CAHAYA YANG SATU
Cahaya QUR'AN sebenarnya hanya satu, cahaya itu…„ itu sahaja. Ketika cahaya Qur'an itu diturunkan kepada Musa AS, ia menjadi Taurat, ketika diturunkan kepada Isa AS, ia menjadi Injil, ketika diturunkan kepada Muhammad SAW, ia disebut Qur'an. Asalnya berasal dari satu cahaya yang sama. Dalam wujud Nur itu, Qur'an masih berupa Al-Furqan, iaitu cahaya pembeda antara Haq dan Batil, cahaya tanpa suara tanpa rupa huruf, lalu dari bahasa Nur (cahaya) itu diterjemahkan dalam bahasa huruf oleh sang penjabar, iaitu Jabar_il atau Jibril. Jadilah dari Nur menjadi kalimat-kalimat atau huruf-huruf.
Lalu mengapa redaksi tulisan antara Taurat, Injil dan Qur'an berbeza padahal bersumberkan dari nur yang sama?
Ini kerana cahaya itu masih berupa Al-Furqan, yang memisahkan haq dan batil, lalu diterjemahkan dalam suara/kalimat yang bersesuaian dengan kondisi/keadaan waktu setempat. Cahaya Kalamullah itu tunggal, hanya satu sahaja, tetapi dapat diterjemahkan dengan berbeda dan pelbagai secara bahasa manusia, sesuai keadaan setempat turunnya wahyu.
KalamNYA Tunggal, dan Tunggal Manunggal dengan diriNYA... Amiin
No comments:
Post a Comment