Haziq Ismail sedang bersama Vinot Sharma II dan 48 yang lain.
Manusia zaman purba sejak bencana letupan Gunung Toba sekitar 75,000 tahun lalu berlaku, telah hilang pengetahuan sempurna tentang alam dan teknologi canggih. Segala fenomena alam yang tidak difahami manusia ketika itu dijelaskan melalui cerita2 rakyat kepada anak2 mereka yang suka bertanya kenapa & bagaimana.
Dari situlah datang kisah2 dongeng seperti bumi datar bagai hamparan permaidani, halilintar ialah panahan tuhan kepada syaitan, sperma terhasil dari tulang belakang, pemikiran manusia terletak di jantung, matahari terbenam di kolam berlumpur, manusia berjantina perempuan datang dari tulang rusuk lelaki, daratan mukabumi pernah 100% ditenggelami air, wanita boleh termengandung secara tiba2, bumi terletak di hujung tanduk lembu, dan banyak lagi "kepercayaan" dongeng. Malangnya ia masih dipercayai oleh manusia hari ini menjelang tahun 2020 kalendar Gregorian.
Bagi sekelompok bangsa manusia yang menguasai ilmu pengetahuan sains dan teknologi, mereka menggunakannya untuk menakluk dan membodohkan bangsa lain yang masih hidup dengan kepercayaan manusia di zaman 1000 tahun lampau.
Misalnya menurut catatan sejarah, bangsa pribumi Jamaica ketakutan dan terkejut beruk apabila Christopher Columbus mengancam mereka dengan kejadian gerhana bulan yang telah beliau ketahui akan berlaku. Lalu Christopher Columbus dan anak2 kapalnya dilayan bagaikan para dewa oleh pribumi Jamaica apabila gerhana benar2 berlaku. Itulah pentingnya ilmu kaji bulan dan bintang.
Begitu juga terdapat rekod purba daripada bangsa pribumi timur tengah berusia kira2 1500 tahun lalu. Menurut catatan bangsa unta, dahulukala ada ketua kabilah mereka membuat upacara penyembahan begitu lama ke arah rumah berhala tertentu kerana takut melihat fenomena gerhana matahari yang tidak diketahui puncanya di zaman tersebut.
Ketua kabilah kaum timur tengah purba menyangka gerhana matahari ialah satu tanda kemurkaan tuhan atau tanda akan berlaku kehancuran alam semesta. Bertambah malang lagi apabila para ahli nujum yang mengkaji buruj bintang2 dan pergerakan bulan matahari di zaman itu dianggap sebagai perbuatan sesat, sihir dan merepek pula oleh ketua kabilah.
Begitu juga cerita2 rakyat tentang bagaimana Tasik Dayang Bunting, Danau Toba, Tasik Chini, Tasik Pauh Janggi, yang penuh dengan lagenda2 purba orang Melayu Nusantara. Selain itu bentuk2 bukit, gunung dan apa saja batuan yang berupa seakan2 manusia, binatang, atau raksasa, selalu dikaitkan dengan sumpah oleh Sang Kelembai oleh nenek moyang kita.
Apa2 pun, jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri. Misteri dongengan silam manusia purbakala.
NAMUN konsep spiritualisme, kejadian-kejadian alam yang seakan memiliki corak (pattern) tertentu, berlaku mengikut tarikh2 unik tertentu, dan tindak balas sikap manusia terhadap fenomena alam tertentu, adalah tidak dinafikan. Kerana cakrawala ini bukan dimensi kita ini semata2.
Tapi jangan takut dan terbawa2 dengan dongengan tahayul mahyul timur tengah bangsa unta serta cerita2 rakyat oleh nenek moyang dahulu.
No comments:
Post a Comment