Pesanan Muhammad Al-Baqir, cucu Sayyidina Husain kepada anaknya —
Wahai anakku! Sesungguhnya Allah menyorok tiga perkara dalam tiga perkara —
Pertama, Allah menyorokkan redha-Nya dalam ketaatan kepada-Nya. Oleh itu, janganlah engkau memandang ringan sesuatu perbuatan taat, kerana barangkali di dalamnya terdapat redha Allah!
Kedua, Allah menyorokkan murka-Nya dalam sesuatu maksiat. Oleh itu, janganlah engkau memandang ringan sesuatu maksiat, kerana barangkali di dalamnya terdapat murka Allah!
Ketiga, Allah menyorokkan wali-wali-Nya di dalam makhluk-Nya. Oleh itu, jangan sekali-kali engkau menghina (memandang rendah) seseorang, kerana mungkin dia adalah wali Allah!
— Muhammad Al-Baqir
No comments:
Post a Comment