Wednesday, 28 September 2016

SIAPAKAH AKU SEBENARNYA?

SIAPAKAH AKU SEBENARNYA?
Tuhan mengingatkan bahawa sebelum mengenal Dia (Tuhan) maka manusia diminta untuk memahami “Aku” nya sendiri sebagai sarana atau jalan untuk menuju pengenalan AKU-TUHAN? Itu kerana dalam “Aku” termuat rahsia AKU-NYA.
Perbahasan tentang pengenalan diri ini adalah kunci jalan spiritual. Sehingga menyelami kesedaran diri yang sebenarnya, dan mengenali hakikat ruh yang biasa menyebut dirinya “Aku” adalah cukup penting dan menjadi bangunan suci ibadah hidup manusia. Saya tidak akan bicara lagi soal dalil-dalil. Ibaratnya kita melakukan solat, kita tidak lagi perlu dalil, akan tetapi kita tinggal memasuki keadaan solat yang sebenarnya. Diskusi kita sudah selesai dalam hal hukum-hukum kebenaran Tuhan.
Perenungan tentang hakikat ruh ini mau tidak mau membawa kita pada khazanah filsafat manusia. Namun tidak perlu kita masuki terlalu dalam wacana filsafat apa hakikat manusia sesungguhnya. Yang jelas, bahawa manusia adalah makhluk sempurna yang telah diberi mandat untuk menjadi wakil Tuhan di muka bumi.
Selain unsur biologi dan fizik yang sangat kompleks mulai dari kaki hingga kepala, susunan dalam mental dan kerohaniannya terdapat sifat yang tertinggi meskipun masih terdapat daya kemahuan iaitu KEKUATAN SANG “AKU”, yang merupakan KEKUATAN yang diterima dari Yang Maha Mutlak.
Tubuh biologi dan mental keinginan nafsu adalah milik manusia. Namun bukan manusia itu sendiri. Sebelum manusia (“Aku”) dapat menguasai atau mengalahkan atau mengarahkan benda yang menjadi miliknya terlebih dahulu ia harus menyedari dirinya secara benar. Ia harus dapat membezakan mana yang merupakan Aku dan mana yang merupakan milik Aku, dapat membezakan mana yang Aku dan mana yang bukan Aku.
Yang harus disedari: SANG AKU BERSIFAT ABADI – TIDAK BOLEH MATI -TIDAK BOLEH BINASA. AKU MEMILIKI KEKUASAAN, KEBIJAKSANAAN DAN KENYATAAN. AKU INILAH YANG AKAN KEMBALI KE POSISI ASALNYA: SESUNGGUHNYA AKU ADALAH BERASAL DARI ALLAH DAN KEPADA-NYA-LAH AKU KEMBALI…
Manusia moden yang sejak lahir hingga dewasa selalu hidup dan mengarahkan dirinya dalam kesemestaan benda-benda material beranggapan bahawa rasa keakuan mereka hanya merupakan kesedaran mengenai nafsu badani, pemenuhan keinginan, pemuasan kesenangan, memperoleh kenyamanan bagi dirinya. Bahagian bawah dari batin naluri merupakan tempat rasa keakuan orang-orang primitif. Apabila seorang primitif mengatakan “Aku”, maka yang dimaksudkan adalah badannya. Badan ini mempunyai perasaan, keinginan dan nafsu. Mereka menggunakan daya fikirnya, guna memenuhi nafsu dan keinginan fiziknya, padahal mereka sebenarnya hidup dalam tingkat batin naluri.
Setelah menyedari ketololannya dan beranjak tua, manusia harusnya semakin tinggi pendakian spiritualnya. Mulailah ia mempunyai konsep tentang Aku nya yang lebih lengkap. Bila ia mulai menggunakan akalnya, maka ia pindah dari tingkat batin naluri ke tingkat batin mental. Ia mulai merasakan bahawa batinnya adalah lebih nyata bagi dirinya dari pada badannya, bahkan kadang ia melupakan badannya apabila sedang terbenam dalam pemikiran secara serius.
Setelah kesedaran manusia meningkat iaitu kesedarannya berpindah dari tingkat mental ke tingkat kerohanian ia menyedari bahawa “Aku” yang sebenarnya adalah sesuatu yang lebih tinggi daripada fikiran, perasaan dan badan fiziknya, bahawa semuanya ini dapat digunakan sebagai alat sahaja. Hingga akhirnya manusia benar-benar merasakan sebagai Aku yang sebenarnya (AKU SEJATI).
Berikut cara mengembangkan atau membangkitkan kesedaran Aku yang fitrah. Ini merupakan latihan yang harus disedari, sebab kita tidak akan dapat melakukan pendekatan kepada Allah jika tidak menyedari hakikat diri yang hakiki. Kesedaran “Aku” ini merupakan langkah pertama pada jalan menuju mendapatkan PENCERAHAN yang merupakan realisasi hubungan Aku dengan Yang Maha Agung.
MENEMUKAN AKU SEJATI
Carilah tempat atau ruangan, yang terbebas dari gangguan, agar batin anda merasa aman dan tenang. Anda boleh duduk, berbaring, mahu pun berdiri yang enak agar anda dapat mengendurkan otot-otot dan membebaskan ketegangan saraf. Lepaskan ketegangan dan biarkan otot-otot menjadi lemas, sampai terasa tenang dan damai meresapi seluruh tubuh. Istirehatkan badan dan pasrahkan seluruh jiwa raga. Atau lakukanlah dengan posisi berdiri, hal ini dilakukan untuk menghindari mudah terlena dan tertidur…
Setelah berpengalaman hendaknya mampu melakukan pengenduran badan dan menenangkan fikiran di mana pun dan bila sahaja anda memerlukannya. Ingat bahawa keadaan zikir harus berada di bawah penguasaan kemahuan yang keras. Di dalam melakukan praktik zikir harus diterapkan pada waktu yang tepat dan atas kemahuan sendiri.
SEDARI BAHAWA AKU ADALAH HAKIKI NYA MANUSIA YANG TIDAK PERNAH TIDUR – TIDAK MATI – ABADI, … SELALU SEDAR TIDAK PERNAH MENGALAMI SEDIH DAN TAKUT… AKU SANG ROH SUCI (FITRAH) YANG MAMPU MENEMBUSI ALAM MIMPI, ALAM MALAKUT DAN ALAM ULUHIYAH…
Sekarang anda memasuki tahap yang menyebabkan Aku merasa sebagai makhluk mental. Kalau anda memejamkan mata, anda akan merasakan dan dapat membezakan mana Aku yang sebenarnya… Di situ ada aku yang memperhatikan sensasi badan, seperti misalnya: lapar, haus, sakit, sensasi yang menyenangkan, kesedihan. Anda akan merasakan ternyata bukan aku sebenarnya yang lapar, sakit dan sedih, akan tetapi itu adalah sensasi badan yang dimiliki oleh sang Aku. Aku sejati mengatasi semua itu tadi…
Mulai sekarang, melepaskan diri dari yang bukan hakiki, agar tidak diumbang-ambingkan oleh tubuh anda sendiri. Sedari bahawa AKU ADALAH YANG MENGUASAI PERASAAN DAN FIKIRAN, JADILAH TUAN ATAS DIRI ANDA… Keluarlah anda seperti melepaskan baju, lalu tinggalkan dan jangan anda memikirkan semuanya itu. Kerana badan anda mempunyai batin naluri yang akan bergerak menurut fungsinya. Perhatikan saat anda tidur… Aku anda meninggalkan tubuh anda tanpa harus memikirkan bagaimana nantinya badanku, kenyataannya tubuh bekerja menurut yang dikehendaki oleh nalurinya sendiri.
SEDARKAN SANG AKU. HUBUNGKAN DENGAN ZAT YANG MAHA MUTLAK… HADIRLAH DIHADAPAN-NYA SEBAGAIMANA KESAKSIAN AKU DI ALAM `AZALI… PANGGILLAH… PENUH SANTUN YA ALLAH… YA ALLAH… TUNDUKKAN JIWA ANDA DENGAN HORMAT… DAN DATANGLAH KEHADIRAT-NYA DENGAN TERUS MEMANGGIL YA ALLAH… YA ALLAH… TIMBULKAN RASA CINTA YANG DALAM… HADIRLAH TERUS DALAM ZIKIR… BIARKAN SENSASI FIKIRAN DAN PERASAAN MELAYANG-LAYANG…
SEDARKAN DAN KEMBALIKAN BAHAWA AKU BUKAN ITU SEMUA… AKU ADALAH YANG MENYAKSIKAN SEMUANYA… BERSAKSILAH DENGAN MENGUCAPKAN DUA KALIMAH SYAHADAH… SAMPAIKAN DO’A SELAWAT UNTUK RASULULLAH. DAN KELUARGANYA. TERUSKAN AKU MELAYANG MENEMBUSI SEMUA ALAM-ALAM YANG MENGHALANGI, BIARKAN AKU BERJALAN MENUJU YANG MAHA TIDAK TERHINGGA… AMIIN

No comments:

Post a Comment