*🍀MERENUNGI SEJARAH SILAM🍀*
*WAHHABI UTHMANIYYAH & SUFI®*
Bismillah : Isu syirik dan sikap mudah mensyirikan sesama umat islam yang mengamalkan amalan sunat yang telah disepakati ulama sebagai perkara cabang kembali hangat dan menjadi-jadi.
Manakala keterampilan ulama yang mempertahankan Ahli Sunnah Wal Jamaah secara perlahan-lahan telah disisihkan di dalam media arus perdana.
Walaupun di satu sudut tokoh Ahli Sunnah Wal Jamaah juga dilihat tidak konsisten dalam perjuangan membela aqidah yang benar seperti mana yang dilakukan oleh cendikawan aliran Wahhabi contohnya.
Wahhabi yang begitu celupar menuduh dan menidakkan pendapat jumhur ulama Ahli Sunnah terutamanya dalam perkara tawassul, istighasah dan amalan-amalan seperti membaca talkin, ziarah kubur, mempercayai mimpi yang baik, keberkatan dan lain-lain seumpamanya jika diteliti mereka hanya memperjuangkan satu aspek berdasarkan hadis menurut tafsiran mereka.
Perjuangan Wahhabi di mana-mana pun yang ketaranya berkisar dan berputar pada isu syirik. Itu pun syikir yang difokuskan hanya pada amalan-amalan sunat atau pekara furu’. Seperkara lain lagi yang sering dibangkitkan oleh Wahhabi ialah isu fanatik kepada ulama. Katanya pendapat ulama setidak mestinya kita terima.
Alasannya ulama tidak maksum seperti Nabi. Betul, tidak siapa pun menafikannya. Kalau begitu, pendapat ulama Wahhabi yang patut kita tolak awal-awal, sebab memang pasti yang mereka itu bukan Nabi, apatah lagilah yang bukan ulama di kalangan pengikut Wahhabi, lagi-lagilah kita tidak perlu ambil kisah dengan kata-katanya.
Tapi kenyataannya puak Wahhabi ini sangat memaksa orang lain menerima pandangan dan tafsiran ulama mereka. Dalam hal ini jelas bahawa sikap dan tindakan mereka sendiri bercanggah dengan ilmu atau apa yang mereka perkata dan diperjuangkannya.
Tetapi pada masa yang lain mereka sangat terpengaruh dan mengiktiraf pendapat dan perjuangan Muhammad Abdul Wahhab dan Ibnu Taimiyah. Dalam tulisan, ucapan dan ceramah mereka pendapat dua tokoh ini sahaja yang sering diutarakan selain tokoh-tokoh yang sealiran dengan keduanya itu.
Ibnu Bazz contohnya menjadi rujukan semua pengikut Wahhabi. Bukankah mereka itu bukan Nabi, kenapa terpengaruh dengan tafsiran dan pendapat mereka?
Wahhabi nampak macam menentang keras terhadap perkara syirik. Cuma yang peliknya mereka hanya nampak syirik pada amalan tawassul dan istighasah.
Lebih sikit syirik memuja ulama. Lebih lagi memuja memuji Rasulullah saw juga katanya membawa syirik. Mudah sangat!Bagaimana pula dengan orang Islam yang memuja tokoh-tokoh Barat, artis, ahli sukan, tokoh perniagaan, pemimpin politik dan sebagainya itu?
Bahkan sudah menjadi trend dalam setiap kuliah motivasi, selain hadis dan Al Quran, kata-kata pujangga tokoh bukan Islam dan sekularisma mesti dinukilkan, baru ada kelas.
Mana-mana motivator yang tidak mahu atau tahu mengambil kata-kata pujanggatokoh Barat, Athies atau orientalis dianggap ketinggalan zaman. Jarang sekali dengar ulama Wahhabi menentang sikap dan cara berfikir yang mengagungkan tokoh bukan Islam sebagai salah satu sebab boleh syirik! Pelik juga bukan!
Malahtokoh Wahhabi juga tidak ketinggalan nampaknya terikut-ikut mengagungkan tokoh-tokoh bukan Islam termasuk mengambil falsafah mereka lalu dijadikan sebagai untuk menguatkan lagi huraian hadis dan Al Quran.
Wahhabi telah menyalah tafsirkan sikap merendah diri dan beradabnya ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam proses mendekatkan diri kepada Allah. Mereka merasa tidak layak untuk terus berdamping dengan Allah melainkan menyandarkan kepada keberkatan Rasulullah saw dan orang-orang soleh.
Hujah atau nasnya terlalu banyak. Nabi Adam sendiri sangat beradab semasa memohon belas kasihan Allah dengan menyebut keagungan Rasulullah saw sebagai kekasih Allah.
Jika Wahhabi tidak dapat memahami kehalusan batin atau roh ahi sufi, itu memang tidak pelik. Sebab memang pendekatan Wahhabi hanya bersifat akliah, iaitu perbahasan yang menyentuh akal tidak menyentuh roh atau perasaan.
Bagi mereka perasaan atau roh tidak boleh dibicarakan. Secara tidak langsung sebenarnya fahaman Wahhabi adalah fahaman yang memuja akal.
Orang yang memuja kekuatan akal, akhirnya tidak nampak soal rohaniah seperti rasa takut, rasa rindu, rasa cinta, rasa kagum, rasa hormat dan rasa-rasa kehambaan yang semuanya itu sangat ketara pada diri Rasulullah saw, para sahabat dan salafussoleh.
Fahaman yang mengaungkan akal, ini juga merupakan salah satu bentuk syirik. Syirik khafi atau syirik yang halus. Bukankah akal juga makhluk Allah?
Kenapa memuja dan mengagungkan makhluk sehingga tertutup roh dari merasa takut dan cintakan Allah?
Jarang tokoh Wahhabi dapat membahaskan bagaimana untuk mendapat rasa takut dan cinta kepada Allah. Memang Wahhabi tidak menjiwai perkara rasa atautauhid yang bersifat penghayatan.
Wahhabi hanya berbangga dengan tauhid atai aqidah perbahasana atau teori atau mental exercise. Sedangkan tauhid atau aqidah yang diperjuangkan oleh Rasulullah saw dan ditanamkan sedalam-dalamnya dihati para sahabat ialah yang berjaya menjadikan mereka sangat takut dan cintakan Allah.
Terlalu banyak kisah dalam sejarah untuk membuktikan ini semua.Gambaran kekhusyukan sahabat dalam solat, anak panah yang sedang terjunam pada betisnya boleh dicabut tanpa merasa sakit sedikit pun.
Bagaimana mereka boleh tenggelama dalam rasa khusyuk yang sebegitu hebat? Adakah aqidah mereka berlegar pada perbahasan syirik atau teori semata-mata?
Jika fahaman Wahhabi itu lebih tepat berbanding Ahli Sunnah Wal Jamaah, manaada sejarah tercipta oleh fahaman Wahhabi sehingga Islam menjadi cukup indahdan selamat oleh fahaman Wahhabi?
Kemunculan Wahhabi era permulaan telah berjaya disekat oleh Sultan Abdul Hamid ll yang pada ketika itu menjadi Khalifah Uthmaniyyah yang ke-34.
Khalifah Uthmaniyyah sangat terkenal mempertahankan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sejak pengasas empayar tersebut lagi.
Uthmaniyyah tegas dalam aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah mengikut pendekatanAl Maturidiah, bermazhab Hanafi dalam feqah dan hampir semua Sultannya mengamalkan tariqat sufiah yang muktabar.
Uthmaniyyah juga telah berjaya menyekat dan mengalahkan syiah dalam banyak fasa sepanjang empayar tersebut.
Pada penghujung nyawa empayar Uthmaniyyah, bangkit pula Wahhabi yang diperjuangkan oleh Syeikh Muhammad Abdul Wahab tetapi berjaya disekat oleh Sultan Abdul Hamid ll melalui tangan gubenur Mesir pada ketika itu, Muhammad Ali Pasya.
Muhammad Ali Pasya telah dimomok kononnya mengikut telunjuk Eropah dan mempunyai peribadi yang buruk.
Memang ada maklumat bahawa Muhammad Ali Pasya adalah pemimpin yang longgar jiwa Islamnya, tetapi itulah kebijaksanaan Sultan Abdul Hamid ll dalam berhapan dengan puak Wahhabi. Sultan telah menggunakan tangan yang sedikit ‘kotor’ untuk menyelesaikan perselisihan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh Wahhabi.
Maka terselamatlah Sultan dan umat Islam yang berpegang kepada aqidah Ahli SunnahWal Jamaah pada ketika itu dari diperngaruhi oleh Wahhabi.
Dendam Wahhabi kepada Uthmaniyyah perlahan-lahan dilunaskan apabila mereka berjaya menguasai Mekah dan Madinah setelah menjalin kerjasama dengan pihak Inggeris.
Dari satu sisi lain, puak Wahhabi sebenarnya meberikan sumbangan besar kepada keruntuhan Uthmaniyyah kerana adanya hubungan kerjasama dengan pihak imprielis Barat.
Sejarah Uthmaniyyah yang sangat keras menentang syiah dan mempertahankan Ahli Sunnah Wal Jamaah cuba dipadamkan oleh Wahhabi dengan mendakwa bahawa Uthmaniyyah membiarkan fahaman sufi berkembang dan berleluasa di seluruh empayarnya.
Kononnya golongan sufi adalah punca perpecahan dan penyelwengan besar terhadap Islam. Walhal fakta sebenarnya ialah setiap Sultan Uthmaniyyah yang menjaga disiplin sufilah yang berjaya mempertahankan Islam dan menghalang pengaruh Barat dan zionis Yahudi.
Manakala Sultan yang longgar dengan disiplin sufi, mereka telah dilekakan dengan harta benda, perempuan, arak dan menjadikan tentera elit Uthmaniyyah tidak takut dan tidak hormat lagi kepada Sultan.
Akhirnya tentera elit pula menguasai Sultan dan menentukan hala tuju kepimpinan empayar tersebut. Melalui tenteralah pengaruh Barat dan zionis meresap perlahan-lahan dalam empayar Uthmaniyyah.
Selama hampir berbelas abad keadaan begini berlaku. Sehingga Sultan Muhammad lll yang memerintah sebagai Sultan ke-32 berjaya menghapuskan tentera elit yang dikenali sebagai Inkisyariyyun itu.
Maka pada masa Sultan Abdul Hamid ll memerintah, baginda menubuhkan pasukan perisik yang kuat sehingga berjaya mengawal keadaan.
Salah satu golongan yang menjadi pilihan Sultan sebagai anggota perisikannya ialah golongan sufi. Golongan sifu terkenal dengan disiplin rohaniah yang tinggi dan mereka sangat jujur.
Inilah yang menjadi kedengkian golongan Wahhabi dan golongan sekularisma yang baru muncul yang menamakan diri mereka Turki Muda!
Zionis telah menjadikan Turki Muda, Wahhabi dan semangat nasionalis sebagai racun-racun yang diinjek ke dalam tubuh empayar Uthmaniyyah sehingga terkuburnya empayar Ahli Sunnah Wal Jamaah terakhir pada 1924 Masehi.
*BY : PANG LANG SUFI (BLOGER LINK DI BAWAH)*
Sumber : http://suaramuhajirin313.blogspot.in/2014/11/wahhabi-uthmaniyyah-sufi.html
ashampoo uninstaller crack
ReplyDelete