Sunday, 18 September 2016

Hakikat Insan

MAKRIFAT MUHAMMAD vs MAKRIFAT SUFI
Makrifat di jalan keNABIan Rasulullah tiada NAFI ISBAT, tiada ilmu MATI SEBELUM MATI, tiada FANA tiada ZOUK/mabuk.. Ini kerana Allah sendiri yang memakrifatkan Baginda di luar daripada cara biasa kaedah bermakrifat..
Kemudian barulah Baginda diajar mengHAKIKATkan, menTAREKATkan, dan menSYARIATkan umatnya melalui FIRMAN-FIRMAN ALLAH dari wahyu yang dibawa oleh malaikat Jibril..
Rasulullah Makrifat ››› Hakikat ››› Tarekat ››› Syariat..
Sedangkan di jalan kesufian dan sufi moden masa kini bermula dengan Syariat ››› Tarekat ››› Hakikat ››› Makrifat..
Kemudian.. Barulah Makrifatnya itu bergerak semula kepada Hakikat ››› Tarekat››› Syariat,, itu pun sekiranya seseorang itu terpilih sebagai KHALIFAH nya.. Tetapi ada juga ilmu Makrifat yang diperolehi itu dimanfaat untuk diri sendiri atau untuk keluarga yang terdekat khususnya..
Kerana itulah Sufi² selepas Rasulullah terpaksa melalui jalan "mati sebelum mati", "nafi isbat" serta mengalami kefanaan dan kedahsyatan zouk/mabuk di dalam WUJUD ALLAH di samping hilang WUJUD DIRI.. Semuanya itu berlaku kerana ketebalan sifat keAKUan sejak kecil..
Sepanjang masa mereka sering ditarbiahkan dengan ilmu Syariat maka itu ia tergolong di dalam JALAN KESUFIAN sebagai kaedah untuk mempelajari ILMU MENGENAL DIRI & MENGENAL ALLAH..
Sebab itu tiada sesiapa pun yang dapat menandingi keteguhan MAKRIFAT Nabi Muhammad SAW!


Hal yang paling menyedihkan, bukanlah di saat ibumu memarahimu..
Tetapi adalah saat apabila ibumu tiada lagi di dunia ini untuk memarahimu..
Hargailah ibu- ibu kalian semua..
Kerana kasih mereka itu, tiada gantinya.

No comments:

Post a Comment