Sunday, 18 September 2016

CAHAYA ATAS CAHAYA

CAHAYA ATAS CAHAYA
Inilah hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:
“Aku telah hafal dari Rasulullah dua macam ilmu, pertama ialah ilmu yang aku dianjurkan untuk menyebar luaskan kepada sekalian manusia iaitu Ilmu Syariat. Dan yang kedua ialah ilmu yang aku tidak diperintahkan untuk menyebar luaskan kepada manusia iaitu ilmu seperti “Hai’atil Maknun”. Maka apabila ilmu ini aku sebarluaskan nescaya engkau sekalian memotong leherku (engkau menghalalkan darahku).
(HR. Thabrani)
Sudah jelas hadis di atas mengkiaskan suatu rahsia yang sangat dalam, ilmu itu ada dua, iaitu ilmu syariat dan ilmu bathin, sebagai mana para ahli tasawuf dan para sufi dalam proses mencari kebenaran sejati dari pengenalan diri dengan pengenalan tuhannya. hai’atil maknum merupakan ilmu hakikat yang sangat rahsia kerana ilmu ini berkait dengan KETUHANAN.. Andai kata kita salah menafsirkan maka akan terjatuh kepada lembah kekufuran, maka sudah jelas hadis di atas adalah untuk para ahli sufi, ladunni, ilmu hikmah, ilmu bathin,,
Hakikatnya, kita selaku hamba Allah, biarlah amal ibadah kita sedikit, asal saja makrifat kita kepada Allah bersemayam di dalam diri kita. Ini adalah lebih bagus daripada amal ibadah yang banyak tetapi hati kita lalai kepada Allah. Allah berfirman:
Maka kecelakaanlah bagi orang² yang solat, iaitu orang² yang lalai dari solatnya, dan orang² yang berbuat riyak.”
QS Al-Maa’un: ayat 4-6.
Rasulullah bersabda “Iman paling afdal ialah apabila kamu mengetahui bahawa Allah selalu menyertaimu dimana pun kamu berada“.
(HR. Ath Thobari)
"Di mana mukamu berada di situ wajah ALLAH"
Wujud alam ini fana (binasa) dalam wujud Allah. Dalilnya ialah Firman Allah dalam Surah An-Nur: ayat 35 yang bermaksud;
"Cahaya atas cahaya, Allah membimbing dengan cahayanya sesiapa yang dikehendakinya." dan "Allah adalah cahaya langit dan bumi."
Kewalian ialah melihat Allah melalui Allah. Kenabian ialah melihat Allah melalui makhluk. Dalam kewalian tidak ada bayang makhluk yang wujud. Dalam kenabian makhluk masih nampak di samping memerhati Allah. Kewalian ialah peringkat fana dan kenabian ialah peringkat baqa.
Tidak ada pandangan yang pernah melihat Tajalinya Zat. Jika ada pun ia mencapai Tajali ini, maka ianya binasa dan fana kerana Tajali Zat melarutkan semua cermin penzahiran. Firman Allah yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah meliputi segala-galanya."
Amiin²

No comments:

Post a Comment