Tuesday, 27 September 2016

Hakikat Insan

HADIS QUDSI TENTANG QALBU
Firman Allah Ta'ala:
بنيت فى جوف ابن ادم قصرا وفى القصر صدرا وفى الصدر قلبا وفى القلب فؤادا وفى الفؤد شغافا وفى الشغاف لبا وفى اللب سرا وفى السر انا.
Ertinya:
"Aku buatkan di dalam rongga anak Adam satu mahligai, dan di dalam mahligai itu ada DADA, dan di dalam Dada itu ada HATI, dan di dalam Hati itu ada FUAD, dan di dalam Fuad itu ada SYAROFAN, dan di dalam Syarofan itu ada LUBBAN, dan di dalam Lubban itu ada RAHSIA, dan di dalam Rahsia itu ANA."
(Hadis Qudsi).
Syarah (penjelasan) :
1. SHODRON (Dada), dinamai Shodron sebabnya kerana dia adalah tempat terbitnya "Nurul Islam".
Seperti firman Allah:
افمن شرح الله صدره للاسلام فهو على نور من ربه.
"Adakah sama barang siapa dibukakan Allah Ta'ala Dadanya kepada agama Islam adalah dia beroleh cahaya daripada Tuhannya." (az-Zumar: 22).
2. QOLBAN (Jantung hati), sebabnya ialah tempat terbitnya cahaya "Iman".
Firman Allah:
اولئك كتب فى قلوبهم الايمان.
"Merekalah yang disurat Allah di dalam hatinya iman."
3. FUADAN. Yakni tempat batin sanubari, kerana ia tempat terbitnya cahaya "Ma'rifat".
Firman Allah:
ما كذب الفؤاد ما راءى.
"Tiada bohong fuadnya pada barang yang dilihatnya." (an-Najm: 11).
4. SYAROFAN. Umpama embun, kerana ia tempat terbitnya cahaya "Mahabbah" (cinta).
Firman Allah:
قد شغفها حبا.
"Sesungguhnya cintanya kepada bujangnya itu sangat mendalam. " (Yusuf: 30).
5. LUBBAN (Budi), sebab ia tempat terbitnya "Tauhid" atau cahaya fana' pada Allah.
Firman Allah:
ان فى ذلك لذكرى لاؤلى الالباب.
"Sesungguhnya pada yang demikian itu benar² terdapat pelajaran bagi orang berakal. " (az-Zumar: 21).
6. SIRRON. Iaitu "Rahsia", atau cahaya baqo' dengan Allah.
Firman Allah:
فانه يعلم السر و اخفى.
"Maka mengetahui rahsia dan yang lebih tersembunyi." (Thoha: 7).
7. ANA, yakni Aku. Tempat tajalli Aku, tempat Aku letak rahsia-Ku, tempat mengenal Aku.
Firman Allah:
قل اننى انا الله لا اله الا انا.
"Sesungguhnya Aku ini adalah Allah. Tiada ada Tuhan selain Aku." (Thoha: 14).
Firman Allah dlm Hadis Qudsi:
الانسان سرى و انا يره.
"Manusia itu rahsia-Ku dan Aku pun rahsianya."

No comments:

Post a Comment