Hakikat Haji itu ialah engkau bersama Allah, bukan berada dibumi Arafah tetapi berada disisi Allah iaitulah hakikat Wuquf
Haji dimekah diwajibkan hanya sekali seumur hidup bagi orang yg ada kemampuan,Haji didalam diri setiap waktu
Wukuf diarafah seumur hidup hanya sekali, Wukuf didalam diri setiap waktu
Setelah engkau selesai menunaikan ibadat Haji, maka Tawaf perpisahan-lah dengan Kaabah dan Mekah
Tinggalkan Kaabah dan Mekah, kembali-lah kepada Tuhanmu
Janganlah engkau bersedih lagi kerana semua itu makhluk ciptaan Allah, bukan Allah
Berhaji dan Wuquf-lah engkau bersama Allah selama-lamanya
Apabila engkau dikurniakan merasai hakikat Haji, maka akan hilanglah rindumu kepada Mekah dan Kaabah
Ahli Makrifatullah yg sebenar itu tidak pernah membatalkan dan menghina ibadat Haji dimekah yg diwajibkan oleh Allah, melainkan si-pendusta yg munafik
Semoga engkau dan aku dikurniakan oleh Allah hakikat Haji
- BUTA SELAIN ALLAH
No comments:
Post a Comment