Sunday, 18 September 2016

ASAS" TASAWUF

*SOAL JAWAB "ASAS" TASAWUF*
Nota Ringan Raya Aidul'Adha Ke2

*SOALAN* : [12/09 9:42 pm] ‪+60 19-667 7176‬: Byknya cerita2.. tp ilmu nk tambah iman.. ambo x jumpo. Kalaulah ambo bertya.. Mengenal Alloh itu membawa kpd mengenal diri kita? Lagumana tu? .. acu citer ikut bahasa mudoh2 biar pakat2 pehe blako..


*JAWAPAN* [12/09 11:16 pm] : .. bismillah .. soalan tuan tu, panjang lebar jika nak dihuraikan .. setahunpun tak habis nak dijelaskan sedalam dalamnya.. ada yang tahu dan faham, tapi malas nak jelaskan.. 'diam berisi katanya' 😊

.. ada yang tak pandai & tak tahu, tapi cuba cuba belagak pandai, nak tolong jawab .. (ambo) :-) mudahan ada rahmatnya buat diri ambo. Mengajar & mendidik orang lain itu sebenarnya adalah mengajar & mendidik diri sendiri.

Ambo cerita sikit apa yang ambo tahu .. tapi kat google takda.. kalau betul, betullah, kalau salah, salah la.

*MENGAPA PERLU KENAL DIRI & ALLAH?*
*APA ITU KENAL DIRI & KENAL ALLAH?*
*BAGAIMANA CARA MUDAH KENAL DIRI?*

*INSYA'ALLAH LEPAS BACA INI SEMUA AKAN FAHAM ILMU ASAS TASAWUF LEVEL 1 KENAL DIRI®*

Bismillah : Kenal Allah & kenal diri ni .. adalah hal ilmu Sufi & Wali Wali Allah (Tasawuf islam yang asas). Kalau nak faham sedalamnya, ada 2 syarat yang perlu tuan patuhi ..

1) membenarkan ilmu kaum Sufi dan Wali Wali (ilmu Tasawuf) .. bab ni tak boleh dicerita pada salafi-wahabi atas sebab mereka anti pada ilmu Tasawuf Sufi & Wali Wali.

2) Perlu ada kesungguhan untuk mempelajari ilmu Sufi ini sebab ilmu ini adalah ilmu yang "mudah faham" tapi "dalam dasar isi lautannya" ..

Seperti mana susahnya ilmu cara cara nak buat boom atom, maka ilmu "kenal diri & mengenal Allah" nipun hampir sama 'susahnya' dengan ilmu cara membuat boom atom *bagi orang orang yang malas membaca & menuntut ilmu agama, sedangkan ilmu tu dah ada sebenarnya.*

Tapi ilmu ini adalah ilmu yang "sangat mudah" dan Allah akan permudahkan "kefahamannya" buat sesiapa yang iklas nak belajar ilmu tentang "Diri-Nya Allah" ..

Bila kita faham Allah tu Bersifat Pemurah tidak kedekut, maka kita akan faham Allah tu adalah Tuhan yang tak kedekut mengajarkan para hamba hamba-Nya dengan ilmu ilmu daripada-Nya.

*BERMULA DENGAN KENAL ALLAH*
Mengenal Allah ni, secara asasnya adalah ilmu tentang mengenal Sifat Sifat "asas" bagi Allah .. sifat 40 ataupun nama nama sifat yang 99 ..

Diri Allah tu, mungkin sifat-Nya lebih dari sejuta tampa limit, tapi sifat sifat dan nama bagi sifat Allah yang ditemui dalam Al Quran secara asasnya ada 99 nama  ... sifat 40 pun sama juga, ia tentang sifat Tuhan yang sama, bukan lain.

Tapi jika diselidiki di dalam hadis hadis nabi, sifat Allah lebih dari 99 .. tapi nama sifat utama bagi Allah (nama Allah) adalah disimpulkan sebagai 99 ..

Setiap dari satu sifat Allah ini, masih boleh dipecahkan beberapa sifat lain yang di sebut "sifat sifat tersembunyi" bagi Allah Taala.

Kenal diri dan kenal Allah ni .. secara asasnya adalah mengenal Sifat Sifat Wajib bagi Tuhan .. dan sifat sifat wajib bagi insan ..

*Mengenal Sifat Sifat Yang Qadim*
*Mengenal sifat Sifat Yang Muhadas*

Sebahagian dari sifat sifat Tuhan, adalah Wajib bagi "dipakai" pada diri insan (Pecinta, penyayang, cantik, ehsan, pemurah, sabar dll) ..

.. dan *sebahagian lagi sifat sifat Tuhan, adalah Haram bagi dipakai pada diri insan.* (Sifat sifat ketinggian bagi Tuhan : mengaku kehebatan Diri, mengaku berilmu, Meninggi Diri dll)

Dan pada Diri Tuhan, adanya sifat sifat insan yang harus bagi Tuhan (sebenarnya sifat tu adalah sifat bagi Allah yang dipakaikan Allah pada diri insan) .. dan ada juga sebahagian sifat sifat (muhadas) dari insan yang haram bagi diri Tuhan .. contohnya sifat lemah, lupa, alpa, lalai, degil, hina, zalim, kejam, kianat, dendam dll ..

 Lawan sifat zalim adalah adil .. walaupun terkadang Allah menurunkan pada alam ini dengan bala, ini bukan bermakna Allah zalim, tapi Dia maha adil, tentu ada 'sebab' bala tu di turunkan .. maka Allah itu maha adil kerana dia menurunkan bala dengan "bersebab" ..

Yang zalim adalah sifat sifat insan makhluk-Nya yang bukan bersumber dari sifat sifat Tuhan yang Qadim sifat-Nya.

Jika di himpunkan kesemua Sifat Sifat Tuhan dan Sifat Insan dan makhluk makhluk-Nya.. maka sebahagian Sifat Sifat yang dihimpunkan itu, bersifat ada yang bersifaf Qadim ..

iaitu Sifat yang Azali semula jadi bagi Tuhan .. Contohnya sifat Cantik dan Indahnya Wajah Dzat Allah .. Cantik Diri-Nya memang semula jadi sifat yang bukan "direka reka" kemudian (sifat "baharu" muhadas seperti cantiknya manusia)..

Jadi disebutkan, cantiknya Allah itu bersifat Qadim "asal asal" memang begitulah Allah yang tidak mempunyai asal usul, tapi Cantiknya Allah memang telah "Sedia Ada" .. Sifat Sifat Tuhan itu semuanya "Sedia Ada" Qadim ...

Tapi berbeza dengan sifatnya Insan. Walaupun wajah insan juga cantik, tapi cantiknya wajah Insan adalah sifat cantik yang muhadas (baharu : sifat cantik yang baru dicipta-Nya di ambil dan dipinjamkan daripada "sebutir halusan" dari sifat Qadim Cantik Diri-Nya Allah.)

Secara ringkasnya dapat kita fahami bahawa, sifat sifat pada Tuhan ini adalah bersifat Qadim semula jadi, tapi sebahagian dari sifat sifat diri Insan ni, adalah sifat sifat yang bersifat "baharu" (sifat yang baru diciptakan Allah hanya khusus untuk makhluk-Nya).

Dan sebahagian lagi sifat sifat insan ini adalah sifat sifat "pinjaman" daripada diri Allah sendiri yang Allah "pinjam pakaikan" pada makhluk insan yang terbaik ciptaan-Nya yang paling dicintai Allah.

Dalam ilmu Tasawuf yang lebih tinggi, bukan sahaja ada ilmu Kenal Diri & Kenal Tuhan sahaja, tapi ada satu lagi yang perlu dikenali iaitu Sifat Sifat Tercela bagi Azazil.
Kita bermula dengan Azazil dahulu sebab dia mendiami di dalam hati hati yang tak berzikir.

*MENGENAL SIFAT MUHADAS BAGI AZAZIL*
Sifat Marah, Dengki, Iri Hati, Sakit hati, Khianat, memberontak, Dendam dll itu sebenarnya adalah sifatnya makhluk bernama Azazil.

Azazil hanya dikurniakan ilmu Syariat semata, tetapi Azazil tidak dikurniakan Allah dengan pengetahuan ilmu Tasawuf pada dirinya (wallahu'alam)

Maka Azazil "Si Ahli Ibadah" itu menjadi tercela dan terbuang atas kerana dia tidak menguasai ilmu Tasawuf hingga menyebabkan dirinya terhina di sisi Allah disebabkan "bermasalah" pada hatinya walaupun amal solehnya Tip-Top sangat sempurna banyaknya. Tapi?? :-)

Ini adalah iktibar buat umat manusia, iaitu suatu nasihat Allah dalam bentuk "penceritaan" .. Nasihat yang tersembunyi disebalik kisah tercelanya si Abid Azazil.

Nasihat Allag buat para ahli ibadah di kalangan manusia. Diri kamu akan tercela jika kamu mengabaikan akhlak ilmu Tasawuf di dalam peribadatan kamu.

Allah ingin memberitahu pada kita dengan suatu ilmu "Tersembunyi". Walaupun kita seorang ahli ibadah yang sangat hebat, tapi jika Allah tidak membimbing batin hati kita dengan ilmu ilmu (Tasawuf) bimbingan daripada-Nya, maka *amal soleh kita* dan *lintasan hati kita* itu bila bila masa sahaja mampu dirosakkan oleh Iblis.

Hati Azazil rosak walaupun tiada siapa yang menghasutnya .. kan? _(Maqam nafsu Ammarah Azazil itulah Syaitan Syaitan bagi batin diri Azazil)_ ..

.. apa lagi jika diri kita yang dihasut iblis setiap hari, jika tampa pertolongan "Pengawasan Allah" terhadap hati hati kita ini, maka hancurlah dan binasalah kita sepertinya diri Azazil yang dikutuki Allah selamanya itu.

Berlindunglah diri dan hati kita hanya pada Allah! Tapi bukannya kita bergantung diri kepada "amalan ketaatan" kita tu bagi menjamin keselamatan diri kita dari azab-Nya dan ancaman syaitan & iblis terkutuk itu! Syirik halus namanya tu.

*SEJARAH HATI MULA TERCELA*
SEJARAH DOSA ZAHIR & DOSA BATIN

Kasalahan pertama Adam adalah dosa engkar jasadnya mematuhi nasihat Allah.
Kesalahan kedua adalah dosa hati Adam/hawa (ammarah) lalu memakan jelmaan anak iblis yang datang menggoda Hawa semasa tinggal di bumi.

Selepas peristiwa Hawa memakan jelmaan anak Iblis tersebutlah, maka sifat sifat tercela dari Azazil iblis laknatullah inipun *diwarisi pada hati Insan anak anak adam termasuklah kita ini.*

Dan sifat sifat "tercela" dari warisan Azazil inilah yang *wajib kita "Kenali"* (yang disebut proses : *"Kenal Diri") .. mengenal sifat sifat KEJI* dan *TERCELA* pada diri dan pada hati bagi disucikannya (membuangnya) 100%

..Lalu menggantikannya dengan  "memakai" sifat sifat *MULIA* dan *TERPUJI* yang "DISUKAI-NYA pada hati."

*MENGENAL DIRI CARA GOLONGAN HAKEKAT YANG TERSESAT DAN SALAH KEFAHAMAN*
Mereka ini tidak mempelajari ilmu ilmu membersihkan jiwa ini. Kalau tahupun, mereka tidak amalkan .. hati dibiarkan berkarat kotor.

Tapi mereka ingin nak "express" naik mekraj ke maqam Wali dengan cara yang salah dan tidak diredhai Allah.

Bagi kefahaman golongan "Hakekat Tertipu" ini, ilmu Kenal Diri itu adalah *Kenal Hakekat Muhammad* di dalam Nur Muhammad di dalam batin diri setiap insan. Rahsia ilmu para wali wali silam ini mereka selongkar semuanya dan menghafalnya sebagai "pengisian diri" .. kononnya "telah menguasai ilmu ilmu Tinggi @ Rahsia Hakekat "Kenal Diri."

Akhirnya mereka kononnya telah menjumpai "hakekat diri" .. iaitu "Allah" .. ana al Haq! Maka pada fahaman golongan hakekat express "separuh tiang" ini, itulah Rahsianya ilmu Kenal Diri yang perlu dipelajari _(Salah! Sebenarnya ilmu tersebut khusus buat golongan Khawas al Khawas semata! Sedangkan batin diri mereka masih pada level "awam" tak bermaqam di sisi Allah! Masih bermaqam nafsu Amarah.

Maka pada mereka, walaupun isi hati mereka masih sangat KOTOR TERCELA dengan sifat sifat Azazil yang masih belum dibersihkan cara benar, tapi pada mereka, "Mereka Telah Kenal Diri" setelah mencuri hafal rahsia rahsia perbicaraan  "golongan Khawas al Khawas" di dalam kitab Sufi karangan Wali Wali silam.

Inilah proses Kenal Diri bagi golongan yang disesatkan Allah. Guru mereka telah menyesatkan mereka dari jalan jalan kebenaran islam.

Mereka ingin menjadi "ahli hakekat" dengan cara Express dan salah. Wali wali dulu ditinggikan Allah maqam diri mereka dengan cara mereka "Kenal Diri" membersihkan hati dan amal dari sifat sifat tercela.

Tetapi mereka ingin menjadi golongan hakekat dengan cara "menghafal" ilmu ilmu yang *"dicuri"* kitab kitab para Wali Allah, tapi bukannya diambil ilmu tersebut dengan cara Laduni dari Allah buat golongan Khawas al Khawas yang telah sangat *BERSIH HATINYA.*


*4 JENIS UNSUR HATI DALAM DIRI INSAN*
Jadi pada diri insan ini tergabungnya 4 jenis unsur unsur sifat, iaitu :

*1) Sifat Baharu Bagi HAIWAN (Muhadas)*
Contoh : Buas, Liar, Ganas, Kejam, Jijik, Tiada Ehsan, Mementingkan diri sendiri, tak ambil peduli, tak berakal, bodoh dll

*2) Sifat Baharu Bagi INSAN (Muhadas)*
Contoh : Hodoh, Buruk, Rendah diri, jahat, amanah, berilmu, jahil, gopoh, hina, lupa, alpa, lalai, putus asa, lemah jasad, lemah jiwa, kecewa, degil, melawan dll

*3) Sifat Sifat SYAITAN (Muhadas)*
Contoh : Dengki, iri hati, sakit hati, dendam, khianat, marah, tamak, gilakan pangkat, gila glam, menipu, berbohong, tidak amanah dll

*4) Sifat Sifat TUHAN (Qadim)*
Contoh : Cantik, Indah, Anggun, Mempersona, Pengasih, Penyayang, Pecinta, Pemaaf, Baik, Sabar, kuat, berani, hebat, *memulia diri, tinggi, angkoh, takabur, membesar diri, riyak, mengagung diri, sombong* .. dll

*BOLT WORDS : SIFAT YANG HARAM BAGI MAKHLUK!*
TAK BOLT : SIFAT TUHAN YANG WAJIB BAGI INSAN!


*SELEPAS KENAL SIFAT SIFAT TUHAN & INSAN*
.. Bila kita dah kenal sifat sifat diri ini, maka kita berusaha untuk "memakai" semua jenis sifat sifat Ketuhanan yang "Halal" dipakai pada diri insan ini, dan buang & usir sejauhnya segala sifat sifat tercela haiwan & kesyaitanan azazil ini dari diri dan hati kita.

*TRANFORMASI SIFAT SIFAT DIRI DARI*
*SIFAT INSAN KEPADA SIFAT KETUHANAN*
Pakai semua sifat sifat Tuhan yang wajib bagi insan _(Ehsan, Sabar, Iklas, Cinta, Pengasih, Penyayang, Redha dll),_

Lalu membuag semua sifat sifat Tuhan yang Haram dipakai pada diri insan _(Riyak, Sombong, Angkuh, Takabur, Membesar Diri, Rasa Mulia Diri, Menghukum, Mencela, Menghina dll)_ ..

.. dan membuang dan mengikis juga sifat sifat iblis pada diri, _(Ammarah, marah, dengki, iri hati, dendam, khianat, menipudaya, engkar dll)_

*TERCELANYA AZAZIL KERANA APA?*
Azazil menjadi tercela atas kerana dia *memberanikan diri* untuk "memakai" sifat sifat Tuhan yang diharamkan dipakai oleh makhluk-makhluk-Nya..

... iaitu sifat : Takabur, riyak, membesar diri, memulia diri sendiri, takabur, menghina, mencela & menghukum dll

... Semua yang dipakai Azazil ini adalah sifat sifat mutlak hanya LAYAK bagi Allah SWT semata yang haram mana mana makhluk dari memakainya.

Maka mana mana manusia yang *berani memakai* salah satu *sifat sifat Tuhan yang diharamkan bagi makhluk dari memakainya ini,* maka dia akan menerima nasib sama sepertinya Azazil .. akan dihumban Allah ke dalam neraka jahanam.

Jadi itulah secara asas yang paling bawah ilmu tentang *mengenal Allah & kenal diri* seperti yang ditanya oleh sahabat di atas ini ... panjang jika nak dihuraikan sedalamnya.

Ada lagi nota nota yang tertinggal, antaranya mengenal 7 maqam Nafsu diri .. boleh di cari sendiri nanti pada yang belum tahu.

.. ilmu kenal Allah & kenal diri yang lebih tinggi dari di atas ni, adalah tentang cara cara untuk mencintai Tuhan yang Maha Terindah & Tercantik tapi Maha Ghaib  (?) ..

.. Bagaimana nak Cinta? Sedangkan tak mampu dilihat? Sedangkan "tak dilihat" itu, bukanlah suatu alasan untuk "Tidak Mencintai Tuhan", orang buta pun boleh jatuh cinta pada Siti Nur Haliza walaupun tak pernah melihatnya. Tapi kita tak buta  ... cuma mata hati belum "dicelekkan" Allah untuk cinta pada-Nya. Sebab tu perlu bermula dengan "Kenal Tuhan" dulu ... Cinta akan datang kemudian bila hati telah bersih dari sifat sifat tercela yang wajib kita buang jauh dari hati.

 Allah berikan kita mata zahir dan mata hati bagi "melihat Kecantikan Diri-Nya" melalui wajah wajah para hamba-hamba-Nya yang dikurniakan Allah "Nikmat" Cantik Wajah!
Orang Sufi jika melihat cantiknya manusia, tapi yang dilihat pada mata hati mereka "Hanya lah Keindahan Wajah-Nya Allah. Wajah Insan adalah Cermin bagi Wajah Tuhan. Mata zahir melihat Insan, mata hati melihat Tuhan di sebalik "cantiknya" wajah wajah Insan.

Atas sebab Tuhan telah "meminjam" sedikit butiran halus "sifat cantik-Nya" dari Wajah Diri-Nya pada wajah makhluk-Nya insan yang terpilih.

Pandanglah Wajah cantik tercantiknya insan : pria & gadis, nanti hati yang telah mengenal sifat sifat asas Tuhan ini mampu membayangkan dengan "akal mata hati" betapa cantik-Nya Wajah-Nya yang berjuta juta juta juta juta juta kali ganda lebih cantik dari wajahnya Bidadari syurga dan manusia ..

.. maka kesan dari "kefahaman" kenal sifat sifat Allah & sifat pada diri insan ini, akan *membawa hati* untuk lebih cenderung "mencintai Allah" & "Wajah-Nya" ..

Itulah secara asasnya tujuan utama wajib untuk mempelajari ilmu Kenal Diri dan Kenal Allah .. ia tentang rahsia Cinta antara Insan & Tuhan, si Pencipta-Nya. ..

Kenal Tuhan tu adalah permulaan perjalanan seorang hamba .. dan penghujungnya adalah Cinta di dalam pengabdian kepada-Nya. Hati yang telah Cintakan Tuhan, maka dari situlah timbulnya sifat tertinggi dan terpuji iaitu *"SIFAT IKLAS"* di dalam ketaatan dalam diri seorang insan. Beribadah *"iklas"* kerana Cinta, tapi bukan beribadah kerana terpaksa kerana takutkan azab neraka-Nya.

Mudahan ada manfaatnya pada penjelasan ringkas yang agak meleret ini. .. maaf atas segala kelemahan dalam penulisan ini - wassalam.

No comments:

Post a Comment