Kuliah Sheikh Abdullah
Kuliah Sheikh Abdullah
Jumaat 13 Mei 2016
6 Syaaban 1437
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته..
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم. ..
بسم الله الرحمن الرجيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة السلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحانك لا علملنا إلا ما علمتنا إنك أنت العليم الحكيم. .
رب زدنا علما ورزقنا فهما...
Kata setengah orang arif..
Jalan menuju kepada Allah itu adalah dari jalan nafas diri setiap orang
Ada pula berkata.
Jalan menuju kepada Allah itu adalah dengan jumlah banyaknya zarah yang maujud, maka tiada ada zarah pun melainkan ia menunjukkan jalan kepada Maulanya..
Kata Syeikh..
Al Haq swt itu bersendirian adaNya dan ada Nya bersama sekali alam yang ada ini kaainaat sebagai limpah kurnia pertolongan ada Nya sedang pertolongan itu adalah daripada ain ada Nya. Maka seandainya terputus pertolongan Nya sudah pasti ia roboh dan hancur musnah segala maujud kaainaat ini
Firman Allah:
Dan kalaulah tidak kerana limpah kurniaan Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun antara kamu yang menjadi suci bersih daripada dosanya selama2nya tetapi Allah yang menyuci bersihkan sesiapa yang dikehendaki Nya .
An Nur 21..
Orang ahli majrifat berkata.
AL HAQ tajalli ke atas setiap hati buat selamanya tanpa ada halangan untuk tampak nyata nur tajalli Nya itu kecuali dengan sebab kesibukan hati itu dengan yang lain selain Nya
Kena banyak zikir laa ilaha illa Allah... bagi menyuci hati daripada selain Allah
Sesungguhnya al Haq Allah itu tidak ghaib tetapi andalah yang ghaib lantaran sibuk dengan selain Allah
Hadirkanlah hati dengan merasa seolah2 Allah sedang melihat anda. .
Seperti hadis Nabi Saw..
Bahawa engkau menyembah Allah seolah2 engkau melihat Nya. Maka jika engkau tiada melihatNya maka sesungguhnya Dia melihat kamu
Kata Syeikh..
Tidak sayugia dan tidak wajar mendengar ilmu ini melainkan orang yang sudah terhasil padanya empat sifat..
Pertama: Zuhud
Kedua: ilmu
Ketiga: tawakkal..
Keempat: yakin
Zuhud.. meninggalkan terus daripada mengambil yang halal secara berlebihan kerana orang salik itu adalah org yg berjalan kepada Allah. .
Maka hendaklah mengurangkan bebanan yg boleh nembantut perjalanan nya
Hendaklah mencuci hatinya daripada tertarik dan terpesona dan kasih kepada dunia
Kata Syeikh ibnu Athaillah ..
Bagaimana mungkin hati akan dapat bercahaya terang benderang dan bersinar jika berbagai bagai gambaran makhluk masih melekat pada cermin hatinya?
Bagaimana ia akan dapat melangkah menuju kepada Allah sedangkan ia masih terikat dan terbelenggu oleh syahwat hawa nafsunya?
Bagaimana ia akan berasa tamak untuk melangkah masuk ke hadrat Allah sedangkan ia belum suci bersih daripada janabah kelalaian?
Bagaimana ia mengharap akan dapat mengerti dan memahami berbagai bagai rahsia yang seni2 sedangkan ia belum lagi sempat bertaubat daripada kesalahan2 dosanya?
Kedua. Ilmu...
Ilmu syariat sekadar sah aqidah dan ibadahnya yang diperlukan bagi membaiki amalan zahirnya.
Jika si salik itu tidak tahu cara membaiki zahirnya bagaimana mungkin dapat membaiki batinnya. .
Orang yang enggan berhenti di pintu rumah kekasihnya sudah pasti ia tidak masuk ke rumah kekasih nya
Maka hiasilah dirimu dengan pakaian syariat dan berhias dengan adab tareqat.. nescaya akan tampak terang bercahaya hakikat atas kamu
Ketiga tawakkal...
Berasa puas dan cukup memadai dengan pengetahuan Allah. Dan sangat cukup dengan Allah sebagai tempat bergantung dan minta hajat keperluannya.. tidak bergantung kepada yang lain
Tawakkal amat perlu kepada sisalik melebihi kehendak orang yang dahaga kepada air
Keempat.. yakin..
Iqtikad dan kepercayaan yang putus terhadap apa yang dikhabarkan oleh Allah dan Rasul tanpa syak dan ragu2
Maqam yakin itu ialah ia mengetahui dab menyedari bahawa Allah sentiasa melihat pada setiap waktu dab ketika ...
Kata Syeikh..
AL HAQ itu melihat segala rahsia lahir dan batin hamba Nya pada setiap dan hal. Maka mana2 hati yang dilihat oleh Nya yang lebih mengutamakan Nya daripada yang lain, nescaya Allah memeliharanya daripada kedatangan cubaan dan bala ujian yang menyesatkan pandangan nya kepada
yang lain selain Dia saja
Maqam muraqabah dan maqam ihsan..
Sihamba mengetahui menyedari dan merasai bahawa Allah sentiasa melihatnya sepanjang masa dan ketika bahkan mengetahui apa yang tersirat didalam hatinya. .
Dia bersama dengan Nya lahir dan batin
Kata Syeikh Isipati perjalanan itu ialah.
Sisalik mengetahui bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa melihat segala rahsia dalam batinnya dan zahirnya pada setiap nafas dan perlakuaanya..
Apabila terlintas suatu lintasan nafsiyyah atau syaitaniyah didalam hatinya maka dia akan berkata kepada dirinya ..
Sesungguhnya Al Haq itu melihat apa yang terlintas di dalam hati ku ini
Orang yang dikasihi Allah nescaya akan dikurniakan pertolongan dan taufiqNya sehingga terbekas di dalam hati nya terus berpaling daripada lintasan nafsiyyah dan syaitaniyah
Barang siapa yang melihat Al Haq nescaya akan mengutamakan kehendak Allah dan berpaling terus daripada kehendak nafsu
Hadis Qudsi..
Sentiasalah hamba ku mendampingkan diri kepada Ku dengan mengerjakan ibadah sunat sehingga Aku mengasihi nya. Maka apabila Aku mengasihi nya Akulah pendengarannya yang dengannya ia mendengar, penglihatan matanya yang dengan nya ia melihat, lidahnya yang dengannya ia berkata2, tangannya yang dengannya ia menampar dan kakinya yang dengannya dania berjalan. Dan jika dia meminta kepada Ku nescaya Aku berikan kepadanya dan jika ia memohon perlindungan Ku pasti Aku melindungi nya
Jika Al Haq menjadikan orang pilihanNya itu pendengaranNya penglihatan Nya dan lidahNya maka bagaimana ia boleh disesatkan
Kata Saiyidi Syeikh Ruslan al Dimasyqi..
Tidak patut dan tidak layak anda memandang Kami selagi masih ada tinggal di dalam hatimu yang lain selain Kami. Tetapi apabila anda sudah berpaling daripada yang lain selain Kami, maka fanakanlah anda daripada diri anda. Ketika itu layaklah anda untuk Kami dan Kami akan meletakkan rahsia sirr ke dalam diri anda
Kata Syeikh...
Al Haq itu mengalir diatas lidah ulama pada setiap masa dengan apa yang bersesuaian dengan ahlinya
Maqam Al Qurb yakni kehampiran dengan Allah boleh didapati dengan mengikuti perjalanan para ahli qurbah iaitu perkataan para orang arif
Sesungguhnya perkataan orang arif itu adalah ubat dan penawar bagi hati
Doktor atau pakar yg bijak itu memberi ubat yang bersesuaian dengan penyakit pesakit itu dan usia pesakit itu
Kata Syeikh Ibnu Athaillah..
Setiap kalimah yang keluar daripada mulut orang yang berkata itu adalah menurut pakaian yang ada di dalam hatinya tempat mengeluarkan perkataan itu.
Katanya lagi..
Nur cahaya para hukama atau ahli makrifat mendahului perkataan mereka, di mana hati mereka menjadi terang benderang apabila nur cahaya itu terhasil penerangan daripada nur itu akan sampai takbirnya..
والله اعلم
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار
آمين
No comments:
Post a Comment