FARDU AIN
Cara ulas ilmu orang kedah
_________________________________________
Cara ulas ilmu orang kedah
_________________________________________
(Dengan ilmu ini yang disampaikan mudahan dapat MEMBUKA JALAN kita untuk lebih memahami iktiqad dalam buku yang lain dalam bidang syariat fekah tasawuff dan tarikat)
TAJUK IKTIQAD HATI
RUJUKKAN
Kitab Qatrul Ghaisiyah,
muka 14, baris 3
*hussein kedah banjari (arifbillah)
Kitab Qatrul Ghaisiyah,
muka 14, baris 3
*hussein kedah banjari (arifbillah)
Semoga Baik2 urusan kita semua.Apa buku melayu kata iktiqad ni ? Iktiqad ni kalau kita terjemah melayu, asal makna simpulan.
Macam kita ambil tali, kita simpul tu. Itu dia kata iktiaqad, menyimpulkan, simpulan. Sini, kita menyimpulkan fahaman kita berkenaan dengan tauhid ni. Itu yang dia kata akidah. Akidah ni, asal makna simpulan lah. Tapi sini, makna dia, fahaman yang teguh dalam hati kita. Itu kata akidah.
Fahaman yang teguh atau pegangan yang teguh dalam hati kita, itu kata akidah. Jadi, bukan saja orang islam ada akidah. Orang-orang yang bukan islam pun ada akidah. Yaitu fahaman yang teguh tu. Gagahnya akidah mereka itu tak betul lah kan ! Tapi itu akidah depa. Fahaman dan pegangan hati yang teguh, itu kata akidah. Jadi, perbuatan tu, itu yang kata iktiqad ; memahami, atau memegang sesuatu dengan hati dia, memegang sesuatu dengan teguh pada hati. Itu kata iktiqad. Sini, apa Tuan Husin kata ?
بِسْمِ اۘللهِ اۘلرَحْمَنِ اۘلرَّحِيمِ
Bermula makna iktikad yaitu pegangan yang tetap dengan mata hati ,
Kalau kata dengan hati, pun cukup. Jadi, hati kita faham apa ? Kita faham sesuatu, kadang-kadang kita faham longgar-longgar, tu tak nama iktiqad lah ! Iktiqad ni perbuatan. Noun (nama) dia akidah. Kita faham berkenaan dengan ketuhanan macamana, alam ini macamana, kita faham longgar-longgar. Itu tak nama-lah akidah. Kita faham kuat, pegang dah kuat dah, dah tak ada goyang apa dah. Itu-lah akidah. Perbuatan tu kata iktiqad.
Iaitu pegangan yang tetap dengn mata hati akan satu pekerjaan ,
Perkerjaan tu perkara. Kitab tua dia kata pekerjaan.
Akan satu perkara dan dinafi akan lawannya, seperti kita ambil pegang dengan mata hati,
Kenapa Tuan Husin tulis mata hati, dia tak tulis hati ? Mata hati ni makna, dalam. Atau hati yang dalam, tu kata mata hati. Mungkin kita faham sesuatu, faham sesuatu tu dengan hati. Kita faham sesuatu dengan akal. Akal dengan hati, serupa saja. Kita faham sesuatu, tak teguh, nama faham dengan hati juga. Tapi sini Tuan Husin kata dengan mata hati, makna masuk dalam betul .
Seperti kita ambil pegang dengan mata hati kita akan bahwasanya Allah yaitu bersifatlah ia dengan wahdaniah dan kudrah dan ilmu, dan kita nafi daripadanya segala lawannya sifat itu, yaitu berbilang dan banding (lawan wahdaniah) dan lemah (lawan kudrah) dan jahil (lawan ilmu).
Jadi kita, bila-bila pun, kalau orang tanya kita tengah malam, tengah lena tengah malam, orang ketuk tanya kita ; Tuhan berapa ? Kita tahu-lah kata “esa”. Tu iktiqad kita, tu faham teguh ! Tanya siapa buat alam ini, kita tak payah fikir dah, kita kata Allah. Allah Maha Mengetahui, tak payah fikir dah. Itu makna kita pegang dengan hati dengan kukuh lah, kuat la ! Semua orang islam mcam tu lah, kuat. Cuma kita baca tauhid sikit, mau ada sikitlah, kita belajar sikit tauhid, dekat sapa pun tak kira. Teguhlah hati kita, faham kita berkenaan ketuhanan, itu kata iktiqad kita.
Tak ada orang islam, nak berasa dalam hati kata Tuhan itu berbilang, tak ada ! Ada orang islam ikut agama lain, ada ka tak ada ? Ada juga, tapi tak banyak-lah. Ada pasai-pasai lain pasai apa ka, pasai keduniaan kah ! Ada orang islam ikut agama lain, pun ada juga.
Tapi dalam hati dia, tetap punya, Tuhan satu ! Walau pun dia ikut agama lain, tapi dia kata Tuhan satu. Dia ikut agama lain, bukan pasai akidah, pasai lain. Pasai keduniaan lah, pasai apa ka, adalah kan ! Akidah dia kuat. Jadi orang islam, dia faham Tuhan satu ni, Tuhan tu esa, kuat ! Dia pi macamana pun, lepas tu Tuhan berkuasa. Kuat, tak ada orang islam yang kata Tuhan lemah.
Tak ada kan ! Orang lain ada juga, orang kafir asal, depa kata Tuhan pun tak bolih buat apa, ada ! Tapi orang islam ni....tak tahu-lah, kita tak kaji habis. Biasanya tak ada orang islam kata Tuhan lemah, tak ada. Kata Tuhan jahil, tak ada. Jadi, orang islam ni, akidah dia kuat, benar. Hak kita tengok tak sembahyang pun, yang sembahyang tak yah kira la. Hak yang tak sembahyang pun, hak minum arak semua tu, akidah dia tu kuat. Cuma, cara saja. Kalau dia tak mengaji, dia tak mengaji tauhid, cara fahaman tu saja.
Tapi satu-satu dia faham tu kuat, cuma cara dia faham lah. Mungkin daripada dulu, dia dapat suatu yang tak betul, tak betul lah. Tapi tak betul pun, kuat. Itu mungkin-lah salah dia, salah pasal fahaman.
Inilah kata iktiqad. Iktiqad tu, perbuatan tu. Hak fahaman tu dia kata akidah. Jadi, akidah ni, suatu pegangan hati kita pada sesuatu perkara, itu kata akidah. Kalau hak tak betul pun akidah juga. Hak betul, itu akidah yang sebenar. Jadi, kita dok cari akidah yang sebenar. Akidah yang sebenar ni, akidah siapa ? Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Itu akidah yang sebenar ! Ahli Sunnah, siapa dia ? Ahli Sunnah ni ada berapa orang ? Ada seorang saja Ahli Sunnah. Ahli Sunnah bukan banyak orang, dia seorang saja. Iaitu-lah Rasulullah. Dia lah ahli sunnah. Orang lain mana ada ahli sunnah. Jadi, kita ikut sapa, akidah yang sebenar ni ? Ikut akidah Rasulullah.

Wal Jamaah ? Yang tu, sahabat-sahabat dan orang-orang yang mengikut sahabat. Tu wal jamaah. Orang-orang yang mengikut sahabat, lepas tu orang-orang yang mengikut yang mengikut sahabat, sampai sekarang ni, itu yang kata wal jamaah. Jadi, akidah yang sebenar ialah akidah ahli sunnah wal jamaah, atau akidah yang dipegang olih Rasulullah, dan sahabat-sahabat dan orang-orang yang mengikut sahabat.
Tapi, semua sahabat semua mesti rasa rasa betul, sebab sahabat ikut Rasulullah, mesti betul. Adakah sahabat tak betul ? Tak ada, zaman Rasulullah, sahabat semua betul. Yang tak betul tu orang munafik. Orang munafik ni tak betul kan. Sahabat semua betul, dan orang-orang yang mengikut sahabat. Itu akidah sebenar. Akidah yang sebenar adalah akidah ahli sunnah wal jamaah. Datang satu orang , dia kata saya ikut ahli sunnah wal jamaah. Ha ! betul la. Mai orang apa ka, orang Qardani ka, dia kata saya ikut ahli sunnah wal jamaah. Ha ! betul.
Tapi, ikut sungguh lah kan ! Ikut sungguh. Sapa juga, kita tak kira la apa dia punya kumpulan mana, kalau dia orang syiah pun, kalau dia kata dia ikut ahli sunnah wal jamaah, ha ! betul . Kata, akidah saya ikut Nabi dan sahabat-sahabat. Tu ahli sunnah wal jamaah, betul !
Tapi, hak dia kata tu, kita kena uji lah sikit. Rasulullah, akidah dia macamana ? Akidah dia, tentu-lah dalam Quran, tak kan dia ambil, hak lain! Mai orang yang akidah dia berlain daripada Quran, tu bukanlah akidah ahli sunnah. Uji la sikit dia.
Pegangan hati yang teguh, yang tu kata apa ? Akidah. Akidah yang sebenar, ialah pegangan hati yang teguh, atau fahaman yang teguh, yang mengikut ahli sunnah wal jamaah. Iaitu mengikut Rasulullah dan sahabat-sahabat.
Habis, mari kita baca baris 2 ....bermula makna musyahadah, Kita baca dah panjang pasai musyahadah. Ni dia imbas balik, dia ulangkaji balik musyahadah. Musyahadah ni berasa dengan hati. Jadi, kita memanglah kuat. Kita kuat hati kita, kita faham Tuhan tu mendengar. Semua orang islam faham Tuhan tu mendengar, Maha Mendengar. Tak ada sapa kata Tuhan tak dengar. Semua orang islam kata Tuhan dengar. Tu, akidah kita kata betul lah, kuat.

Tapi, bila kita kuat dah faham Tuhan itu mendengar, kadang-kadang sebab apa kita cakap bohong ? Dah tu kita dok mengumpat orang. Tu, tak ada musyahadah namanya. Tak berasa, cuma kita tahu, kuat, faham, hati kita kuat. Berasa tak ada. Jadi, kita nak bohong kita bohong, kita nak mengumpat orang, kita mengumpat. Padahal-nya, kalau kita dah faham kuat,
Tuhan mendengar, makna kita tak berani la. Tak berani nak bercakap benda-benda sia-sia, tak berani nak bohong orang, tak berani nak mengumpat. Bila kita berani, tu makna fahaman kita betul,tapi tak ada musyahadah. Yang tu tak ada musyahadah, dia kata. Musyahadah ni, dia halus sikit. Hak kita faham tu, turun kita berasa dengan hati, tu musyahadah. Hak tu, iman darjah tinggi la sikit ! Akidah kita sebenar, tu adalah, kita beriman, bila akidah sebenar makna kita beriman dengan Allah. Bila tak ada musyahadah, iman kita tu lemah sikit, longgar sikit. Kalau kita ada musyahadah, kita berasa dengan hati, tu kemas betul na !
Kita baca kitab, qala musannif....
Kita baca kitab, qala musannif....
بِسْمِ اۘللهِ اۘلرَحْمَنِ اۘلرَّحِيمِ
Bermula makna musyahadah yaitu menetap akan pandang dan ingat dengan mata hati,
Tetap dengan mata hati, makna kita berasa dalam hati. Berasa Tuhan lihat kita.
Tak berani kita nak buat sesuatu. Masuk waktu sembahyang, kita dok sembang, tak berani. Tuhan dok perati. Ni, dah masuk asar dok sembang lagi. Tak berani nak sembang. Tu berasa, kita berasa Tuhan dok lihat. Tak berani kita nak buat benda-benda yang salah, kita berasa Tuhan lihat.
Tu kata ada musyahadah. Jadi, ada kita tengok orang-orang islam, orang islam adakah tak ada buat salah ? Banyak la salah, termasuk kita lah kan ! Pasai apa kita buat salah, kita buat benda-benda dosa ? Sebab kita tak ada musyahadah dengan Allah. Kita cuma beriman, ada akidah kita. Ada akidah makna iman lah, kita beriman kuat. Akidah kita sebenar, beriman kuat.
Tapi macam tu pun, banyak kita buat salah, buat perkara-perkara yang Tuhan tegah, buat dosa. Sebab tak ada musyahadah. Ini yang dia kata musyahadah.Bermula makna musyahadah iaitu menetap akan pandang dan ingat dengan mata hati.
Ingat tu, makna tak lupa, kita tak lupa pada Allah. Jadi, kadang-kadang kita teringat, kadang-kadang lupa. Tu makna kadang-kadang kita ada musyahadah, kadang-kadang tak ada musyahadah.
***Ingat dengan mata hati serta dikekal akan dia, artinya jangan beri hilang pada ingatannya.
Macamana nak buat tu ? Kadang hilang. Kadang, tekoh kita jumpa kawan apa semua. Tekoh kita sibuk apakah, kerja kita gendala, tak teringat dekat Tuhan. Kita buat-lah kerja, apa yang kita nak buat, kerja-kerja yang baik. Kerja yang baik ni, samaada kerja agama atau kerja keduniaan, tak pa-lah, sangat baik. Apa juga kerja yang baik, kita buat. Nak buat hal-hal akhirat, kita buat. Kita nak buat hal-hal dunia, buat. Buat baik, selalu kita buat baik, amal baik. Jadi, kita buat baik, ingatan kita kita berasa Allah la, kita berasa Allah atur. Kita berniaga baik atau tak baik ? Baik-kan, kita berniaga, baik. Pi berniaga, keluar modal beli barang jual. Kadang-kadang laku, kita berasa Allah yang bagi laku. Kadang-kadang kita jual, tak laku. Kita berasa Allah tak bagi laku. Adalah hikmah dia macamana-macamana. Ini kata musyahadah, selalu kita berasa. Kita buat apa pun, kita berasa Tuhan lah yang dok atur. Memang Dia atur !
Akidah kita, kita tahu-lah. Dalam akidah kita tahu lah Tuhan semua yang atur. Tapi, musyahadah tu. Kadang tak ada musyahadah, kita tak berasa. Kalau datang apa-apa satu, kita berasa orang. Macam orang berniaga nasi lemak, maju dah, laku. Mai orang lain pula berniaga seorang lagi. Kemudian kita berniaga merosot. Kita dok berasa sebab kawan tu. Kawan tu potong trip kita. Tidak, orang semua mai beli dekat kita. Kerana dia jual, orang semua pi beli dekat dia, tak beli dekat kita. Hilang lah Tuhan dari hati, dok berasa orang. Tu tak ada musyahadah. Tak kukuh keyakinan. Sebenarnya bila kita jual laku, kita tahulah Allah yang bagi laku. Kalau tak laku, tahulah kat Allah bagi laku sikit, Dia tak bagi laku. Lebih banyak nasi lemak kita. Pasai apa Tuhan bagi lebih banyak nasi lemak kita ? Dia suruh kita buat kenduri lah. Kita tengok tak laku, buat kenduri. Jadi, ada hikmah macamana-macamana. Kadang-kadang orang berniaga maju, dia berasa juah. Berasa juah berasa takabur. Masuk neraka. Jadi, berniaga maju masuk neraka. Bila Tuhan tak bagi laku, kita tak ada juah, kita berasa tak apa-lah, kita berasa kehinaan diri, kerendahan diri, masuk syurga. Ada hikmah, Tuhan bagi satu orang berniaga maju, masuk neraka. Dah maju, Dia bagi merosot meniaga tu, sehingga kita berasa kelemahan, kerendahan diri, masuk syurga. Kerana Dia kesian dekat kita, Dia bagi meniaga tak maju, supaya Dia buka jalan syurga, itu lah. Ada benda-benda, perkara-perkara Dia buat semua, untuk kebaikkan kita. minit 23

Tanbih. Dan tiada dapat bagi seseorang hendak faham akan segala makna pekerjaan yang payah-payah dan hendak masuk di dalamnya yaitu seperti pekerjaan musyahadah dan muraqabah akan Allah Taala, dan seperti tuntut mengenal Allah Taala dengan pengenalan yang sempurna dan tuntut berkekalan khidmah dan ibadah kepada Allah Taala melainkan dengan lima perkara. Pertamanya meninggal berkehendak dan meninggal kasih kepada dunia artinya tiap-tiap barang yang lain daripada Allah Taala. Keduanya meninggal akan barang yang dikasih dan disukai oleh hawa nafsunya tiap-tiap barang yang lain daripada Allah Taala. Ketiganya hendak berkekalan ia dengan zikrullah, artinya senantiasa hendak ia ingat akan Allah dengan hatinya dan senantiasa disebut akan dia dengan lidahnya. Keempatnya hendak segera ia taubat pada tiap-tiap jatuh ia kepada dosa. Kelimanya meninggal angan-angan jikalau kepada pekerjaan akhirat sekalipun.
Dengan segala perkara ini takjub oleh Syekh Ibnu ‘Athaillah di dalam Hikamnya akan dapat berjalan dan dapat sampai kepada Allah oleh orang yang ada padanya salah satu daripada segala perkara yang tersebut itu dengan katanya:
كيف يشرق قلب صور الاكوان منطبعة في مرآته
Artinya: “Betapa dapat terang cahaya mata hatinya bermula segala rupa akuan yaitu tercaplah ia di dalam mata hatinya”.
Artinya: “Betapa dapat terang cahaya mata hatinya bermula segala rupa akuan yaitu tercaplah ia di dalam mata hatinya”.
ام كيف يرحل الى الله وهو مكبل بشهواته
“Atau betapa dapat berjalan ia kepada Allah pada hal ia tertambat dengan segala keinginannya”.
“Atau betapa dapat berjalan ia kepada Allah pada hal ia tertambat dengan segala keinginannya”.
ام كيف يطمع ان يدخل حضرة الله وهو لم يتطهر من جبابة غفلاته
“Atau betapa haloba hendak masuk ia akan khidmat kepada hadirat Allah Taala pada hal tiada bersuci ia daripada lalainya yang serupa ia dengan janabah”.
“Atau betapa haloba hendak masuk ia akan khidmat kepada hadirat Allah Taala pada hal tiada bersuci ia daripada lalainya yang serupa ia dengan janabah”.
ام كيف يرجو ان يفهم دقائق الاسرار وهو لم يتب من هفواته
“Atau betapa harap ia akan bahwa faham ia akan yang halus-halus daripada segala rahasia pada hal tiada taubat ia daripada segala dosanya”.
“Atau betapa harap ia akan bahwa faham ia akan yang halus-halus daripada segala rahasia pada hal tiada taubat ia daripada segala dosanya”.
semoga dengan penjelasan ini mendatangkan sikit sebanyak manfaat untuk dikongsi bersama.Diminta si pembaca mehadiahkan Al fatihah 7 kali kepada muslimin dan muslimat yang masih hidup dan yang sudah meninggal dunia.Aamin.
No comments:
Post a Comment