*MENCINTAI KEMATIAN/BERTEMU TUHAN*
[24/09 10:46 am] Admin Syed Alwi Kalam Qadim :
ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ
*"Barangsiapa yg suka bertemu dengan Allah, maka Allah juga suka bertemu dengannya. Akan tetapi barangsiapa yang benci bertemu dengan Allah, maka Allah juga akan benci (untuk) bertemu dengannya"*- (SAHIH BUKHARI) -
[24/09 11:01 am] Admin Mamat Rupee Feel Islam :
*Assalam. Tolong pm ambo pada penjelasan soalan ini :*
*(1) Bertemu secara depan mata ke atau macam mana?*
*(2) Takut kepada Alloh ni macam mana?*
🍀➰🍀➰🍀➰🍀➰🍀
*Jawapan :* .. Bismillah : Pertemuan dengan Allah yang dimaksudkan di atas tu adalah "mati" sahabat. "Bertemu" yang dimaksudkan pada hadis ini adalah tentang hidup selepas mati nanti. Ya : bertemu Allah secara berdepan @ Allah melihat kita dan kitapun dapat melihat Dzat Wajah Allah seperti mana kita memandang bulan secara mata zahir (maksud hadis) wallahu'alam..
"Bertemuk dengan Allah antara Dzat (Wajah) Allah SWT dengan zat (jasad/penglihatan mata) insan di syurga nanti jika "diizin Allah" (aamiin), iaitu selepas berlalunya 3 alam ini : dunia fana ini, melepasi alam kubur dan selepas melalui alam akhirat di padang masyar nanti.
Jika ada ensan dan 'keampunan-Nya', dengan rahmat-Nya, dapatlah kita *bertemu dengan Allah SWT di syurga nanti* - in sya Allah.
Malangnya kita ini umat diakhir zaman di mana bertebarannya _fitnah alam, kejahatan manusia dan kejahilan umat_ yang melata di mana mana, yang mana, boleh dikatakan 90% umat islam pada zaman ini, mereka "tak suka" pada mati @ kematian.
Mereka *benci mati* (cicak berbunyi 2 ekor serentak), kalau boleh mereka nak hidup selamanya bersama orang orang tersayang atas sebab *"mereka"* tidak melihat dengan *"mata hati"* apa yang *"ada"* selepas mati nanti _(alam syurga dan alam lebih 'tinggi' dari syurga iaitu "Bersama Allah" @ "Jumpa Allah" secara *berdepan)*_ .. Sebagai perumpaannya seperti mana berdepannya kita dengan "seorang kekasih/isteri" di dunia ini (contoh)😊 ..
Namun sikap hati pada majority umat pada zaman ini, golongan ini beranggapan *"kematian"* itu adalah hal yang harus *"dibenci"* dan *"ditakuti"* atas sebab gagal melihat nikmat nikmat yang disediakan Allah selepas mati nanti.
Jadi Rasulullah SAW sangat mengerti akan adanya kalangan umat manusia/islam di akhir zaman yang bersifat hati seperti ini iaitu buta mata hati dalam "melihat" nikmat nikmat do alam akhirat selepas berakhirnya alam fana yang kita diami tidak lama ini.
Jadi ayat sabdaan Baginda SAW tersebut sebagai suatu 'saranan', 'motivasi qalbi', iaitu suatu "nasihat" pemantap keimanan kita supaya setiap umat islam ini lebih lagi buat golongan alim ulama, "ahlilah" @ "arifbillah" supaya *jangan takut pada kematian.*
... Atas kerana *alam kematian* @ fenomena fasa sakaratulmaut ini, bagi orang orang yang beriman kepada Allah dan *para Wali Wali Allah,* mereka anggap mati & kematian itu sebagai suatu gerbang pintu masuk menembusi (memasuki) ke fasa _Relung Ketuhanan®(Melihat Rabbul Jalil Allah Taala di syurga)_ yang berada di atas alam syurga-Nya yang lebih rendah arasnya dari relung Ketuhanan-Nya, ataupun ayat mudahnya, bertemu "Kekasih terhebat" di syurga nanti @ Dzat Allah SWT @ "Melihat Kehebatan Wajah-Nya yang Maha Tercantik di syurga®.. _(malangnya kefahaman ini telah "hilang" dari hati majorty umat pada zaman ini)_
Jika kita bencikan kematian _(hakekatnya mati itu fasa pengembaran menemui Tuhan)_, sifat akhlak rendah ini di sisi Allah SWT, .. Allah anggap seolah kita *"benci"* untuk bertemu dengan-Nya" disyurga nanti. Maka Allahpun akan benci untuk menanti (kita) orang orang islam yang bersifat hati seperti ini.
_*"Allah itu seperti apa yang para hamba-Nya 'sangkakan'"*_ Jika kita benci untuk bertemu dengan Allah _(melalui alam kematian)_ maka Allahpun akan benci untuk bertemu dengan kita di akhirat nanti.
Sangat Celakalah buat orang orang muslim yang telah "dibenci" Allah! Celakalah nasib buat orang orang yang "tidak di nantikan" kedatangannya oleh Allah SWT di akhirat kelak! Kita akan akan dilupai Allah! Kita akan jadi para hamba-hamba-Nya yang "terpinggir" yang "dijauhkan" dari rahmat-Nya, dibenci-Nya dan dibenci oleh para malaikat di langat!
*Wajib Membuang Sifat Benci Pada Kematian*
Sama ada *BENCI* atau tidak pada *MATI,* hakikatnya kita tetap tidak mampu untuk *lari dari kematian.* Kematian ini adalah _Sunnatullah_ yang pasti akan kita "melaluinya" nanti. Kita "tiada pilihan lain" ..
Jadi sebagai ilmu _"pujukan hati",_ sebagai umat islam yang beriman kepada-Nya, *maka kita wajib membersih hati dari perasaan benci kepada kematian* .. atas sebab mati tu adalah satu satu peluang dan jalan agar kita dapat *berjumpa* Tuhan Maha Tercantik yang tiap hari kita sembah berulang-ulang tampa rasa jemu.
Hasil dari solat dan ketaatan yang kita kerjakan saban hari itu, akhirnya kita beroleh "hasilnya" iaitu diberi peluang (oleh-Nya) untuk "bertemu dengan Allah" selepas berakhirnya alam dunia ini. Kita dapat "melihat" Allah .. Peristiwa yang sangat "ajaib" melihat Wajah-Nya yang Maha Tercantik!®
*Ubah Sikap Hati Mulai Pada Malam Ini*
.. Cintailah kematian dan tidak takut padanya seperti mana umat silam _(para sahabat dan salafussoleh)_ cintakan kematian _(tidak benci bertemu dengan-Nya)_ .. maka Allahpun suka menanti kedatangan mereka.
Takut mati atas kerana amal soleh yang kurang, tidak mengapa dan tidak salah _(itu bukan benci mati)_ atas sebab takutkan azab-Nya yang menanti kita di bawah sana apabila banyak dosa dosa pada-Nya dan pada manusia yang belum "diberaskan" di dunia ini ...
Namun hal di atas ini bukanlah suatu alasan untuk kita "bencikan" kematian. Sebagai umat muslim, wajib kita bersangka baik kepada kematian yang berada "menanti" di hadapan kita ini, atas kerana itulah satu satu "jalan" dapat kita bertemu dengan-Nya _(dengan rahmat, pengampunan, kasih-sayang dan sifat ehsan-Nya kepada kita)_ aamiin. Wallahu'alam.. 🍀
No comments:
Post a Comment