MAJLIS CINTA ZIKIR
Diriwayatkan bahawa suatu ketika Nabi Musa A.S. bertanya kepada Allah S.W.T, "Tuhanku, apakah balasannya bagi orang-orang yang zikir kepada-Mu dengan lisan dan hatinya?" Allah S.W.T. berfirman: "Wahai Musa, Aku akan melindunginya di Hari Kiamat dengan naungan 'Arasy, dan Aku akan menjadikannya di bawah kekuasaan-Ku."
Nabi Musa A.S. bertanya lagi, "Tuhanku, siapakah hamba-Mu yang paling rugi?" Allah S.W.T. berfirman, "Orang yang tidak mengambil manfaat dari nasihat dan orang yang tidak zikir kepada-Ku sewaktu sendirian."
Zikir merupakan cara yang paling efektif untuk berdialog dengan Allah S.W.T. dan membuat hamba-Nya mampu secara aktif berhubung dalam komunikasi dengan Allah S.W.T. Tentu sahaja kondisi spiritual dari fikiran atau hati setiap orang akan berbeza dalam menerimanya, bergantung dari kemajuan spiritual yang dialaminya. Secara umum zikir akan selalu melahirkan sifat al-Muraqabah (perasaan selalu diawasi oleh Allah) sehingga akan memasukkan pelakunya ke pintu al-Ihsan. Orang-orang yang lalai tentu tidak akan sampai ke maqam al-Ihsan. Zikir juga akan melahirkan al-Inabah (dorongan jiwa ingin selalu kembali kepada Allah) sehingga hanya Allah lah yang ditakuti, dan tempat kembali serta berlindung.
Jadi, sangat na’if jika masih ada orang yang gemar membid’ahkan kegiatan zikir. Bagaimana mereka memandang Hadis yang diriwayatkan oleh ‘Amr bin ‘Anbasah R.A. ini. Beliau berkata Rasulullah S.A.W. bersabda, ”Di sebelah kanan Tuhan yang Maha Rahman, begitu juga di hadapan-Nya, ada sekelompok manusia yang bukan para Nabi dan bukan para Syuhada. Sinar wajah mereka menyilaukan sesiapa sahaja yang melihatnya, sehingga para Nabi dan para Syuhada merasa iri di atas kedudukan mereka dan dekatnya mereka di hadrat Allah Azza wa Jalla.”
Rasulullah S.A.W. ditanya, “Siapakah mereka itu ya Rasulullah?” Rasulullah S.A.W. menjawab, ”Mereka adalah sekumpulan manusia dari berbagai kabilah yang berkumpul untuk melakukan zikir kepada Allah. Mereka memelihara ucapan-ucapan yang baik seperti halnya orang yang makan kurma menjaga dan memilih hanya kurma-kurma yang baik,”
(H.R. Thabrani)
Abdullah bin Busr R.A. mengatakan, “Sesungguhnya ada seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W, ‘Ya Rasulullah, perintah dalam syariat Islam ini banyak. Khabarkan lah kepada kami sesuatu yang dapat kami jadikan amalan dan kesibukan.” Rasulullah S.A.W. bersabda, “Hendaklah kalian sentiasa membasahi lidahmu dengan zikrullah.”
Maka, mari nikmati hidangan hidayah Allah dengan berzikir. Mari kita masuk ke taman-taman syurga dengan berzikir. Ibnu Taimiyyah berkata, “Sesungguhnya di dunia ada surga. Barang siapa tidak masuk ke dalam syurga itu, ia tidak akan masuk ke dalam surga akhirat.” Ibnu Taimiyyah ditanya, “Apakah yang dimaksud dengan syurga dunia itu?” Beliau menjawab, “Majlis-Majlis Zikir.”
Pendapat ini didasarkan pada Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar, yang bertanya kepada Rasulullah S.A.W.
Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, “Apakah ghanimah majlis-majlis zikir?”. Rasulullah SAW menjawab, ”Ghanimah majlis zikir adalah syurga,”
(HR Ahmad)
No comments:
Post a Comment