Yang mencari, juga adalah yang dicari..
Yang bersolat, juga adalah yang disolat..
Yang menilik, juga adalah yang ditilik..
Yang menyembah.. Juga adalah yang disembah!
Yakin dan percayalah!
Semua yang berlaku itu bukanlah kehendakmu melainkan Dia.
Dia bukan sahaja mengujimu, malah semua yang berada di sekelilingmu yang semata2 menjadikan kamu seorang yang bijaksana mengenal Dia-lah Allah Rabbul Izzati Rabbul Alamin.
Maka, bersyukurlah di atas segala nikmat-Nya yang tidak mengenal sama ada yang baik mahupun yang buruk.
Apakah kamu tidak malu meminta2 kepada mereka yang tidak kamu kenali?
Mereka bukan sahaja tidak akan melayan permintaanmu, malah mereka mungkin sahaja akan menghinamu.
Begitu juga dengan Allah.
Apakah kamu tidak malu meminta2 sesuatu hajatmu kepada Allah yang tidak kamu kenali? Sedangkan Dia lebih mengetahui sebelum kamu meminta2 kepada-Nya.
Bagaimana Allah mahu memenuhi segala hajat permintaanmu sedangkan Dia menuntut agar kamu mengenali-Nya terlebih dahulu.
Dia mungkin sahaja akan menghinamu dengan istidraj dan kifarah-Nya kerana ketiadaan adabmu meminta2 kepada Dia yang tidak kamu kenali.
Sekiranya kamu mengenali-Nya, pasti istidraj mahupun kifarah yang kamu kenali itu tidak ada pada hakikatnya kerana Dia yang dikenali itu Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah.
No comments:
Post a Comment