*🔱HAKIKAT MATI SI AHLILLAH (SUFI)🔱*
Oleh : Syeikh Sufi Haji Alias Al-Sattariah :
Bismillah : Hakekat “Mati” dalam pandangan orang-orang Ahlullah sufi bukan bererti sekadar “bercerai nyawa dari badan”.
Menurut pandangan mereka mati yang bermaksud “bercerai nyawa dengan badan” itu pada hakikatnya bukanlah mati.
Kerana ruh atau jiwa keluar dari sangkarnya iaitu badan dan masuk ke alam yang lain, ibarat burung yang keluar dari sangkarnya dan terbang bebas dan hijab dan merasai kebebasan hakiki bersama Wujud Yang Maha Murni.
Badan itu ditinggalkan dan lama kelamaan reput dan busuk, tetapi ruh itu tetap hidup dan baqa bersama hakikatnya.
Oleh itu, dikatakan “matikan diri kamu”. Di sini bukanlah bererti kita bunuh diri kita dengan menggantung diri atau menyembelih leher atau menembak kepala kita.
“Matikan diri” atau“bunuhkan diri” di sini adalah menurut pandangan orang-orang sufi dan Tauhid yang sempurna dengan menyaksi Allah secara sempurna hingga dilucut kesemuanya rasa memiliki disetiap zarah dan sifat rohani dirinya dan kekal fana dan baqa serta kamil bersama Yang Maha Memiliki.
Mati yang dimaksudkan ialah membunuh, mematikan atau membuang nafsu amarah atau hawa nafsu kebinatangan dan keiblisan yang ada pada kita itu dan nafi dan menafi terus kepermilikan hak hak sifat rohani dan jasmani malah dirinya sekadar mazhar bagi menyaksi hak2 mutlak Allah.
Buangkanlah nafsu "keakuan diri" ini kerana ia menghijabkan hati seseorang insan dengan Allah.
“Diri” di sini maksudnya ego keakuan atau nafsu ammarah yang dipergodakan oleh syaitan.
Tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu "masih" ada “diri”nya ialah ia masih ada 'menyimpan' di hati sifat-sifat takbur, sombong, hasad, dengki, tamak, haloba, suka mementingkan diri sendiri (self-oriented atau self centered), ujub, riya', *merasa mulia diri, merasa alim,* kasihnya kepada yang lain dari Allah atau melebihi dari kasihnya kepada Allah dan Rasul-Nya, takutnya kepada yang lain dari Allah melebihi dari takutnya kepada Allah, dan sebagainya.
“Diri” inilah yang harus “dibunuh” agar sebagai gantinya timbullah Allah _(hakekat diri yang "bergerak" & "bertindak" atas mengikut Kehendak-Nya semata lalu menyedari bahawa hakekat diri insan ini adalah "kosong semata")_ secara sempurna dan mutlak dan itulah hakekat KeESAan.
Berdiri dan nyata 'Allah' dalam hati _(100% jasad & batin diri di remote control oleh Allah semata)_ dan perasaan seorang itu.
Setelah “diri” itu telah mati & 'dimatikan' _(melenyapkan sifat sifat rendah keinsanan & keakuan diri @ aku la solat, aku la bersedekah, aku hebat, aku berilmu, orang pandang aku alim dll),_ maka teguhlah nyata berdirinya Allah dalam hati sanubarinya, dan barulah ia menyedari dan merasai kehampiran dengan Allah Yang Maha Mulia dan Agung yang Esa.
Tiada lain yang dinampakkannya kecuali Allah sahaja. _(baik pada pandangan batinnya, dan segala tindakannya dirasai dipandu & di dalam pantauan Allah semata - hatinya telah dipenjara di dalam keesaan Allah, segala "benda" yang dilihatnya dengan mata zahir, mata hatinya melihat Allah disebalik hakekat setiap benda & makhluk-Nya)_ Nyata Berdirilah Allah pada diri dan sukma batinnya dan dinafinya yang lain lain selain Allah.
Dari Allah... dengan Allah... untuk Allah dan kerana Allah... dan itulah Tauhid Murni semurni murninya.
Inilah apa yang mereka katakan “menafikan yang lain _(selain-Nya)_ ini dan mengitsbatkan Allah” semata, bersesuaian dengan tauhid/hakikat/ma'rifat.
Ilmu Tasawuf/tauhid/hakikat/ma'rifat/ adalah ilmu rasa atau ilmu dzauq _(di dalam Sir yang tersembunyi di dalam sukma hati yang 'terdalam')._ Siapa yang merasainya akan mengetahuilah ia tentang "rasa-Nya".
Untuk merasai itu perlulah memasuki dan mengembara dalam *Jalan Kerohanian* _(Jalan Tasawuf Sufi @ Jalan Para Wali Wali-Nya)_ itu dengan bimbingan guru yang betul-betul mengerti tentang hal tersebut dan maqam maqam perjalanan batin insan.
Jalan-jalan ini digelar Thariqah Sufiah ataupun disebut sebagai *jalan orang-orang Sufi*dalam menuju dan mencari "puncak tertinggi" pada maqam maqam keredhaan Allah SWT.
Akhir perjalanan ialah fana dalam KeESAan mutlak dan Cinta dengan Allah" _(setelah diperkenalkan Allah tentang Diri-Nya Allah, lalu hingga "Jatuhlah Cinta Kepada sifat Jalal-Nya Allah hingga panasnya api cinta itu menyebabkan Roh insan mencair melebur di dalam cahaya Cinta-Nya jua - hingga akal 'pecah funsinya' yang disebut sebagai Fanabillah)_ sehingga timbullah rasa bahawa yang pasti ada itu adalah hanya Allah jua.
Mengertilah ia maksud tauhid yang hakiki _(Puncak tauhid tertinggi itu adalah hakekat pengabdian & ketaatan di dalam Lingkaran Relung Cahaya Cinta pada-Nya yang tersembunyi di dalam Sir insan & para Wali Wali-Nya)._
Orang yang sampai ke taraf ini sahaja yang merasai maksud Syuhud dengan Allah itu. Bukan hanya khayalan atau fikiran sahaja _(syuhud & fana "palsu" yang diangan angankan oleh akal yang terbatas)_tetapi sudah dirasai dan dibenarkan oleh mata hati yang melihat dan 'diperlihatkan' oleh Diri-Nya sendiri.
Orang yang sampai ke hujung perjalanannya akan merasai fana’ dirinya dengan seterusnya baqa’ (kekal) dengan Allah yang meliputi segala-galanya.
Sedarlah bahawa dirinya itu kosong dan yang sebenarnya diri adalah Ilmu Lillah, Billah, Ma'Allah Allah jua. Sebab itulah ada mereka yang berkata "barangsiapa yang kenal dirinya, maka akan kenal Allah Tuhannya".
Barangsiapa yang tidak memahami, maka akan menjadi musuh dengan apa yang belum difahami, jadi bertanyalah dengan orang yang di kurniakan Hikmah Rabbani.
Semuga Bermanafaat..
*By : Ustaz/Syeikh Alias/Sattariah/MSO-D11®*
*Spread' By : Ustaz Razi Kembali/MSO-D11®*
*Edited : p.m.s Riau Nusantara Asia®*
No comments:
Post a Comment