*๐ฑMARI MENDENGAR NASIHAT๐ฑ*
*MENITI JALAN PARA WALI WALI®*
[28/09 8:38 am] Admin Mamat Rupee Feel Islam:
Manusia itu dalam kerugian...
Rugi jika sombong..riya' sumuah...dendam.. dengki.. kedekut..marah2..
Rugi jika ungkit2 pemberiannya..
Rugi jika amalan tiada bersandar kpd Allah jua..
Rugi jika menuruti hawa kpd dosa..
Byk lg rugi..
Kecuali.. yang beruntung adalah ...
Org2 yang beriman pada rukun iman
Da n orang2 yang beriman pada rukun islam
Menyahut seruan al Quran utk berkebajikan..
Berbuatlah dakwah dengan kebijaksanaan..
Melatih diri dan perbaharui diri dgn akhlak2 ihsan..
Amar makruf nahi mungkar dalam diri & insan.
➰๐➰๐➰๐➰๐➰
_*"Berlindung Hati Kami Pada-Mu Ya Allah Tuhan Maha Tercantik Dari Sebarang Sifat-Sihat Tercela & Riyak Di Atas Ilmu Ilmu Pinjaman-Mu Di Hati Hati Kami! Binasakanlah 'Dengan Sinar' Nur Dari Wajah-Mu Segala Sifat Uljub & Riyak Tercela Yang Masih 'Tersisa' Bersarang Di Hati Kami Di Saat Menyebarkan Ilmu Ilmu Hati Para Wali Wali-Mu Dari Zaman Silam - Hanya Pada Wajah-Mu Kami Berlindung Diri."*_
*๐MENGENAL KESUCIAN HATI®๐*
Bismillah ⊙ Membersihkan lahiriah "Jasad" dengan amalan syariat *adalah lebih mudah daripada membersihkan daging "Rohani Hati"* ..
⊙ Dosa "jasad" sangat mudah diampun Allah dengan sesalan dan "taubat nasuha" .. tapi *Dosa Dosa TERCELANYA QALBI HATI MANUSIA,* tidak mudah dan tidak akan diampuni oleh Allah SWT *Selagi mana hati tersebut masih bergelumang dengan NAJIS NAJIS BATIN bernoda dengan sifat sifat mazmumah tercela* :
.. Sifat warisan iblis : iri hati, dengki, sakit hati, khianat, mencela pada lidah, menghina dlm hati, sombong, uljub, riyak, bangga diri, rasa 'mulia diri' lebih 'tinggi' dari insan lain, tamak, takabur, ego, sombong dan sebagainya.
*"Selagi mana Najis Najis 'Muhalazah' Qalbi ini masih bersarang dalam hati yang terdalam, walaupun ia seorang ahli ketaatan @ Abid soleh, tapi kematiannya kelak (muslim tersebut) akan dianggap Allah SWT sebagai kematian yang TERCELA di sisi-Nya, bilamana hati masih belum dibersihkan sesucinya saat berpindah ke alam yang baru!"*
.. iaitu mati dalam keadaan membawa hati hati yang Tercela dan bernajis Ke Alam Barzah dan alam akhirat nanti di hadapan Allah SWT di padang masyar kelak. Kubur di alam barzah itu *bukanlah 'tempat' kamu membersihkan hati! Tapi itu "tempat azab" atau tempat merasa nikmat* ๐
*☀Arahan Allah Membersih Hati Baginda☀*
Arahan Allah SWT Buat Para Malaikat Agar *membantu* Membersihkan Hati "Kekasih-Nya" Sebelum Nabi SAW Di Angkat "Naik" Kelangit Tinggi (??).
Kiasannya, _*Jika ingin MAQAM DIRI DITINGGIKAN ALLAH ke maqam tertinggi para Kekasih-Kekasih-Nya, maka Batin Rohani Hati Wajib Dibersihkan Terlebih Dahulu seperti mana Baginda SAW Sebelum "Memikul Amanah" Syariat agama pada tubuh Baginda*_
Bersih hati dahulu sebelum Mekraj ke langit @ Sucikan hati kamu terlebih dahulu sebelum melaksanakan ibadat Syariat, bersolat _(mekraj kelangit mengadap Wajah-Nya)_
Tetapi berapa ramai umat islam pada zaman ini baik "awam" mahupun golongan yang mengaku-ngaku diri sebagai golongan "Khusus" (Khawas) ๐ yang menyembah Allah SWT setiap hari dengan *"membawa dua keping hati nurani yang masih "Kotor" hina (?) .. tapi mereka tidak "menyedarinya" sama sekali.*
Musuh yang paling utama bagi setiap para Wali Wali Allah itu adalah *"Akhlak Rendah" lagi hina" : "Mencela Makhluk Allah Di Dalam Hati"* ... Lintasan suara Jahat dari dalam batin hati inilah yang menjadi penyebab utama maqam kesucian hati mereka "Runtuh" pada nilaian "intaian" pandangan Allah SWT.
*๐AKHLAK HATI KHAWAS AL-KHAWAS๐*
Buat golongan *Khawas Al-Khawas,* hal "akhlak buruk" pada lintasan hati ini sangat sangat mereka takuti. Mereka tidak kisahkan tentang "maqam" tetapi yang mereka "sangat kuatirkan" adalah rosaknya hati mereka dalam "pandangan Allah SWT" ..
... Malah suara jahat di dalam batin ini mereka anggap bisa menghumban mereka di dalam kawah kawah neraka jahanam-Nya yang dikhususkan buat orang orang "berpenyakit batin" dan rosak hatinya."
Tapi bagaimanakah "akhlak hati" kamu dan saya pada saat ini? ๐ Demi Allah - maqam hati kamu dan saya masih belum lagi (Bukan) bermaqam kesucian hati para *"Khawas Al-Khawas"* _(maqam Khawas yg terendah pun kamu masih belum "sampai")_ maka hati kamu pada "ketika ini" masih memiliki *"Akhlak Akhlak Hati Terkeji" yang wajib kamu mengikisnya semuanya dari terus bersarang di dalam lubuk batin kamu!*
Maka atas kerana itu _*Nasihat ini "datang" dan "sampai" Kepada Diri Kamu Dengan Kehendak Allah Taala Agar Kamu Bersegera Membersihkan Hati Kamu!*_ Semoga Kamu akan *"Mengambil Peringatan"* ini Sebagai Suatu "Nasihat" Daripada-Nya! Inilah Tandanya Allah Masih "Mengasihi" Diri Kamu.
*๐PEMBAWA KHABAR BERITA DARI LANGIT๐*
*Allah SWT tidak akan sesekali "Berbicara" dengan kamu! Tapi Dia cuma akan "mengirim" Posman Posman-Nya kepada kamu untuk menyampaikan 'Arahan-Nya' (⚡Command®⚡) .. Kamu tidak mampu melihat siapa "mereka" (pembawa perutusan)... Tetapi "mereka" mampu "melihat" apa-apa yang kamu bawa dan "sembunyikan" di dalam hati hati kamu! Mereka tidak buta seperti mana orang orang yang Buta!*
*๐PROSES MEMBERSIHKAN QALBI®๐*
Baginda Rasulullah SAW dicuci dan dibersihkan hatinya mengikut suatu riwayat, sehingga 4 kali cucian hati (2@3x) hingga _*benar benar "SUCI" (BERHATI INSAN KAMIL)*_ oleh para Malaikat Malaikat atas "arahan Allah SWT sendiri"..
Selepas hati Baginda telah *DISUCI & BERSIHKAN 100%* oleh para malaikat .. maka barulah Allah SWT menjemput Baginda SAW naik ke Langit *bagi memikul 'amanah' dan diberikan Syariat hukum hakam agama. Atas sebab Allah SWT mengetahui, insan insan yang masih KOTOR TERCELA BATIN HATINYA pasti akan gagal untuk memikul Amanah Amanah dari langit tertinggi dengan cukup 'sempurna' ..*
*Arahan Allah SWT supaya MENCUCI BERSIH HATI BAGINDA??*
*Tetapi hati hati kamu di zaman ramainya manusia golongan para Penjahat Penjahat hati ini, SIAPAKAH YANG INGIN MEMBANTU DAN TOLONG "BERSIHKAN HATI KAMU??"*
*Kamu ingin tunggu Allah SWT menghantar para Malaikat-Nya bagi mencucikan hati kamu ya?? Sedarkah siapa diri kamu itu? Apa maqam diri kamu? Rasul? Nabi? Wali? Atau Sami?*
*Hanya para Rasul, Nabi dan Wali sahaja yang akan "dibimbing" dan "dibantu" Allah dalam proses 'membersihkan' hati hati mereka ☀"setelah"☀ mereka "terlebih dahulu" BERUSAHA MEMBERSIHKAN HATI HATI MEREKA SENDIRI! MAKA BARULAH ALLAH SWT MEMBANTU 'NIAT IKLAS' DI HATI MEREKA.*
Tentang hati kamu dan ๐"sikap hati"๐ kamu saat ini? Bagaimana? Humm .. dari jarak 1000 batu jauhnya, para malaikat malaikat Allah telah tercium bau bau *"Bangkai" yang terbit dari hati hati kamu termasuk saya!* ..
Mereka tidak sanggup mendekati hati hati kamu & saya lebih dekat lagi! Mereka tidak sanggup kerana terlalu "busuk" disebabkan terlalu Kotor Tercela isi isi yang terkandung di dalamnya! _(apa lagi buat golongan para penghisap Kencing Iblis/Bersihkan hati dengan Rokok?)_
Mereka "tidak sanggup" menghampiri untuk membantu membersihkan hati kamu, apa lagi bilamana *memang tiada mendapat "arahan Allah" untuk membantu kamu!* Hati kamu adalah hati hati yang terpinggir dan dijauhkan dari Rahmat-Nya dan dijauhi oleh para Malaikat Muroqabin-Nya!
Jika para Malaikat Allah pun *tidak sanggup* mendekati hati kamu .. *maka, apa kamu fikir Allah SWT MAHA SUCI ITU "SUDI" menghampiri hati hati kamu yang kotor tercela ini?*
*๐SOLAT TIDAK MEMBERSIHKAN HATI๐*
Subhanallah sangat Celakanya hati hati kamu dan saya! Kamu merasa diri kamu telah "Suci" disebabkan dengan amalan amalan ketaatan yang telah kamu kerjakan saban hari, padahal ketaatan kamu itu bukanlah "bertujuan" untuk kamu merasa diri kamu telah "bersih" dan "mulia"..
Ya solat itu membersihkan diri dari dosa dosa "zahir jasad", tapi demi Allah ia *TIDAK* "membersihkan" kekotoran di hati hati kamu! Kamu lihatlah betapa ramainya ahli ibadah disekeliling kamu yang "rosak" akhlak lidahnya?
.. Dari mana datangnya "ayat ayat Rosak" itu jika bukan ia bersumber dari lubuk hati hati mereka yang "Jahat" rosak berkarat? Tapi tidakkah mereka itu *semuanya ahli solat?*
... Ketaatan kita itu bukanlah bertujuan "selain" daripada-Nya" melainkan semua ketaatan itu memanglah kewajipan yang telah *diwajibkan* atas diri kamu sebagai tanda *"terima kasih"* kamu kepada Tuhan yang Esa yang telah menjadikan kamu dari "tiada" kepada "ada" .. Lalu diberikan kamu segala macam nikmat hidup di dunia ini! Maka ibadah itu tidak lain sekadar tanggungjawab yang asas semata tapi bukan bagi dibangga-banggakan.
*๐PENYAKIT HATI AHLI IBADAH ZAHIR๐*
.. Maka itulah tujuan kamu beribadah kepada-Nya, tetapi bukanlah kamu menyalahgunakan nikmat "ketaatan" & "amal soleh" itu bagi diri kamu sendiri, dengan merasai "diri kamu" telah 'SUCI BERSIH' hingga kamu "memuliakan" diri kamu sendiri. (?)
Padahal "Kemuliaan" itu *Hanya Milik Allah Taala semata.* Kemuliaan itu adalah daripada Allah, dan akan dikembalikan juga hanya untuk Allah semata. Tetapi bukannya kamu meletakkan "Kemuliaan" haq milik Allah Taala itu atas diri kamu sendiri atas "ketaatan" yang datangnya dari diri-Nya sendiri jua.
*๐KETAATANMU ADALAH CIPTAAN-NYA๐*
Allah SWT telah menciptakan kamu dan segala "ketaatan" dan "amal soleh" yang akan kamu kerjakan di bumi ini. Tetapi ia bukanlah dari "hasil usaha" kamu sendiri mengerjakannya, melainkan "ketaatan itu "terhasil" daripada Kehendak-Nya atas diri kamu disampaikan kembali untuk diri-Nya.
Atas kerana itulah di dalam solah kamu memuji-Nya _*"MAHA SUCI ALLAH!"*_
_Tapi bukannya *"Maha Suci Diriku Sendiri!"*_ (aku suci, aku mulia, aku bersih, aku baik, aku taat, tapi kau jahat?)
.. bukan begitu, tapi hanya Allah lah yang "berhak" *menstatuskan diri kamu* sebagai "orang orang Suci" Wali, Ulama, Alim, Abid dll .. Dialah yang memuliakan diri kamu dengan "cara-cara-Nya" yang terdiri, tapi bukannya kamu menetapkannya sendiri kamu sendiri : _"aku insan mulia, kamu insan tercela lebih 'rendah' dariku."_ bukanlah begitu.
*๐DIMULIAKAN ALLAH PELBAGAI CARA๐*
Ada yang diberikan Hikmah,
Ada yang diberikan Karomah,
Ada yang diberikan Istiqomah,
Ada yang diberi ilham laduni rahmah,
Ada yang diberi gandaan amal soleh,
Ada yang diberi hakekat khusyuk solat,
Ada yang diberi nikmat manisnya iman,
Ada yang diberi kesihatan tubuh jasmani,
Ada yang diberikan kesihatan rohani hati,
Ada yang diberi sifat zuhud sampai mati,
Ada yang diberi makrifatullah kenal ilahi,
Dan ada yang diberi kesemuanya sekali ..
Semua itu adalah "Kemuliaan daripada-Nya.
Yang Harus Dikau Syukuri ..
Dengan Tidak Membesarkan Diri ..
Aku Orang Orang Suci (Maha Suci Diriku?)
_Janganlah Memberanikan Diri Untuk_ ..
_Memakai "Selendang-Nya" sama sekali!_
Mereka adalah Insan2 yang sangat merendahkan diri mereka sendiri. Setiap "kemuliaan" dari Allah SWT itu, mereka kembalikan hanya pada Allah semata, kerana semuanya milik Allah SWT.
_*"Dari Allah Kemuliaan itu datang pada diri kamu, dan kepada Allah lah 'Kemuliaan' itu harus kamu "Kembalikan"*_
Maka wajib bagi kamu mengembalikan "kemuliaan" di atas ketaatan & amal itu kepada Allah taala semata. Tapi bukanlah diletakkan "tahta mulia" itu pada diri kamu sendiri.
Tapi berapa ramaikah kalangan golongan 'Abid' solehin yang bersikap hati sedemikian rupa pada _zaman Jahiliah ini?_ Sedarkah kamu akan hal yang "sangat halus" ini? Kamu telah "memakai" pada hati sesuatu yang bukan haq milikmu.
Setidak tidaknya, pastilah ada terlintas "sedetik" di hati, _"maqam diriku lebih mulia dan lebih tinggi dari si pelacur ahli maksiat sehina anjing ini! Maka apa perlu aku 'menghina diri' dengan orang orang "rendah" seperti ini? (Uljub)_
.. *Bisikan suara hati ini sangat halus tersembunyi ini, kita langsung tidak sadar ia timbul dari dalam hati?* Ia bukanlah "Suara Hati" .. tetapi ia suatu "Rasa Di Hati"๐๐ป๐ seperti "rasanya" ego diri .. ia bukan "suara" tapi "rasa" tinggi 'di atas' disebabkan amal ketaatan kita itu..
Apakah hati kita telah selamat dari bisikan bisikan suara nafsu Jahat dari dalam batin yang terdalam ini? *KAMU "FIKIR" ALLAH SWT TIDAK TAHU!?* ๐ Inilah sikap dan akhlak hati yang *sangat tercela di sisi Allah SWT* yang menjadi penghalang utama maqam maqam "kesampaian" tertinggi makrifatullah dan maqam Laduniah daripada-Nya. Hati kamu akan terhalang dari kedua-duanya - Demi Allah.
.. Maka segala amalan syariat buat golongan hati tercela yang seperti ini tidak mempunyai erti dan tidak bernilai 'tinggi' di sisi Allah SWT. Maka atas kerana itulah Rasulullah SAW _*"diperintahkan membersihkan hati"*_ sebelum Baginda diperintah untuk "memikul" beban amalan Syariat hukum hakam agama di bahunya.
*๐AMANAH ZAHIR & AMANAH BATIN®๐*
*Amanah Allah itu secara asasnya terbahagi 3.*
Memikul Amanah Hukum Syariat
Memikul Amanah Mensuci Hati & Makrifat
Memikul Amanah Mentakbir Manusia, Haiwan & Bumi
*☀Fasa Pertama☀* : *Mujahadah & Berjihad* membersihkan Hati dari sifat sifat tercela lalu *Berjihad* memakai pada hati dengan "Pakaian Rohani Ketuhanan" sifat-sifat terpuji yang disukai Allah Taala.
*☀Fasa Kedua☀* : *Mujahadah & Berjihad* memikul hukum hakam syariat agama pada "Zahir" Jasad tubuh lahiriah selengkapnya. Allah Taala itu MAHA SEMPURNA, maka Allah ingin para hamba-hamba-Nya juga *Sempurna hati seperti Diri-Nya juga"* _(mujahadah diri berusaha menjadi insan insan terbaik di sisi-Nya)_
*☀Fasa Ketiga☀* : .. Barulah Makrifatullah Diperkenalkan Allah tentang Diri-Nya "setelah" hati telah BERSIH dan "setelah" jasad telah lurus iklas dalam KETAATAN.
*☀Fasa Keempat☀* : Mentakbir bumi dengan "Kalimah Allah" iaitu berjihad dan berdakwah bagi kesejahteraan ummah! Tapi kalau hati sendiri masih gagal kamu "takbir" .. maka bagaimanakah kamu ingin "mentakbir" hati hati manusia yang sama rendah qualitynya seperti hati kamu juga? Maka Allah akan "mengunci" lidah hati kamu dari berbicara (berdakwah) kepada sesama manusia, kecuali yang keluar dari lidah lidah kamu hanyalah hal hal yang "tercela" di sisi Allah dan Rasul-Nya. Kamu 'malu' untuk berdakwah, tapi kamu tidak malu berkata nista sesama manusia. (mengapa ya?)
*๐BERUBAH MENJADI KHALIFAH ALLAH๐*
Sempurnakanlah 3 Hal "Amanah" di atas ini, maka Allah akan menyempurnakan Hal 4 pula. Itulah insan insan "Sempurna" di sisi Allah, para Ulama, para Wali-Wali-Nya @ bernafsu "Kamil" terisi akhlak akhlak terpuji dari Rasul-Nya yang menghiasi "Zahir" tubuh Jasad mereka dan "Batin" hati mereka dengan akhlak akhlak terpuji dalam _menuju Allah SWT®._
Jika terkurang salah satu darinya "amanah" itu, maka "Binasalah diri" seseorang hamba Allah walaupun "amalan syariatnya sangat sempurna" pada pandangan manusia yang 'melihat,' tapi gagal memikul "Amanah Batin" (Sucikan hati & Bermakrifatullah) yang sama beratnya dengan amanah "Zahir tubuh (Syariat agama)."
"Amanah Zahir" adalah memikul dan taat atas segala hukum hakam syariat agama yang termaktub di dalam Al Quran dan Hadis. Dan "Amanah Batin" pula adalah memikul tugas bagi membersihkan kekotoran hati sendiri atas kerana *"Tiada Malaikat Yang Akan Di hantar Allah Taala Kepada Diri Kamu Dan Diri Kami Bagi Tujuan Tersebut"*
*๐PARA WALI PEMBIMBING QALBU®๐*
.. Tapi Allah Taala hanya akan "menghantar" Wali-Wali-Nya (Para Ulama Akhirat yang Soleh) kepada kamu untuk memberi "peringatan" serta "nasihat" agar arah "perjalanan" hala tuju kamu tidak dipesongkan oleh Iblis Iblis dan Syaitan yang *masih "bersarang dan beristana" di dalam hati hati kamu - Demi Allah!*
_"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali mereka mengubah diri mereka sendiri" (Iktiar dan usaha yang disandarkan atas Kehendak-Nya, tapi bukan atas kehendakmu sendiri - Niat perlu lurus dan iklas kerana Diri-Nya semata!)_
*๐BERSIHKAN HATI SEBELUM JASAD DIKAFAN๐*
Maka Wajib bagi setiap insan muslim untuk "berusaha" sepenuh jiwa raganya bagi *"Jihad membersih hati sebersih bersihnya sebelum kematian bertandang dimuka pintu rumah-rumah kamu* ..
... Serta membersihkan hati *sebelum melaksanakan rukun rukun Islam yang utama* yang diwajibkan atas setiap muslim termasuk kamu dan saya, agar tidak tercela amalan/amal ibadah yang bocor.
*๐JANGAN JADI AHLI IBADAH TERCELA๐*
Jangan jadi seorang abid yang tercela *"batinnya",* iaitu ia sangat taat dan tidak melakukan dosa dosa besar pada 'zahir' tubuhnya, tetapi apabila "diselak" Allah hijab hijab yang menutupi hatinya ..
*Maka terlihatlah segala jenis Najis Najis Batin* yang sangat sangat dikutuk dan dicela Allah SWT, para malaikat dan Rasul Rasul-Nya.
*๐BAGAIMANA TERCELANYA BATIN?๐*
Lidahnya berbicara *JAHAT* walaupun ia kuat taat.
Hatinya berlintasan *JAHAT* walaupun ia ahli ibadat.
Tulisannya berbau *JAHAT* walaupun ia rajin solat.
Akalnya bersangka *JAHAT* walaupun ia ahli hakekat.
Akhlak hatinya biasa *JAHAT* walaupun ia ahli tarekat.
Lintasan hatinya selalu sangat *MENJAHAT*
Kerana degil hatinya *"Mendengar Nasihat"* ..
Setiap nasihat "dipandangnya" *JAHAT* ..
*Bila "Hatinya" Kesat Penuh Berkarat.* ๐๐ป
๐➰๐➰๐➰๐➰๐
*๐NASIHATKAN DIRI SENDIRI®๐*
๐➰๐➰๐➰๐➰๐
*Jadilah diri kamu & saya insan insan ๐*
_1) Insan yang Sudi Mendengar Nasihat_๐
_2) Insan yang Seiklas Mendengar Nasihat_๐
_3) Insan yang Tidak Membangkang Nasihat_๐
_4) Insan yang bersedia Mengamalkan Nasihat_๐
_5) Dan Insan yang Iklas saling Memberi Nasihat_๐
_*Jangan Menjadi 5 Golongan ini* :_๐
_*1)* Tidak mahu memberi *Nasihat*_๐
_*2)* Tidak sudi mendengarkan *Nasihat*_๐
_*3)* Golongan pembangkang tiap *Nasihat*_๐
_*4)* Nasihat menjadikan ia bertambah *Jahat*_๐
_*5)* Dan sakit hati pada insan pemberi *Nasihat*_๐
_6) Didiklah Hati Agar *PATUH* pada tiap *Nasihat*_๐
_7) Kerana Nabi telah Tiada untuk Memberi *Nasihat*_๐
➰๐➰๐➰๐➰๐➰
_*๐ฑMeniti Jalan Jalan Para Wali-Wali-Nya™๐ฑ*_
➰๐➰๐➰๐➰๐➰
PMS®Riau Nusantara Asia/28/Sept/2016©
No comments:
Post a Comment