .. (?) .. wallahu'alam.  ✨✨⭐🌙✨✨

No comments:

Post a Comment