ERTI TAUHID
Tauhid boleh di ertikan sebagai suatu keyakinan yang mutlak terhadap Allah s.w.t. tanpa disekutukan dengan yang lain.
Apabila kita tauhid dengan Allah s.w.t. bererti kita benar-benar bergantung kepada-Nya, tanpa sedikit pun ragu, syak wasangka dan was-was terhadapNya.
Tauhid kita kepada Allah adalah meliputi :
-Zat Allah
-Sifat Allah
-Asma Allah
-Afa’al Allah
Firman Allah di dalam Al-Quran
Surah : Al-Fatihah ayat 3-4
Ertinya :
Engkaulah Tuhan yang memiliki hari kemudian. Kepada engkau kami menyembah dan kepada engkau kami minta pertolongan.
Tauhid pada Zat Allah maknanya adalah kita bergantung mutlak bahawa Zat Allah sahaja yang memerintah di alam semesta ini, dan Dialah tuhan semesta alam dan tidak pula kita menyekutukan Nya dengan yang lain, seperti firman Allah s.w.t di atas.
Tauhid pada Sifat Allah bererti kita bergantung sepenuhnya kepada Allah dan kita tidak berhak di atas sesuatu apa pun kecuali dengan izinNya.
Tidak hidup aku hanya Allah yang hidup, tidak mengetahui aku hanya Allah sahaja yang mengetahui, tidak mendengar aku hanya Allah yang mendengar, tidak melihat aku hanya Allah sahaja yang melihat, tidak berkuasa aku hanya Allah yang berkuasa, tidak berkehendak aku hanya Allah sahaja yang berkehendak, tidak berkata-kata aku hanya Allah yang berkata-kata. Dialah sebenar-benarnya bagi segala-galanya.
Caranya adalah dengan kita menafikan diri zahir kita dan mengisbatkan kepada Allah s.w.t. sahaja.
Tauhid pada Asma Allah bererti kita memandang bahawa setiap yang ada dan yang wujud itu adalah membawa nama Allah.
Seperti firman Nya di dalam Al-Quran
Seperti firman Nya di dalam Al-Quran
Surah : Al-Baqarah ayat 115
Ertinya :
Di mana sahaja kamu menghadap di situlah kamu lihat wajah Allah
Firman Allah di dalam al-Quran lagi
Ertinya :
Dialah pencipta yang mengadakan bentuk rupa dan mempunyai nama yang paling banyak.
Tauhid pada Afa’al iaitu kelakuan Allah s.w.t. di mana kita menafikan kelakuan diri zahir kita kemudian mengisbatkan kepada diri batin kita iaitu kelakuan Zat Allah s.w.t. semata-mata.
Dengan dalil :
Ertinya :
Saksikan yang banyak pada yang satu.
Saksikan yang satu pada yang banyak.
Ada pun makna kita saksikan yang banyak kepada yang satu adalah dengan kita melihat dan menyakini bahawa semua perbuatan dan perlakuan di atas alam semesta ini adalah datang dari pada yang satu iaitu perbuatan Zat Allah Taala semata-mata.
Dan ada pun makna kita saksikan yang satu pada yang banyak adalah dengan kita melihat dan meyakini bahawasa nya perlakuan Zat Alllah lah yang menghasilkan atau menimbulkan perlakuan serba beraneka ragam di atas alam dunia ini.
No comments:
Post a Comment