News Feed
MAKRIFAT SYOK SENDIRI
Jika yang sedikit itu susah untuk difahami, aku huraikan dengan panjang berjela.. Terserah bacaannya.. Mahu disyairkan, dipuisikan, dilagukan.. Bacalah sampai ke penghabisannya walaupun dengan mengeja..
Makrifat adalah suatu topik yang sangat sukar untuk difahami, banyak orang tidak mengerti tetapi beranggapan telah faham.. Mereka beranggapan ilmu Makrifat itu adalah Makrifat (Mengenal). Ilmu tidak sedikit pun menyentuh Makrifat, kerana apa.. Kerana ilmu adalah yang berkaitan dengan alam.. Alam yang dijadikan Tuhan dan alam bukan Tuhan.
Sedangkan Makrifat adalah yang berhubungan dengan zat Allah Yang Mutlak, iaitu Tuhan Semesta Alam. Sungguh jauh perbezaannya, contohnya orang yang mempunyai ilmu tentang motor (ia sangat faham tentang motor).. Tetapi malangnya dia sendiri tidak ada motor, jadi kalau hendak pergi ke mana-mana pun terpaksa naik teksi atau bas..
Beginikah yang dikatakan Makrifat, tentu saja bukan. Makrifat adalah berkaitan dengan pengalaman, hal, rasa.. Tetapi bukan yang berkaitan dengan ilmu.
Seseorang yang bermakrifat, yang sungguh-sungguh dalam Makrifatnya kepada Allah, bukan hanya sekadar teori semata, tetapi ia telah benar-benar meresapi Makrifat itu…
Malahan telah menjadi SATU dalam pandangan Tauhid.
Malahan telah menjadi SATU dalam pandangan Tauhid.
Maka, jika mereka mati, sesungguhnya mereka tidak mati, tetapi mereka hidup di sisi Allah dan mendapat Rahmat Nya.
Allah mengharamkan cacing-cacing dan ulat-ulat tanah untuk memakan jasadnya yang telah dikuburkan itu… Walaupun telah dikuburkan beratus-ratus tahun, jasadnya masih tetap tidak binasa, malahan masih seperti baru dikebumikan. Segar tidak hancur dan tidak mengalami perubahan, kelihatan seperti orang yang mimpi indah dalam tidur.
Ada sebahagian yang lain mendapat Rahmat dari Tuhan, dengan apa yang disebut “terbang burung terbang sangkar”,. Jasad dan ruh mereka kembali kepada Tuhan yang dikasihinya.
HAI JIWA-JIWA NAN TENANG KEMBALILAH KEPADA TUHANMU DENGAN REDHA DAN MEREDHAI…
MAKRIFATULLAH
Untuk menuju status orang-orang beriman harus melalui tahap Makrifat. Ada pun iman yang ditasdiq di hati, tidak dapat tasdiq jika tidak mengenal Allah..Tasdiq adalah hasil daripada pengenalan (makrifat), akan mustahil dapat tasdiq di hati jika belum kenal, sama dengan menasdiqkan buah simala kama iaitu khayal, palsu dan angan-angan sahaja.
Betulkanlah makna pengenalan
MAKRIFATULLAH: Mengenal Allah SWT, pada Zat-nya, pada Sifat-nya, pada Asma-nya dan pada Af’al-nya.
MAKRIFATULLAH: Mengenal Allah SWT, pada Zat-nya, pada Sifat-nya, pada Asma-nya dan pada Af’al-nya.
AWALUDIN MA’RIFATULLAH ertinya: Awal agama mengenal Allah.
LAYASUL SOLAT ILLA BIN MA’RIFAT ertinya: Tidak sah solat tanpa mengenal Allah.
MAN ARAFA NAFSAHU FAKAT ARAFA RABBAHU ertinya: Barang siapa mengenal dirinya dia mengenal Tuhannya.
ALASTU BIRAB BIKUM QOLU BALA SYAHIDNA ertinya: Bukankah aku ini Tuhanmu? Betul engkau Tuhan kami, kami menjadi saksi. (QS.AL-ARAF 7:172)
AL INSANNU SIRRI WA ANNA SIRRUHU ertinya: Manusia itu RahasiaKu dan akulah Rahasianya.
WAFI AMFUSIKUM AFALA TUBSIRUUN ertinya: Di dalam dirimu mengapa kamu tidak melihat.
ANAHNU AKRABI MIN HABIL WARIZ ertinya: Aku lebih dekat dari urat nadi lehermu.
LAA TAK BUDU RABBANA LAM YARAH ertinya: Aku tidak akan menyembah Allah apabila aku tidak melihatnya terlebih dahulu.
Mereka yang bermakrifat adalah mereka yang melihat Allah dengan mata hati, iaitu merasakan zahir nya Allah…
Mereka yang merasakan wujud Allah... Mereka itu berkekalan lebur dan tenggelam dalam merasakan NYA.
Makrifat adalah pakaian (pengalaman), kalau masih di tingkat faham, baru ilmu.. Belum lagi makrifat, ia berkaitan dengan Tuan yang punya ilmu itu sendiri,. Maka, makrifat itu lebih dari kenal dan mengalami sendiri seperti kita merasa manisnya gula dan kenal gula. Oleh kerana itu, jika kita mendapat rasa gula yang pahit walaupun bentuk gula, maka bukan gula namanya.
HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALLAH
Pada malam Ghaibul Ghaib iaitu dalam keadaan antah-berantah hanya zat semata.. Belum ada awal dan belum ada akhir, belum ada bulan dan belum ada matahari, belum ada bintang belum ada sesuatu pun.. Malahan belum ada Tuhan yang bernama Allah, maka dalam keadaan ini, Diri yang punya zat tersebut telah mentajalikan diri-Nya untuk memuji diri-Nya.
Lantas tajalilah Nur Allah dan kemudian tajali pula Nur Muhammad (Insan Kamil), yang pada peringkat ini dinamakan Anta Ana, (Kamu, Aku), (Aku, Kamu), Ana Anta.. Maka yang punya zat bertanya kepada Nur Muhammad dan sekalian Roh untuk menentukan kedudukan dan taraf hamba.
Lantas ditanyakan kepada Nur Muhammad, Aku ini Tuhanmu? Maka dijawablah Nur Muhammad yang mewakili seluruh Roh, Ya… Engkau Tuhanku.
Persaksian ini dengan jelas diterangkan dalam Al-Qur’an surah Al-Araf 7:172- ALASTU BIRAB BIKUM, QOOLU BALA SYAHIDNA. Ertinya: Bukan aku ini Tuhanmu? Betul engkau Tuhan kami, Kami menjadi Saksi.
Selepas pengakuan atau persumpahan Roh itu dilaksanakan, maka bermulalah era baru di dalam perwujudan Allah SWT. Seperti firman Allah dalam Hadis Qudsi yang ertinya: “Aku suka mengenal diriku, lalu aku jadikan mahkluk ini dan aku perkenalkan diriku." Apa yang dimaksudkan dengan mahkluk ini ialah: Nur Muhammad sebab seluruh kejadian alam maya ini dijadikan dari pada Nur Muhammad.
Tujuan yang punya zat mentajalikan Nur Muhammad adalah untuk memperkenalkan diriNya sendiri dengan diri RahsiaNya sendiri. Maka diri RahsiaNya itu adalah ditanggung dan diakui amanahnya oleh suatu kejadian yang bernama: Insan yang bertubuh diri batin (Roh) dan diri batin itulah diri manusia, atau Rohani.
Firman Allah dalam hadis Qudsi: AL-INSAANU SIRRI WA-ANA SIRRUHU ertinya: Manusia itu RahsiaKu dan Akulah yang menjadi Rahsianya.
Jadi yang dinamakan manusia itu ialah kerana ia mengenal Rahsia. Dengan perkataan lain manusia itu mengandungi Rahsia Allah.
Kerana manusia menanggung Rahsia Allah maka manusia harus berusaha mengenal dirinya, dan dengan mengenal dirinya manusia akan dapat mengenal Tuhannya, sehingga lebih mudah kembali menyerahkan dirinya kepada Yang Punya Diri pada waktu dipanggil oleh Allah SWT. Iaitu tatkala berpisah Roh dengan jasad.
Kerana manusia menanggung Rahsia Allah maka manusia harus berusaha mengenal dirinya, dan dengan mengenal dirinya manusia akan dapat mengenal Tuhannya, sehingga lebih mudah kembali menyerahkan dirinya kepada Yang Punya Diri pada waktu dipanggil oleh Allah SWT. Iaitu tatkala berpisah Roh dengan jasad.
Kembali kepada Allah harus selalu dilakukan semasa hidup, masih berjasad, contohnya dengan solat, kerana solat adalah mikraj orang mukmin atau dengan ‘mati sebelum mati’.
Firman Allah dalam surah An-Nisa, 4:58: INNALLAHA YAK MARUKUM ANTU ABDUL AMANATI ILAAHLIHA ertinya: Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya memulangkan amanah kepada yang berhak menerimanya (Allah).
Hal tersebut di atas dipertegas lagi oleh Allah dalam Hadis Qudsi: MAN ARAFA NAFSAHU, FAQAT ARAFA RABAHU ertinya: Barang siapa mengenal dirinya maka ia akan mengenal Tuhannya.
Dalam menawarkan tugas yang sangat berat ini, pernah ditawarkan RahsiaNya itu kepada Langit, Bumi dan Gunung-Gunung tetapi semuanya tidak sanggup menerimanya.
Seperti firman Allah SWT dalam surah Al Ahzab, 33:72: INNA ‘ARAT NAL AMATA, ALAS SAMAWATI WAL ARDI WAL JIBAL FA ABAINA ANYAH MILNAHA WA AS FAKNA MINHA, WAHAMA LAHAL INSANNU ertinya: Sesungguhnya kami telah menawarkan suatu amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung tetapi mereka enggan memikulnya dan merasa tidak akan sanggup, lantas hanya manusia yang sanggup menerimanya.
Oleh kerana amanat (Rahsia Allah) telah diterima, maka adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk menunaikan janjinya. Dengan kata lain tugas manusia adalah menjaga hubungannya dengan yang punya Rahsia.
Setelah amanat (Rahsia Allah) diterima oleh manusia (diri Batin/Roh) untuk tujuan inilah maka Adam dilahirkan untuk bagi memperbanyak diri, diri penanggung Rahsia dan berkembang dari satu abad ke satu abad, dari satu generasi ke satu generasi yang lain sampai alam ini mengalami KIAMAT DAN RAHSIA ITU KEMBALI KEPADA ALLAH.
Setelah amanat (Rahsia Allah) diterima oleh manusia (diri Batin/Roh) untuk tujuan inilah maka Adam dilahirkan untuk bagi memperbanyak diri, diri penanggung Rahsia dan berkembang dari satu abad ke satu abad, dari satu generasi ke satu generasi yang lain sampai alam ini mengalami KIAMAT DAN RAHSIA ITU KEMBALI KEPADA ALLAH.
INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAAJIUN ertinya: Kita berasal dari Allah, dan kembali kepada Allah.
Qs Shad 38:72; Aku tiupkan RuhKu ke dalamnya. Rahsiaku adalah RuhKu, dia memanggil dirinya aku, tapi di atasnya ada Aku Allah.
Memang benar Allah itu tidak dapat dihijab oleh sesuatu pun, tetapi, itu bagi mereka yang telah mengenal Allah, bagi mereka yang telah Esa, tetapi bagi kebanyakan orang, Allah dan dirinya adalah dua, jadi anggapan inilah yang menghijab mereka, anggapan inilah yang harus dibuang, tetapi untuk membuangnya bukanlah mudah,, kerana ego akan melawannya mati-matian, kerana ego tahu, apabila manusia itu masuk ke maqam keEsaan, maka ego akan terkubur., dan ia tidak mahu itu akan terjadi.
No comments:
Post a Comment