Terbukti, tindakan menarik balik gelaran Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir oleh Istana Johor adalah tepat. Lebih ramai pakar tampil memberikan pendapat bahawa perjalanannya ke Antartika seakan-akan scam dan satu bentuk penipuan.
Seorang pakar telah tampil menyatakan kebimbangannya. Bagaimana Sharifah Mazlina boleh meneruskan ekspedisi pada 19hb Disember dan telah sampai ke Antartika pada hari Krismas, 25hb Disember. Malah pengembara ekspedisi yang hebat seperti Shackleton dan Scott (1910-1912) boleh berjalan hanya sejauh 10km satu hari di dalam cuaca beku dan bersalji untuk ke Kutub Selatan. Lebih malang, Scott telah menemui ajal dalam perjalanan pulang.
Jadi bagaimana Sharifah Mazlina boleh sampai ke Antartika hanya dalam masa kurang dari seminggu dari Malaysia untuk sampai ke Kutub Selatan melainkan menaiki helikopter. Ini jelas satu bentuk penipuan terancang.
Disebalik kebimbangan pakar ini ada asasnya. Malah lebih elok sekiranya perjalanan yang menggunakan pelbagai dana termasuk duit rakyat ini disiasat oleh pihak yang terlibat. Jangan ada tangan-tangan ghaib yang melindunginya. Perkara ini harus didedahkan kepada umum. Lebih-lebih lagi ia melibatkan belanja yang besar.
No comments:
Post a Comment